Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Ephyra


Assalamualaikum.
Hari ni, update tak ada cerita masak- masak ya. dapo slow sikit berasapnya. meh tuko cerita pasal kecantikan pulak..Ececeh.... Kompem kena kutuk nih...:P 

Sue percaya, semua orang kalau bab kecantikan dan kesihatan memang  laju ja nak tau kan. Makin berusia masalah kulit terutamanya makin menjadi- jadi. Sue mengaku, sue sendiri menghadapinya. Kulit kering kusam, jeragat mula banyak dan macam - macam lagi lah. Mengaku, sue memang jarang sangat ambik sayur- sayuran sekarang. Lagi- lagi makan mana dan saja. Suppliment pun tak ambik sangat. Pesen yang memang tak kan disiplin kalau ambik suppliment. but setelah menggunkan Ephyra ni, alhamdulillah banyak kesan positif yang sue dapat. 

Okeh!.. Sebelum cerita pasal pengalaman sue sendiri. Apa kata kita kenal- kenal dulu dengan Ephyra.

Diperkenalkan EPHYRA,( ekekekee..ayat tak bleh blah ;P) minuman enak yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran

 Apa itu Ephyra?
Ia adalah supplemen tambahan yang kaya dengan 9 keajaiban alam semulajadi dalam ramuan terhebat dari timur dan barat.

Deep Sea Collagen
Kolagen adalah sejenis protein yang boleh didapati di semua bahagian tubuh, termasuk kulit. Kolagen dalam kulit anda menentukan kekuatan, kelembutan dan keanjalan. Penuaan menyebabkan jumlah kolagen berkurangan, menyebabkan kedut kelihatan. Dengan sains moden hari ini anda boleh mengembalikan kemudaan kulit anda melalui EPHYRA, yang hanya menggunakan kolagen tulen yang dihasilkan dari spesies ikan putih laut dalam dari PERANCIS.Ikan laut dalam umumnya bebas daripada pencemaran alam sekitar.

Acai Berry
Di dalam Ephyra, mengandungi acai berry ungu dari Amazon, yang merupakan buah keajaiban dengan khasiat yang sangat tinggi, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti kanser, anti-radang, menguatkan sistem kardiovaskular juga mengurangkan dan mengawal berat badan.Dengan khasiat yang kaya dengan antioksidan,ia dapat mengurangkan risiko kanser dan membantu melambatkan penuaan.Buah ajaib ini mengandungi omega 6 dan omega 9 yang tinggi, dan kaya dengan serat pemakanan, dimana dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular dan saluran penghadaman serta membantu mengawal kadar kolesterol.

AcaciaGum
Gam akasia, juga dikenali sebagai gam arabic, adalah serat diet larut yang dibuat dari pokok akasia, yang tumbuh di iklim tropika dan sub-tropika. Di EPHYRA, kita menggunakan gam akasia yang berkualiti tinggi yang diimport dari Afrika. Amat berkhasiat untuk membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan.. Serat Acacia juga dikenali untuk membantu untuk membuang toksin berbahaya yang berkumpul dalam sistem pencernaan. Gentian menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses pencernaan.

L Gluthatione
L-Glutathione merupakan antioksidan larut air yang sangat tinggi yang biasanya dijumpai di dalam hati. Fungsi utamanya ialah untuk melawan radikal bebas, yang boleh menyebabkan penuaan dan juga kanser. L-Glutathione di dalam EPHYRA, mempunyai banyak manfaat, seperti keupayaan untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Di samping itu, L-Glutathione boleh menghalang pengoksidaan lemak, termasuk kolesterol, yang dijumpai dalam aliran darah. Oleh itu, risiko pembentukan plak pada arteri dapat dikurangkan. Ini adalah kelebihan yang penting kerana tersumbat arteri boleh menyebabkan strok dan masalah jantung.Selain itu, fungsinya adalah untuk mengurangkan kesan penuaan. Ia boleh membantu untuk memperbaiki kulit anda menjadi lebih licin dan kelihatan lebih muda.

Asthaxanthin
Astaxanthin adalah Antioksidan Alam yang sangat kuat dan biasanya ditemui dalam mikroalga, yis, salmon, krustasia atau pada tumbuhan laut dalam. Antara manfaat astaxanthin adalah antaranya merupakan ubat yang amat berkesan untuk semua jenis pemulihan otot, siku tendon, sendi dan sakit otot dan arthritis. Di samping itu, dapat mengurangkan kedut dan garis garis penuaan, meningkatkan tahap kelembapan kulit serta mengembalikan keanjalan, seterusnya menjadikan kulit anda cantik dan berseri.

Tomato Powder
Serbuk tomato mengandungi banyak vitamin A dan C, kebanyakannya kerana beta-karotena dan vitamin ini bertindak sebagai antioksidan, berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya di dalam aliran darah. Ia juga membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula dalam darah mereka. Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,malah ia sangat bagus untuk mata, gigi dan tulang. Kalium dan vitamin B dalam tomato turut membantu menjadikan tekanan darah lebih rendah dan boleh menurunkan paras kolesterol yang tinggi. Dengan itu,ia boleh membantu mencegah strok, serangan jantung dan penyakit masalah jantung.

Acerolla Cherry
Mungkin sumber terkaya vitamin C antara banyak buah-buahan, acerolla ceri sangat popular untuk manfaat kesihatan. Ia adalah antioksidan buah-buahan tropika yang ditanam kebanyakannya di Caribbean, Brazil, Peru, Mexico, dan di India. Kandungan vitamin C satu ceri kecil adalah 65 kali ganda lebih tinggi berbanding yang terdapat dalam oren. Oleh itu, ia boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan hati anda, memperbaiki keadaan kulit , dan meningkatkan keupayaan badan anda untuk memulihkan tisu dengan cepat. Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam acerolla ceri juga dapat membantu menghasilkan kolagen semulajadi dalam badan anda seterusnya menghasilkan kulit yang sihat, cantik dan nampak muda.

Marigold Flower Extract
Marigold mengandungi pelbagai karotenoid antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya. Pengambilan antioksidan yang tinggi membantu memulihkan kerosakan radikal bebas. Ekstrak bunga marigolds sangat berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang dimana antara kegunaannya ialah dalam merawat masalah jerawat, lepuh, terbakar, luka, ruam lampin, ekzema, luka terbuka.Ia juga berkesan untuk menstabilkan kelembapan pada kulit anda, dan ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering atau sensitif.

Superberry
Superberry diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi. Ia mengandungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas. Ia juga adalah sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium. Kelebihan Superberry di dalam Ephyra adalah untuk kesihatan yang menyeluruh terutamanya meningkatkan sistem imunisasi individu.

Kelebihan EPHYRA
1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
2.Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
3.Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
4.Formula anti penuaan yang berkesan
5.Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
6.Mengandungi khasiat prebiotik yang tinggi
7.Melancarkan system pencernaan dalam badan
8.Mengurangkan kadar kolesterol
9.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
10.Meningkatkan system imunisasi anda
11.Mengatasi masalah imsonia
12.Mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme
13.Melegakan sakit dan radang sendi
14.Menjaga kesihatan kardivaskular



More info klik ja web :Oceanlife2u

Ok!..Cukup dulu, Next insyaallah sue share pengalaman sue pulak ya. 

Pengat Pisang Skoteng


Assalamualaikum, Salam jumaat semua. Hari ni lega sebab cuti.  Banyak sikit la masa nak memerap kat rumah kann. (^_^)

Alhamdulillah, kenyang dah. Selesai makan tengahari tadi. masak simple-simple saja. Menu request dari encik hb. Nasib tomyam ja ko. Senang keja.Heee


Dek kerana kuatnya keinginan nak merasa skoteng siap ja kemas dapur terus buat pengat pisang untuk minum petang pula. Bayang lah, dah lama simpan dendam nak rasa skoteng ni. Tengok geng-geng masak pernah up banyak kali dulu menu yang guna skoteng ni. Alhamdulillah kebetulan minggu lepas ada kursus dekat Melaka. Dan secara kebetulan pula, time balik tu singgah shopping kejap. Nampak ja skoteng, terus ja hambik. Sekali tiga terus ambik. Buat stok. Kot-kot sedap..Heee.

