Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

SAMBAL TELUR PUYUH


Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat kan. Haishh!! Merungut ja kejanya. Dah!..Meh kita jamu mata dengan menu yang tak seberapa hasil dari air tangan sue.

 


Akceli ni menu dah lepas pun…Menu dimakan bersama dengan Nasi Serai minggu lepas. Biasa la, dapur rumah berasap kencang sikit time cuti ja. Tu pun bergantung pada mood tuan dapur..Kui3
Ni sebab tertengok QH post kat fb dan IG hari tu la . Tu yang nak la sangat makan telur burung puyuh masak sambal ni. Kununnya nak digandingkan dengan nasi lemak, skali santan tak ada la pulak Maka digandingkan lah dengan nasi serai..Sedap juga tau.. Resepi nasi serai boleh klik SINI

Sambal telur sue adalah versi masak main campak - campak ja ya..Heee.. Pada yang nak tengok versi QH sila jenguk ke daponya juga ya... Sue sharekan di sini resepinya.

SAMBAL TELUR PUYUH
Sumber : Qaseyhoney
Resepi  : Sue@Suemiezi

Bahan2
30 biji telur puyuh - rebus
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 sudu besar air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
2 biji bawang merah - sue tambah (hiris- guna utk menumis)
2 ulas bawang putih - sue tambah (hiris- guna utk menumis)

Bahan2 kisar
4 biji bawang merah - sue guna sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih - sue tak letak
15gm cili kering
1gm belacan - sue tak letak
1sm halia - sue tak letak

cara2
1- Tumis bawang yang dihiris dahulu hingga naik bau dan kemudian bahan kisar. Masak hingga pecah minyak.
2- Masukkan air asam jawa, biarkan sebentar, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
3- Masukkan telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu.
4- Masukkan bawang besar dan sedia dihidangkan.


Catatan: Sue masukkan bawang besar dulu masak hingga layu sikit. Kemudian tutp api dan curahkan sambal ke atas telur.

Hatt di bawah ni pulak Ayam Goreng Kari versi sue. Juga gandingan untuk Nasi Serai. So simple. Tak payah resepilah ya..Wat malu i saja..Kui3.. Memang selalu cara ni sue goreng ayam. Garam, rempah kari skitrempah kunyit (tak letak pun tak pa) dan daun kari. Tu ja bahannya pun...lagi sedap kalau letak banyak daun kari..Wangii ja baunya.


 
 
Ok lah! Tu ja perkongsian kita hari ni. Rehat panjang. Time ni la nak jenguk- jenguk dapo geng masak. Boleh plan untuk menu hujung minggu pulak..Heeee

 


 



7 comments:

suryabil said...

hujung mggu ni blh lah beli telor puyuh ni..simpan dulu..kalau free blh masak..byk keja cik kak oii lagi lah weekend..esok ank2 ada sekolah gnti pulak,ahad ada kenduri..cuti masak lagi kot..heeheh..

gerhana luka said...

sedap sabbal telur puyuh ko sue, makan ngan nasi putih panas2 pun sedap gak ni emmm... yum.yum.

Qasey Honey said...

sori lmbt singgah ke sni..
sedap la pulak tgk resepi versi campak2 ni n tpengaruh ni..hehe...mkn dgn nasi serai tu mesti lg sedapkan..

CT Delima said...

As'salam Sue

ewahhh...makan sorang2 ajelah eh. telur puyuh tu jangan over makan dik oii kang bertambah lemak2 tersembunyi hahahaha

kalau santan tak ada ganti ler susu cair lain kali. sedap nasi lemak tu. erk..boleh ker... resipi terbaru dari Dapur CT hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam sue..

hmmm.. memang sedap telur puyuh kalau dibuat sambal mcm ni...

kurus said...

sedap nyeee
sesekali makan telur puyuh kan
akak kalau beli pun suke buat sambal macam nie lah ;)

Farah said...

ya Allah nak pengsan sekejap tengok sambal puyuh tu. sedapnyer nampakkkkk and it is sooooo rare, kena masak sendiri baru puas. thanks for the recipe!! hehe.

Xoxo,
Farah ♥

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...