Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Legaaaa.....Rindunyaaaa

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..legaaa, Lama betul tak online...gatai ja tangan..Tak dapat nak blogwalking, chatting..tak dapat nak skodeng tengok food yang sedap-sedap...tak dapat cuci-cuci mata..tak dapat shoping juga..hahahahhahaaa..

Lama tak online sebab Modem broadband problem. Harii ni baru berkesempatan nak tukar modem baru...
Rugi ja...bil dah bayo tuk dua bulan..tapi dekat setengah bulan tak online..Rugi..rugi....


Hari-hari sue bila balik rumah..Bukak tb..duk ngadap channel masakan ja..AFC & TLC la duk dihadap... Tak pernah jemu..Heeee....hilang juga la gian nak tengok food kawan-kawan blogger..(^_^)

Ok!..First..untuk malam ni..sue nak blogwalking dulu puas-puas....banyak benda dah terlepas nih...Sasaran utama..rumah geng-geng masak dulu....Nak raya ni..tentu banyak menu-menu yang best kuar..Harus diselongkar tu...Tungguuuuuu..sue datangggg...(^___^)







Wanita belajarlah berfikiran seperti lelaki.

ASSALAMUALAIKUM.
Pelik ja kan..tetiba ja sue suruh semua kaum wanita berfikiran seperti lelaki. Untuk sesetengah perkara..rasanya kita kena belajar berfikir seperti lelaki. Ada yang marah ka?..

Meh nak bagi contoh...Cerita yang tak sepatutnya jadi gosip ..boleh lak dipanjang-panjangkan hingga menjadi gosip yang agak panas....(^_^). Contoh.:

Gadis A: Saya tiba di pejabat pagi tadi dan belum pun saya sempat duduk di tempat saya, saya lihat Sarah 
               sedang membancuh minuman. Kamu tahu, perempuan itu memakai baju yang sama yang saya beli 
               tempoh hari.
Gadis B : betulkah? Baju yang mana satu?
Gadis A : Baju yang berwarna biru, yang bercorak bunga warna oren, yang saya beli di Sogo semasa sale.
Gadis B : maksud kamu baju yang kamu jumpa tersorok di belakang rak, yang berharga RM 29.90 itu? Hari 
               yang sama saya beli kasut saya di kedai seberang jalan itu?..
Gadis A : Betul! Saya pakai baju tu ke pejabat kelmarin. Bukan main dia puji baju tu. Saya tidak sangka dia 
               pula berkejar mendapatkan baju tu...Kemudian dia pakai pula ke pejabat. kamu agak, apa 
               perasaan saya?.
Gadis B : Biadap sungguh. Apa betul yang kamu ceritan ini? Dia memang dasyat, teruk betul...

Setuju tak kalau sue kata.....betul kan..mesti lebih kurang dialog macam tu akan jadi..meleret-leret..padahal isunya kecik ja...

Meh tengok pula macam mana kalau benda sama diceritakan pada lelaki.

Gadis A: Saya tiba di pejabat pagi tadi dan belum pun saya sempat duduk di tempat saya, saya lihat Sarah 
               sedang membancuh minuman. Kamu tahu, perempuan itu memakai baju yang sama yang saya beli 
               tempoh hari.
Lelaki B : Betul?..jangan pakai baju tu lagi.


Tengok..masalah tu dapat diselesaikan dalam tempoh 10 saat ja..Tak meleret-leret. Kurang dosa..Heeee...

Jangan ada yang marah pula kalau sue letak kan topik ni hari ni..Tapi ada juga betulnya apa yang cuba disampaikan oleh penulis tu. Penulis  cuba mendedahkan bagaimana sebenarnya lelaki berfikir. Sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang mendengar keluhan ribuan wanita mengenai lelaki.


Ni antara buku yang sedang sue baca sekarang sebenarnya. " ACT LIKE A LADY..THINK LIKE A MAN".. Buku edisi terjemahan yang telah diterjemahkan ke BM oleh PTS ...Penulisnya  Steve Harvey ,seorang pelawak berkulit hitam...
Emmm..sesekali baca buku macam ni ok juga......Apa ya sebenarnya yang lelaki fikirkan?..Haaa..meh kita tambah ilmu ya..Heeeee....Dah!..mau sambung baca lagiiii...(^_^)

4 isteri, jagalah yang pertama

Assalamualaikum..
Just nak share ni..Mood update belum mari lagi..Ngeeeee...
Renung-renungkan lah ya....


4 isteri, jagalah yang pertama

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Baklava....Edisi dah basi...

ASSALAMUALAIKUM.
Pehh!..lama betul tak update. Selain daripada maleh...masalah broadband pun satu hal la kenapa lama tak buat n3...Tadi masa duk tengok-tengok posting..bleh plak tertengok n3 ni yang sue dah tulis sikit tapi still tak post lagi sebab tak upload gambo dalam pc lagi....

( Cita basi )
Meh nak cita pasal bakhlava ni...Sumpah!..first time tengok benda ni dalam blog Mek jiya aka Cik Kamben kita tu..Mak aiii..terliur tau.." Ko memang kejam jiya...Duk tayang gambo bakhlava yang mengancam tu. 
Siyes...sue memang teringin sangat nak rasa..ingat nak mintak kat mek tu ja..:P....   tapi pendam ja la...


