Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (4) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (228) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (10) Menu Mudah (8) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (2) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (17) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (13) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Tuesday, 21 May 2013

KEK LABU MANIS


Menu dah basi. Tak payah mintak..Mintak resepi ja boleh. Walau dah basi, pedulik apa kan, nak letak juga.  Memprojek masa balik ngundi hari tu. Buat satu adunan saja. Anak- anak buah sangat la suka. Mulanya tak terfikir pun nak buat kek. Bila up ja gambo masak lemak labu dekat fb, Cik Sury kita tu duk sebut pulak buat kek labu. Apa lagi..terus google. Hasilnya pakcik google telah menyenaraikan blog kak Yatie paling atas sekali untuk kata carian "Kek labu manis".  Korang boleh juga skodeng dapo Cik Mat dan Kak Amie ya. Tengok kek labu mereka lagi menyelerakan tau. 

Oklah, dah la n3 dah basi kan..Jadi tak payah la nak menceceh panjang- panjang. Meh! sue sharekan di sini pula resepi nya ya. Selamat mencuba (^_^).

KEK LABU MANIS

BAHAN-BAHANNYA :

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
  • 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 camca teh soda bicarbinate*
  • 1/2 camca teh baking powder*
  • 1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)
 
 
CARA MEMBUATNYA :
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...  





13 comments:

Nooriah Abdullah said...

salam Sue, akak dtg malam2 ni tapi tangan kosong je, tak dpat bawa balik pun kek ni walau sepotong sbb dah boliaw kan lapaqqqqqq ni

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Sue...mai sepotong kek labu tu :)

ieda immi said...

aloor sedapnyeee
diakkk leh lah order .. pos mai umah akak huhuh

gerhana luka said...

pernah buat gak kek labu tapi tak berapa menjadi, lain kali bila banyak stok labu dari kampung aku nak cuba gak resepi ni.

ibh_sue said...

Wkslm kak Noor. Samalah, sue pun just jamu mata ja kat akk mlm ni. Kek x dak. Kannn kak bw mlm2 ni bwt perut lapo ja. :)

ibh_sue said...

Kak Azatie. .X dapek la jwbnya. Bg jamu mata ja ya. Kek dah lama lebur jd baja. Heee

ibh_sue said...

Kak ida. X ambik order lorrr. X reti msk. Phengsannnn. Ngeeee

ibh_sue said...

GL, aku pun nak bwt lg nnti. Tp kali ni nak buat version comei2 ja. Bako comei2 senang nak ngap :)

miazara ina said...

makin rajin masak kak sue ya...hi, lama mia x bertandang di sini sejka mia dpt anak kak sue...minta maaf ye..ni br nk up blog semula..

blog baru mia

http://mia-zara-ina.blogspot.com/

ibh_sue said...

Hi mia. Akk pun lama jg x bw ke sn. Rindu geng2 diet. Heee. Akk paham, mia bz uruskan ank. Tu pasal x update. Free2 akk bw ya. Rindu jg nak baca coretan mia. :-)

Sury Abil said...

Buat sikit x cukup cik oiiii...basi pun basi le...janji hupdate uhuhuuuu

zila norazila said...

wahh sedap..tp akk tgh pantg x leh mkn labu ..tggu thn dpan la jwbnye..:) keciwaa

Bbwana adienia said...

hai sue..salam kenal dr SRC..

pertama kali datang sini dan suka lihat macam2 ada di sini.nice blog..

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "