Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Progres diet.

ASSALAMUALAIKUM..
Lama dah sue tak cita pasal DIET kan...yang nampaknya, asyiknya post makanan..Hehhehehhee..Sue letak n3 makanan, tak bermakna sue tak teruskan diet sue ya..Alhamdulillah, sue still lagi boleh menjaga pemakanan sue.
Minggu lepas buat full timbangan lagi..Alhamdulillah..walau tak banyak, tapi still ada penurunan. And yang paling mengujakan..walau pun berpuasa..total water dalam badan sue makin meningkat..berat pun masih menunjukkan penurunan (walaupun sikit)...and my fatt ada pengurangan...

Alhamdulillah juga..ramadhan kali ni, cih hb juga turut nak berdiet sama. So, secara tak langsung ini sangat memudahkan proses diet sue.. Sebab sue tak perlu susah payah fikir nak masak bermacam-macam untuk berbuka..Sekadar menu yang simple-simple saja dan kuantitinya juga sue buat tak banyak..Ini bagi mengelakkan dia makan berulang-ulang kali...Heeee...Kalau ikutkan sue, sue nak masak menu-menu yang diet saja...menu yang tentu-tentu tak sedap..sebab kurang segala-galanya..tapi bila fikirkan hb pun diet juga...sue buat juga menu yang agak berat..cuma sue bg dia dalam kuantiti yang terkawal...Sian..orang baru nak blajar..Lain la macam sue ni...makan korma pun dah kenyang...(^_^)...

Paling best..la ni dia pun layan juga cita The Biggest Loser tu..Hahahhahhahah..dia pulak yang lebih-lebih teruja...Secara tak langsung, time ni la sue BAKO semangat dia...sambil-sambil mintak tredmill supaya semangat nak diet..kikikikiiiiii....

Tak pa lah..sue tak paksa pun tuk dia diet..Cuma sue risau...sebab familly dia ada sejarah Kencing manis. kalau dia tak jaga kesihatan dia...takut senang pulak dia kena...Isskh!!!..dijauhkan lah...Bukan senang kalau sakit ni..Makanya, sebelum sakit..eloklah kita sama-sama menjaga kesihatan. Motip sue diet ni pun satu ja..
" I DIET UNTUK KESIHATAN". Bila kita sihat secara tak langsung aura kecantikan tu akan datang sendiri..ya dak!..Heeee...

Ok..pesanan untuk diri sendiri dan untuk sapa-sapa yang tengah berdiet tu... Set kat kepala..diet untuk sihat..supaya tidak akan kecewa jika kadar penurunan berat badan tu sangat la slow...It's ok kalau sebulan hanya 1kg ja turun..tapi kesihatan kita bertambah baik...Bayangkan kalau 1kg sebulan..setahun dah berjaya turun 12kg..banyak juga tu kan. Jaga pemakanan dan pastikan amalkan gaya hidup yg sihat dan cergas.. Pastikan sehari mesti workout ...15 minit pun cukup la... banyakkan aktiviti yang memerlukan kita berjalan..And bagi surirumah or istri-istri tu...rajin-rajin la berkemas ya...(^_^)...

Gambo ehsan Cik Google..
Dah!..cukup sampai sini dulu.....banyak sangat sue membebel dah ni..membebel tak juga boleh bako kalori..Kalo membebel ( tangan ja yg membebelnya ni) boleh bakor lemak-lemak juga...Kompem 24 jam sue akan mebebel...kikikikiiiiiii Keyyy...selamat berdiet semua..Jangan putus asa...Dan ingat..Biar lambat asal selamat..erk!!!..layannn ja lah...Ngeeee (^_____^)...

Ayam bakar + Sos Black Paper and Spagetti Goreng


ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni berbuka pose sorang-sorang..sedihnya...huhuhuhu..Cik hb pergi keja lewat tadi..makanya dia terus berbuka diluar, sebab malas nak ulang alik balik ke rumah. It's ok la....alih-alih, adik plak bagi tau yang dia nak berbuka pose kat rumah kawan dia...Huaaaa....sorang-sorang la tinggal... Sebab berbuka pose sorang. Sue masak simple-simple saja. Menu iftar ke 7..Ayam bakar simple bersama sos black paper resepi Kak Hana..
Ayam..sue perap simple saja..Bahan bodo-bodo saja...(^_^)