Oklah..Tau korang pandai buat pengat pisang kan. Pengat ni pemanis mulut paling senang nak dibuat. Tapi kot la ada yang nak resepi boleh la skodeng dapo kak Ummi ya. Sue letak resepi dari dapur kak Ummi di sini. Mintak izin ya kak Ummi, sue copy bulat-bulat resepi..Heeee.





PENGAT PISANG DENGAN SKOTENG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 2 biji pisang tanduk - dipotong bulat serong (boleh guna pisang lain jugak)
  • 1 cawan skoteng - direbus dulu hingga lembut, angkat dan lalukan sekali bawah air, toskan.
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 sudu teh garam
Cara Memasak:-

  1. Masak air dengan gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga larut.
  2. Masukkan pisang dan didihkan sebentar biar lembut sedikit.
  3. Masukkan santan cair dan skoteng, masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  4. Masukkan santan pekat dan garam, kacau hingga nampak sedikit mendidih. Bila agak pekat, tutup api sambil dikacau sebentar.
  5. Hidangkan..
  6.  
Pada yang tak tau..Ni lah dia skoteng tu. Bila dah direbus, rasanya kenyal- kenyal ja. Tu yang sedap tu. Macam jelly pun ada juga. Next projek boleh buat puding skoteng pulak ni. (^_^).

KEK LABU MANIS


Menu dah basi. Tak payah mintak..Mintak resepi ja boleh. Walau dah basi, pedulik apa kan, nak letak juga.  Memprojek masa balik ngundi hari tu. Buat satu adunan saja. Anak- anak buah sangat la suka. Mulanya tak terfikir pun nak buat kek. Bila up ja gambo masak lemak labu dekat fb, Cik Sury kita tu duk sebut pulak buat kek labu. Apa lagi..terus google. Hasilnya pakcik google telah menyenaraikan blog kak Yatie paling atas sekali untuk kata carian "Kek labu manis".  Korang boleh juga skodeng dapo Cik Mat dan Kak Amie ya. Tengok kek labu mereka lagi menyelerakan tau. 

Oklah, dah la n3 dah basi kan..Jadi tak payah la nak menceceh panjang- panjang. Meh! sue sharekan di sini pula resepi nya ya. Selamat mencuba (^_^).

KEK LABU MANIS

BAHAN-BAHANNYA :

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
  • 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 camca teh soda bicarbinate*
  • 1/2 camca teh baking powder*
  • 1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)
 
 
CARA MEMBUATNYA :
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...  





Kisah Izan & Maryam

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah..Puan izan dan anaknya Maryam telah selamat sampai ke bumi Malaysia dengan selamat. Cerita korang boleh KLIK sini.  Perkara macam ni memang tak jangka. Diri sendiri memang tak pernah la menaiki Air Asia ni. rasa simpati dan cuak juga bila baca berita ni. Sebagai langkah berjaga2 mungkin apa yang disarankan  oleh Zalia dekat wall dia sangat bagus.  Andai yang nak pi obersea dan tak mampu nak beli insurance. Sila lah siap2 simpan maklumat Kedutaan Malaysia kat negara yang korang nak pergi tu dan apa2 saja no yang mungkin boleh membantu jika ada sebarang masalah semasa berada di negara orang.

Apa2 pun bila baca N3 Mazidul tu satu ja yang sangat menarik sangat. Bila keprihatinan penumpang malaysia yg tidak kira bangsa bermurah hati menghulurkan wang ringgit untuk meringankan sedikit Puan Izan di sana.  Syabas...Sangat berbangga dengan keprihatinan mereka. hebat sungguh rakyat Malaysia.

