Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Pengat Pisang Skoteng


Assalamualaikum, Salam jumaat semua. Hari ni lega sebab cuti.  Banyak sikit la masa nak memerap kat rumah kann. (^_^)

Alhamdulillah, kenyang dah. Selesai makan tengahari tadi. masak simple-simple saja. Menu request dari encik hb. Nasib tomyam ja ko. Senang keja.Heee


Dek kerana kuatnya keinginan nak merasa skoteng siap ja kemas dapur terus buat pengat pisang untuk minum petang pula. Bayang lah, dah lama simpan dendam nak rasa skoteng ni. Tengok geng-geng masak pernah up banyak kali dulu menu yang guna skoteng ni. Alhamdulillah kebetulan minggu lepas ada kursus dekat Melaka. Dan secara kebetulan pula, time balik tu singgah shopping kejap. Nampak ja skoteng, terus ja hambik. Sekali tiga terus ambik. Buat stok. Kot-kot sedap..Heee.

Oklah..Tau korang pandai buat pengat pisang kan. Pengat ni pemanis mulut paling senang nak dibuat. Tapi kot la ada yang nak resepi boleh la skodeng dapo kak Ummi ya. Sue letak resepi dari dapur kak Ummi di sini. Mintak izin ya kak Ummi, sue copy bulat-bulat resepi..Heeee.





PENGAT PISANG DENGAN SKOTENG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 2 biji pisang tanduk - dipotong bulat serong (boleh guna pisang lain jugak)
  • 1 cawan skoteng - direbus dulu hingga lembut, angkat dan lalukan sekali bawah air, toskan.
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 sudu teh garam
Cara Memasak:-

  1. Masak air dengan gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga larut.
  2. Masukkan pisang dan didihkan sebentar biar lembut sedikit.
  3. Masukkan santan cair dan skoteng, masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  4. Masukkan santan pekat dan garam, kacau hingga nampak sedikit mendidih. Bila agak pekat, tutup api sambil dikacau sebentar.
  5. Hidangkan..
  6.  
Pada yang tak tau..Ni lah dia skoteng tu. Bila dah direbus, rasanya kenyal- kenyal ja. Tu yang sedap tu. Macam jelly pun ada juga. Next projek boleh buat puding skoteng pulak ni. (^_^).

19 comments:

MIS said...

wowwww...
nampak super delisious....
gahahaaaa....
nak try buat la....

HOT : Kolam renang terbesar di dunia
TOP : Kolam renang palsu
POPULAR : Rumah mewah selebriti
GEMPAK : Memandu kapal terbang dengan ketinggian yang rendah
PELIK : Jam termahal di dunia

Dan banyak lagi di : Green Life

Sweet red cherry said...

hai..

salam..pengat tu nampak sedap..skoteng tu baru penah nampak tapi nampak menarik..

Mia Liana said...

baru tahu skoteng tu apa..

suryabil said...

Talam skoteng sedappp weii...cer buat!
Terasa kat tekak ni pengat mu itu...bak semangkuk sini

HaSue said...

Aduh..terasa syahdu tengok skoteng akak ni..teringat skoteng yg rakan blogger bg aritu x terbuat apa2 lg gara2 mabuk hamil.hihiii.....sedapnya nmpk pengat pisang tu kak.lama dh x mkn pengat pisang.huhu..ni akk x sian ke bace nih..hee

eyndayusoff said...

Tak tau pun kewujudan skoteng tu :-)

ibh_sue said...

ISs sila cuba ya :)

ibh_sue said...

Waalakslm Bbwana adienia. Akk pun ni firstime jg nmpk skoteng. Biasa dgr ja :)

ibh_sue said...

Mia Liana rupanya bila dah direbus mcm jelly sagu. Kenyal2 gitu :)

ibh_sue said...

Haish!! Sury. . Dia sebut kuih talam pulak. Bahaya nih. Tringin kang ssh. Cheq ni dah la pemalas nak buat kuih yg remeh gitu. Hehehee. Habis dah pun. Buat skit ja. Ngetes la kan katanya :)

ibh_sue said...

Haduhh sue, ko sj buat akk serba salah kannn. Sian la ni. Meh share dgn akk meh. Heee

ibh_sue said...

Kak eynda, sue pun sejak jinak2 dgn org2 rajin masak ni baru tau apa tu skoteng. Dan ni la first time tgk rupa skoteng juga. Hee :)

DIARI MAYA MIA said...

skoteng????mcm baru lak mia dgr kak sue..huhu..pe tue?bubur tu mia tau buat..

cikmanggis said...

Mana nk cari skoteng kt putrajaya ni ya....nk caru skoteng.....nak cari skoteng.....

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Mohon izin singgah. Memang kelihatan cantik dan tentunya enak juadah itu!

Biasalah juga Pak Temuk memengat pisang, tapi tak pernahlah pula memengat skoteng. melihat pun belum pernah. Di mana boleh dibeli?

kurus said...

macam ala2 candy kenyal2 kan ..
wahh menarik jadi pengat pisang tuu ;)

hana said...

pernah nampak tp lum tergerak nak membeli... tunggu kepingin kang aku g beli.. hihihihi

Lee said...

Hello Sue, pengat pisang I have heard and eaten before. But tu 'skoteng' ta'peranah tau comes with it.

Looking at your well taken pics, satu spoon masuk mulut tentu lupa nama mak, ha ha ha.
Looks really delicious!
You ada black belt in desserts I guess.
Have a great week, and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Unknown said...

assalamualaikum ..zila nak rasa ckit boleh skoteng ni..cian zila xpenah lagi mkn..please2..(",)))))0

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...