SOS BLACK PAPER
Sumber : Kak Hana@Hanamemories
Bahan-bahan
  • 11/2 cawan stok ayam@daging - hana gune stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - nk kurangkn pon bleh!
  • 4-5 sudu serbuk lada hitam
  • 2cm btg salery - cincang ( sue tak bubuh ni )
  • 1/2 biji bwg besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram ( sue ganti dgn sos tomato )
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang - dhiris ( tak letak juga )
  • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air ( sue ganti dgn tepung jagung )
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
  • panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan.
  • kemudian tapis. buang bwg n juga salery. klu tk nk tapis pon takpe! didihkan smula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
  • last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.

And last-last minit..Buka peti, ada lagi baki spagetti...So, buat spegetti goreng. Tak pa tak habis..bleh bawa ke sahur..hehehheheheee...senang keja..ngeeeeeee. 

Ok! Tu saja..Selamat menjamu selera..Selamat Berbuka Puasa (^_^).








       

    Menu Ramadhan ke 6..Mee Udang menu utama.


    ASSALAMUALAIKUM...
    Syukur alhamdulillah...Kenyanggg..(^_^)... Dah berapa hari sue bunyik nak masak Mee Udang kan...Hari ni baru berkesempatan nak masaknya... Simple saja resepinya ( sue memang suka resepi yang simple-simple ni..hehehehee).....

    MEE UDANG
    Sumber : Ros @ JintanManis.com

    Bahan-bahan
    • 2 ikat spagetti
    • 6 ekor udang harimau saiz besar
    • 2 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
    • 3 sudu besar cili kisar
    • 2 biji bawang putih
    • 1/4 biji bawang besar (saiz sederhana) - sue buh sebiji...
    • 4 sudu besar minyak masak
    • 1/2 peket bebola ikan
    • 1 cawan santan pekat - sue letak 1/2 cawan santan..1/2 cawan susu krimer
    • 1 cawan air

    Cara-cara
    1. Kisar bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telah diblender tadi. Pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.
    2. Sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, Isi udang ditos dan diketepikan.
    3. Setelah bahan tumis garing, masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam (sue buh 1 sudu kecil gula juga). Masak hingga agak pekat kuahnya.
    4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada peket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. Angkat dan toskan. Celur kangkung dan rebus telur.
    5. Sedia untuk dihidang.

    Puding Kentang Berkaramel

    Layan dulu puding ya....Menu utama belum buat lagi.....Letih betul la hari ni....Patutnya cuti la ok kan..Tapi hari ni badan tak berapa sihat la..Lemah semacam ja...Maybe masih mengekalkan hidangan yang simple saja....


    Resepi..seperti biasa..guna Kak Dayang punya....Sebab tentu-tentu sedap.....Heeee...

    Puding Kentang Berkaramel
    Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
     
    Karamel :


    • 1/4 cawan gula pasir
    • 1/4 cawan air panas
    Cara-cara :
    1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
    2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
    Puding :
    • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
    • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
    • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
    • 1/4 cawan air 
    • 1/2 cawan susu pekat manis
    • 1 sudu kecil esen vanilla



    Cara-cara :
    1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
    2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
    3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
    4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
    5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
    6. Setelah  puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. 

    Bihun Goreng + Tauhu Sumbat...

    ASSALAMUALAIKUM...
    Tak larat nak melalut banyak-banyak...Hari ni penat sangat...perut plak..haduiii aiii...lapo beno hari ni....

    Tak sempat..dan dicampur pula dengan tak ada idea...So, menu paling mudah adalah Bihun Goreng....Hb kata tak payah masak..beli saja. Dah pi pusing PARAM....masalahnya, satu pun sue tak berkenan. So, akhirnya...hb kena juga dengar cakap istrinya ni...Beli kuih dua ringgit sudah....Balikkkk....Sue masak saja apa yang ada..(^_^)...
    Bihun goreng yang simple....

    Tauhu sumbat ni untuk orang diet..Heheheheehee..tuk sapa lagi..Untuk sue la...
    Ok!..Sue nak baring-baring sat sambil tunggu waktu berbuka...SELAMAT BERBUKA pose ya...(^___^).

    Tip dari Kevin Zahri....baguih ni....

