ASSALAMUALAIKUM..
Apa khabar semua.,.. Ada ka yang rindu. Maklum la i ni bukan glamer pon kan..Heee..Mula mengarut la dah tuu...Lama tak mengupdate...MALAS..Senang cerita..Tu la sebabnya pun..Heee.
Ok!..Tak mahu berceloteh panjang- panjang. Kasi cuci mata dulu lepas tu layan resepi pulak ya...
Sue letak resepi disini untuk rujukan diri sendiri... Korang boleh juga tengok kat dapur Ibundo, Kak Nor Ghanu dan Kak Noor Brunei ya..Heee Dua- dua nama kak nor..Ejaan ja lain. Resepi copy mulat-mulat dari dapo Kak Nor....
AYAM PANGGANG ROSEMARY LEMON
Sumber : Kak Nor, Kak Noor, Ibundo
Bahan- bahannya:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip
2 sudu besar jus limau ( ikut kak Noor. Letak lemon)
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang ( Sue tak letak)
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik - (sama...tp guna bb tomato)
6 biji baby carot
sedikit mentega - Lupa letak..hehehee 1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah
Cara penyediaan:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.
Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Amacam!!.... Senang ja kan. Tak sempat nak buat sosnya. lapo punya pasal...Dua ketul dah selamat masuk perut. Pukul 10 malam..melantak lagi baki ayam seketul....Phengsannnn!!!!!... Diet la tu kunonnn... :P
4 comments:
salam Sue, amboiii ada jugak nama kak Noor Brunei ni ya many2 thanks ya mmg sedap kan ayam ni rasanya sejak kak Noor pernah buat ayam rosemary ni dah hampir sepuluh kali membuat nya haha tak pernah jemu budak2 tu.
Hehehee waalaikumsalam kak noor. Dgr ya sue seru nama akk. Hee. Ha ah! Mmg sedap ayam ni. Boleh ulang lagi nnti.
Salam...ingatkan meatballs tadi...hihi...dapppsss nya
Dappp nya,...kalau rajin buat lagi nnti hntar gak kat kite ye..hihi
Pssstt..x glemer x pe...:-P
Post a Comment