Meatball Ala IKEA ler Kunon

ASSALAMUALAIKUM..
Tajuk ia-ia jer sebut IKEA..Pergi Ikea pun tak pernah. Haaa ko..Jangan gelak ya. Sumpah! memang tak pernah pergi. Tengok selalu la. Lagi- lagi kalau balik kampung ikut jalan tu. Kompem lalu nampak Ikea tu... Sebut pulak Meatball ikea...Tipuuu..Rasa pun tak pernah. Tajuk ja lebih..Hahaha 

Dah lama duk asyik menggugel cara nak buat meatball sendiri..tapi tak juga terbuat- buat. Sampai la satu hari tu, nampak mek Jiya up gambo meatball dia..Hambekkkk..makin teringin dibuatnya. Kejam mek tu..Up lak time malam- malam. Laju ja pm dia juga nak kan resepi. Tapi dia just bagi resepi untuk gravynya ja...Tak terfikir pulak nak tanya dia macam mana dia buat meatball tu..hahahaa.. Tak pa lah. Tanya cik google ja la jawabnya. Siannn..Malas nak kaco tokey tu...Search punya search, resepi homemade meatball dari blog Mathari ni yang kuat daya penariknya.. Tenkiuuuu  (^_^)

Yang ni version digoreng..Hitam sikit.. :)
MEATBALL ALA IKEA

Resepi: Blog Mathari 

Bahan-bahannya:
250-300gm Daging Cincang

Bawang putih – optional je tak letak pun takpe (sue x letak)
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe (x letak juga)
1 sudu serbuk cili - ni sue tambah
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa


Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

* Sue buat dua version. Lepas kukus sekejap. Sue goreng sikit dan selebihnya sue bako sekejap dalam oven sebelum disimpan untuk buat stok. Akceli kalau nak buat stok tu just sekadar kukus kejap ja pun dah ok. Bila sejuk, pack elok-elok dalam tuperware dan simpan dalam peti sejuk.
Yang ni version dibako. Makan dengan brokoli dan kentang goreng membuatkan lupa diri sekejap..Hahahaa



Untuk Gravynya
Resepi 1 : Blog Mathari
Bahan-bahannya:
1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa

Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .
 
Resepi 2: Jiya @ Jiya Pengembala Kambing

Bahan-bahannya:
1/2 biji bawang besar /holland 

2 sudu butter
1 cawan susu segar*
1 sudu kecil LEA & PERRIN*
1/2 kiub pati ayam*
1/2 sudu  sos tiram*
1 sudu yougurt* -  sue tak letak
1 keping cheese kraft
1 sudu lada hitam*
1 1/2 sudu tepung gandum campur dengan sikit air (untuk memekatkan kuah)

1 sudu kecil kicap (nak bg colour sikit) - Yg ni sue gatal tambah




Cara-caranya:

1. Caikan butter dan tumiskan bawang.
2. Kemudian masukkan
semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
3. Masukkan cheese dan kemudian masukkan bancuhan tepung gandum bagi memekatkan kuah. Siap.

 * Sebenarnya sukatan boleh ikut rasa lah ya. Sue pun masak main agak- agak ja sebenarnya. :)









RICE SALAD

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat petang semua... Hambek!..hari ni ja dah dua n3 naik..Ni kalo time mood rajin datang la ya. Kalau tak rajin nan hadonya lah. Senyap ja.

Kebetulan pagi- pagi lagi dah jalan- jalan cuci mata. Terus tertumpu pada dapo Ibundo. Tengok pulak menu diet kan..lagi lah laju ja..
Tapi sumpah..Memang sedap. Ni kira salad omputeh campuq melayu la. Kena lah dengan tekak melayu kan. I love salad. Dah!..Tak mo celoteh banyak-banyak. Jimat tenaga..Ekekeke..


Ibundo..Thanks berkongsi resepi ni.. Halal kan ya, sue copy pula masuk sini. (^_^). Tapi kannn..Hampunnn..sue dah ada derhakakan sikit resepi ni...Sue try tak nak mkn nasi sgt, tu yg kurangkan sukatan nasi tu. Agaknya kalau guna beras perang lagi best ni. . (^_^)...


RISE SALAD
Sumber: Resepiibundo
Resepi: Sue@suemiezi

Bahan- bahan ( untuk 1 atau 2 orang makan)

1 cawan nasi ~ sue guna 1/2 cawan ja
1/2 batang timun jepun didadu kasar
4 biji baby tomato dibelah 2 ~ letak dua biji ja
2 kelopak daun salad dipotong kasar
daun bawang dan celery dipotong pendek
1/2 batang cili merah dihiris ~ Guna satu biji terus
1 sudu besar minyak zaitun xtra virgin
1 sudu besar mayonis ~ Guna 1/2 sudu ja
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
1 sudu besar jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 Ketul tempura ayam (dihiris) ~ Haaa yg ni sue tambah ya.. :P

Cara:
- Masukkan minyak zaitun, mayonis ke dalam mangkuk.  Gaul dengan whisker.
- Tambah lada hitam, garam, jus lemon dan gaul rata.
- Masukkan parutan kulit lemon beserta timun, salad, daun bawang, celery, tomato, cili yang telah dipotong-potong.  Gaul rata.
- Masukkan nasi, gaul rata.


AYAM PANGGANG ROSEMARY LEMON

ASSALAMUALAIKUM..
Apa khabar semua.,.. Ada ka yang rindu. Maklum la i ni bukan glamer pon kan..Heee..Mula mengarut la dah tuu...Lama tak mengupdate...MALAS..Senang cerita..Tu la sebabnya pun..Heee.
Ok!..Tak mahu berceloteh panjang- panjang. Kasi cuci mata dulu lepas tu layan resepi pulak ya...



Sue letak resepi disini untuk rujukan diri sendiri... Korang boleh juga tengok kat dapur Ibundo, Kak Nor Ghanu dan Kak Noor Brunei ya..Heee Dua- dua nama kak nor..Ejaan ja lain. Resepi copy mulat-mulat dari dapo Kak Nor....

AYAM PANGGANG ROSEMARY LEMON
Sumber : Kak Nor, Kak Noor, Ibundo

Bahan- bahannya:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip
2 sudu besar jus limau ( ikut kak Noor. Letak lemon)
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang ( Sue tak letak)
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik - (sama...tp guna bb tomato)
6 biji baby carot
sedikit mentega - Lupa letak..hehehee
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah


Cara penyediaan:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Amacam!!.... Senang ja kan. Tak sempat nak buat sosnya. lapo punya pasal...Dua ketul dah selamat masuk perut. Pukul 10 malam..melantak lagi baki ayam seketul....Phengsannnn!!!!!... Diet la tu kunonnn... :P


Kek Pisang 40 Hari


ASSALAMUALAIKUM.
Hari ni terajin pulak nak upate. Makin hari makin malas nak update. 
Apa khabar semua...Cuaca panas. Masing-masing jagalah kesihatan ya. Minum air putih banyak- banyak.  

Tak mo tulis banyak- banyak..Just nak share menu yang simple tapi meletop..Opss!!! Meletop?..Heee... 

Today i nak share resepi kek pisang ya anak- anak..Hehehee...Macam mokcik pulak. 
Biasa sue buat kek pisang tak letak tepung jagung. Bila tengok kek ni dalam blog kak Noor...Terguda pulak tengok kegebuannya tu. Resepi juga boleh skodeng kat rumah kak Zila. Kenapa resepi ni dinamakan Kek Pisang 40 hari?..Haaa..U all kena lah skodeng blog Kak Zila.


KEK PISANG 40 HARI
Resepi: Kak Zila @ Zila4ever, Kak Noor @ Bicara kak Noor

Bahan-Bahan 

4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 sdt soda bikarbonat
secubit garam

Cara-caranya
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  4.  Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
  5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
  6. Bakar hingga masak selama 45 minit dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika bersih bermakna kek telah masak.

* Sebijik tiru kak Noor. Letak badam buat kek ni lagi sedap...(ˆ_ˆ) 

SAMBAL TELUR PUYUH


Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat kan. Haishh!! Merungut ja kejanya. Dah!..Meh kita jamu mata dengan menu yang tak seberapa hasil dari air tangan sue.