    Pose..pose gak...Tapi awatla sue rasa macam progres penurunan berat badan ni macam slow ja...Makan sikit ja..Cuma maybe sebab kurang minum air kosong dan dah 3 hari sue tak workout kot...

    Okey!..Sue nak share kat sini 8 tip dari Kevin Zahri untuk elak perut buncit...baguih ni...Mana la tau kot buleh dapat perut cantik macam Jillian tu ka...Ekekekkekekeee....Cepatttt...sapa yg perutnya banyak lomak lomak tu...bleh cuba ya...



    1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.

    2. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.  
    3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
    4. Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.
    5. Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !
    6. Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.

      7.  Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

      8. Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !

      Sumber: Kevin Zahri


    Ramadhan ke 4....Makin tak ada idea...


    ASSALAMUALAIKUM...
    Baru hari ke-4..Idea nak masak makin tak dak...Asal time rehat ja...Jenuh duk skodeng rumah-rumah otai masakan .mencari menu-menu yang simple dah sedap.

    Hari ni sebenarnya dah plan nak masak Mee Udang ( 2 hari dah teringin nak masak tau..)..Alih-alih balik tadi jem dan hujan turun la plak...kompem lewat sampai rumah.. Sudahnya..hb kata dia pi PARAM ja la..tak payah susah-susah masak.... Singgah PARAM..sue suh dia beli food tuk dia dan adik saja...Sue soal makan ni, tak dak hal lah...Makan tempe dan sayur pun ok saja....

    Tapi...rasa makan tak sempurna lak kalo tak masak juga...Makanya..lepas solat...masuk dapur buat puding@jelly... Dalam esbox ada lagi Dragon Fruit yang adik bagi sebelum pose ari tu..Try buat Jelly guna buah ni...Sue main buh buh ja...Hasilnya....




    Taraaaaaaa....



    Ni ja lah yang termampu sue buat hari ni...Letih terkejar-kejar balik keja nak masak..Tapi semangat tu kuat..makanya petang ni ada la pencuci mulut juga..Kalo idak...makan aja lah korma ya....(^_^)





    Ramadhan ke 3....Makaroni sup...

    ASSALAMUALAIKUM.
    Syukur Alhamdulillah...Dah hari ke3 ramadhan... Alhamdulillah juga...sue masih lagi boleh bertahan..Masih larat lagi dan masih ada mood yang baik lagu tuk menyediakan sendiri juadah untuk berbuka puasa. Cik hb pun tak banyak kerenah..Kami pun makan ala kadar saja..Cukup-cukup untuk alas perut...Masih tidak berlaku lagi pembaziran ya...Heee..

    Okey..hari ni cadangnya nak masak Mee Udang..Tapi keciwa betul..Stok udang dah habis rupanya. Macam manalah sue boleh terlepas pandang..ingat udang ada lagi dalam esbox tu...Last-last tanya hb nak makan apa...Dia cakap...masak sup-sup dah la...Alhamdulillah..lagi mudah la kerja sue...Makanya..petang ni sue buat sup juga..Makan dengan makaroni....Kali ni sue guna pes SOTO ADAMI...Tapi sue ubahsuai ikut version sue...Emm..alhamdulillah, sedap...

    Seperti biasa...simple....
    Xtra juadah hari ni.... untuk kuih..hari ni sue just masak pisang goreng salai lagi...Lawannya AIR SIRAP BANDUNG...Fuhhh!!! memang kenyang...Sepeti biasa..bila banyak minum air...makan pun kurang sebab perut dah full...So, total makanan yang sue ambik hari ni..2 gelas sirap bandung, 4 ketui pisang salai and 3 sudu Makaroni sup ( tu pun share makan dengan adik..ngeee)..Oh ya!..tak lupa1 ketui kurma...Alhamdulillah...memang makan tak hingat tu...Ntah bila nak insaf ni..dah 3 hari makan sampai senak perut...kikikikiiiii.....nafsu..nafsu...


    2 Ramadhan dah berakhir..(^_^)

    Syukurrrr..Alhamdulillah....Lepas sudah 2 Ramadhan....
    Syukur sangat sebab masih lagi mampu dan masih lagi diberi peluang untuk melalui suasa ramadhan untuk hari ni....

    Hari ni..sama macam semalam. Menu berbuka simple saja.Tapi tu pun sue rasa macam berlebih-lebihan la pulak.
    Seperti semalam..hb tak mo makan nasi juga....Makanya....superwife ni..terpaksa menggunakan xtra kuasanya tuk memikirkan apakah menu yang senang dan menjadi favorite en. hb.....Ngeeeeee......Oleh kerana superwife ni..dah kekurangan tenaganya hari ni....Sampai rumah..sempat lepak-lepak dulu sambil menung-menung depan esbox...kikikikikiiii...Kul 6 baru start masak...Mau tak jadi Superwife time ni.....Sejam lebih ja lagi nak berbuka...satu menu pun tak buat lagi.....Heeee....

    Akhirnya......Ni lah menu berbuka kami hari ni...Alhamdulillah...15 minit lagi nak berbuka...Siap semua menu dihidang...Tinggal tunggu nak ngap ja lagi....(^_^)....


    Ayaq laici...tetiba hari  ni nak buat ayaq sejuk plak...

    Menu kedua yang disiapkan..Kerabu @ Salad telur + tempe yang tak bapa nak namapak...

    Menu utama..tentunya tuk cik hb.....Mee Kari version Superwife..ekekekekekeee....

    Oh!!!!..Lama tak makan ni....Kiriman Mak dari kampung.....Tau tak apa ni?...Ni la pisang salai...Sue goreng dengan tepung...Fuhhh!!!!..sedap..4 ketui sue makan ni...

    Dannn...menu yang tak sempat nak posing..Tempe Goreng...heeee.....Banyak kan menu hari ni...Tapi sue rasa sikit-sikit ja..Tak boleh makan banyak-banyak..Bahaya... Ngeeeee....Tapi..fuhh!!!!!..Rasa full perut ni....Hancus Diet...Dah!..dah!....Sue stop dulu....Esok kalo rajin..Ada la N3 makanan kat belog ni..Kalo tak rajin....Telan ayaq liur ja lah ya....:P. Daaaaaaa..


    1 Ramadhan + Bihun Sup

    ASSALAMUALAIKUM....Alhamdulillah...lepas sudah sehari kita mengharungi ramadhan...Syukur sangat dengan nikmatnya...Hari ni..sue sediakan menu yang sangat simple....Sebelum nak balik tadi..Tanya cik hb, dia nak makan apa....Alhamdulillah...hari ni dia tak mau makan nasi...Bila dengar ja macam tu..sue memang suka la..Sebab sue seboleh-bolehnya tak mahu makan nasi....Sampai rumah pukul 5.30..Terus masuk dapur...Tahun ni kalau boleh sue tak mau langsung pi PARAM....Bukan apa..kalau dah pi sana...memang nafsu tu macam-macam nak... Lepas tu, rasanya belum tentu sedap (ceh!..macam la sendiri masak sedap sangat..ngeeee)... Sudahnya..membazir ja... Baik la masuk dapur...masak sendiri...Ya dak?...(^_^).. Biar susah sikit..janji puas hati.

    See...simple je bihun sup i....

    Hari ni sue just buat bihun sup simple ala sue ......Mudah, cepat dan tak perlu nak sediakan lauk bagai..Heeeee...Xtra..sue buat sardin roll juga.....Alhamdulillah...dua kali cik hb menambah tadi...(^_^)....


    Hitam..hitam sitampok manggis..sungguh pun hitam...tak dapat makan , mau menangis woooo...kikikiki..ntah2 apa2 la kan...Itam pun..sedappppp.....

    Taraaaaaaa....Sardin roll i yang hitam....Nasib tak hangus woooo....Nak wat cam na..Masak terkejar-kejar..Heeeeeee...

    Ramadhan datang lagi and N3 terakhir untuk bulan ni...

    ASSALAMUALAIKUM..
    Alhamdulillah...ramadhan datang lagi..Bulan yang penuh dengan keberkatan...Marilah kita sama-sama menghayati erti ramadhan dan sama-sama mengumpul sebanyak-banyaknya ibadah dalam bulan ni...
    Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.


    Credit to iluvislam.com


    And buat semua sahabat sue dialam maya ni..Sue mohon ampun maaf andai ada tersilap kata sepanjang perkenalan kita...Maklum la..sebagai manusia..kita tak lepas daripada melakukan kesilapan.



    UDANG GALAH MASAK DIRAJA

    Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...