 


Akceli ni menu dah lepas pun…Menu dimakan bersama dengan Nasi Serai minggu lepas. Biasa la, dapur rumah berasap kencang sikit time cuti ja. Tu pun bergantung pada mood tuan dapur..Kui3
Ni sebab tertengok QH post kat fb dan IG hari tu la . Tu yang nak la sangat makan telur burung puyuh masak sambal ni. Kununnya nak digandingkan dengan nasi lemak, skali santan tak ada la pulak Maka digandingkan lah dengan nasi serai..Sedap juga tau.. Resepi nasi serai boleh klik SINI

Sambal telur sue adalah versi masak main campak - campak ja ya..Heee.. Pada yang nak tengok versi QH sila jenguk ke daponya juga ya... Sue sharekan di sini resepinya.

SAMBAL TELUR PUYUH
Sumber : Qaseyhoney
Resepi  : Sue@Suemiezi

Bahan2
30 biji telur puyuh - rebus
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 sudu besar air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
2 biji bawang merah - sue tambah (hiris- guna utk menumis)
2 ulas bawang putih - sue tambah (hiris- guna utk menumis)

Bahan2 kisar
4 biji bawang merah - sue guna sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih - sue tak letak
15gm cili kering
1gm belacan - sue tak letak
1sm halia - sue tak letak

cara2
1- Tumis bawang yang dihiris dahulu hingga naik bau dan kemudian bahan kisar. Masak hingga pecah minyak.
2- Masukkan air asam jawa, biarkan sebentar, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
3- Masukkan telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu.
4- Masukkan bawang besar dan sedia dihidangkan.


Catatan: Sue masukkan bawang besar dulu masak hingga layu sikit. Kemudian tutp api dan curahkan sambal ke atas telur.

Hatt di bawah ni pulak Ayam Goreng Kari versi sue. Juga gandingan untuk Nasi Serai. So simple. Tak payah resepilah ya..Wat malu i saja..Kui3.. Memang selalu cara ni sue goreng ayam. Garam, rempah kari skitrempah kunyit (tak letak pun tak pa) dan daun kari. Tu ja bahannya pun...lagi sedap kalau letak banyak daun kari..Wangii ja baunya.


 
 
Ok lah! Tu ja perkongsian kita hari ni. Rehat panjang. Time ni la nak jenguk- jenguk dapo geng masak. Boleh plan untuk menu hujung minggu pulak..Heeee

 


 



Coupon Pizza Free

Kawan- kawan..Apa lagiiii..
Jom! 
Offer untuk tiga hari saja ya.. 3 Mac hingga 6 Mac
 
Untuk

 3 Regular pizzas + 4 soups = RM38? Absolutely! Show us this coupon and we'll give you the deal! :D Klik sini untuk PRINT: http://bit.ly/vivarm38http


Nasi Serai


Assalamualaikum semua.
Menu hujung minggu...Kita makan nasiii... Kali ni masak nasi serai pulak. Dah selalu juga duk husya kat rumah kakak- kakak masak. Tunggu hujung minggu baru berkesempatan nak masak nasi.
 
 
Plan asal nak masak nasi lemak hijau. Tapi sebab sayang sangat nak korbankan daun pandan. Kansel masak nasi lemak. Tapi ntah macam mana malam minggu tu kebetulan hb bagi pinjam laptop dia. Suka sangat la, sebab boleh online puas- puas. Awal- awal merayau cari menu untuk bfast esok pagi. Heeee...
Ok lah sue letak kan resepi kat sini untuk rujukan nanti. Nasi ni simple dan wangi... Sedap hokey kalau makan macam tu saja..
Resepi ni sue dapat daripada hasil skodeng dapo Kak Yatie. Dan resepi asal daripada Kak Nor nganu..


Nasi Serai
Sumber: Kak Nor, Kak Yatie,

Bahan-bahan
  • 4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit) - sue gn beras biasa ja
  • 6 cawan air
  • 1 labu bawang besar ~ didadu kecil ( sue gn 2 biji)
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 btg kayu manis
  • 2 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 btg serai ~ dititik/ketuk
  • 2 kiub pati ayam
  • garam
  • 3 sudu besar minyak sapi ~ saya guna windmill (sue guna majerin ja)

Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai dan kacau lagi.
  4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
  8. Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...