Ya Allah..sue sangat-sangat bersyukur..esoknya tu, ada budak opis ni bawa baklava ni..Siap setapurware besar lagi...Sue pun..macam nak menjerit rasanya..Banyak ko..sue makan..hahahahahahaa..SEDAPPPPPP.....Betui la cakap ko Jiya..BAKLAVA ni SEDAP rupanya...Kikikiiii....


Ok..ni Baklava yang sue makan ya...hahahhahahaa.Dah!..korang pandang ja ya...Jangan duk kemaruk teringin macam sue dah la ya...Jenuh nanti nak mencariknya..kikikiiii





Tengok la tuuuu..sukaaaa tau...dalam dia ada kekacang..luar dia manis skit..tp ok la..Lelehhhhh ja....


Nak cita pasal Diet...Tak mo cita pasal raya yg dah lepas...Heeee

ASSALAMUALAIKUM.

Haiii sume...Lama tak hapdet blog...Tak rajin betul nak menaip...blogwalking pun dah jarang la ni....
Progres diet lepas raya...Diet ke Laut....Kikikikki..But, syukur Alhamdulillah..tiada peningkatan berlaku..Berat statik ja...Tapi tu bukan tanda yg baik sangat pun...Kena bertindak bagi memastikan target sue untuk tahun ni tercapai...

Start bulan Oktober kena kerja keras balik..Diet betul-betul...Cukup-cukup la bagi peluang makan sedap dalam bulan Syawal ni....Kena cepat-cepat la sedo diri... Nanti rajin sue update menu-menu yang sue ambik masa diet ya...Insyaalah..kalo rajin ler..kikikiii

Cakk!!!....Mood Keja dahhh....

ASSALAMUALAIKUM.
Raya dah habis (tuk i ler..tp raya still sebolan ya)..keja dah mola ya..Ngeeee..Rini first day keja..Tengah ambik mood nak keja..pala masih ting tong ingat kampung..Tak puas duduk kampung...

Masing-masing dah update cita raya..Sue?..Tunggu-tunggu dulu lah ya..Mood nak hapdet still tak mari lagi...
Hari ni sue rayau-rayau rumah korang saja dulu..Layan gambo-gambo raya korang..Ngeee..

Key..stop dulu..Pada yang dah mula keja hari ni..Selamat menjalankan tugas kebali ya....Mood raya tu..simpan-simpan dulu, 4.30 baru keluarkan balik mood raya korang tu ya..Heeeee

Mood Raya dah mari..

ASSALAMUALAIKUM...
Syukur Alhamdulillah..tu saja yang dapat sue ucapkan la ni..Ya.. hari ni kita dah sampai ke 22 Ramadhan...Tinggal berapa hari saja lagi nak meninggalkan Ramadhan..Sedih juga sebenarnya nak meninggalkan bulan ni. Sob..sob...

Ok..minggu ni kompem semua orang yang duk keja tu..dah mood lemau-lemau gitu..Maklum la..hati masing-masing dah ingat kampung.. Sama la dengan orang yang  menulis ni pun...Mood raya dah mula mari...Kalau tak kerana fikir tanggungjawab..mau sue dah hu ha hu ha dah..tak kose nak buat keja..kikikikiiii....Tak senonoh betui kan..

Ok..dikesempatan ni sue nak Mohon Ampun dan Maaf kepada semua..mana la tau kalau-kalau sepanjang perkenalan kita di alam maya ni..ada yang terasa hati ka...And...sue nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat u all semua.
So..sudi-sudikanlah ambik dan gantung kad dari sue ni kat rumah korang ya...



*N3 ni akan sentiasa berada di tangga teratas sehingga 1 Syawal ya..(^_^).






    

Murtabak Pisang Mini


ASSALAMUALAIKUM.
Kali ni tak mo tulis banyak-banyak..Letih tak hilang lagi..tapi gigih juga nak update n3..
Key..meh jamu mata dengan Murtabak Pisang Mini sue ni..Tak la spesial mana pun...Tapi boleh la juga buat air liur meleleh (bagi yang mengidam la)...Heeee..
Teringat dulu kecik-kecik, mak selalu masak murtabak pisang ni...Kebetulan Mak ada kirimkan pisang dari kampung..So, boleh la buat murtabak pisang..Tapi yg ni version mini saja..Pakai kulit popia ..Maklum la..tak pandai nak menebor roti..Ngeeee...




Murtabak Pisang Mini

Bahan-bahan
  • 5 biji pisang berangan (potong kecik-kecik)
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu air (patut tak payah bubuh pun)
Cara-cara (inti)
  • Masak semua bahan dalam kuali sampai kering or kekuningan.
  • Angkat dan biarkan sejuk seketika.
Cara-cara
  • Balut inti dengan kulit popia macam buat roti canai.
  • Panaskan kuali ..bubuh sedikit minyak dan masak hingga garing.( sue pakai kuali non stick )
  • Angkat dan sedia untuk dihidang.
  •  
SELAMAT BERBUKA PUASA (^_^)..
..

Popia Daging

ASSALAMUALAIKUM..
Hari ni tak da idea langsung nak masak apa. Lama juga la sue nak melengut kat dapur tu.. Bukak esbox berkali-kali..Bosan..asyik ulang menu yang sama saja. Tapi tu lah..tekak sue ja yang dah bosan..tekak hb still sama...dia masih tak bosan lagi dengan menu ulangan..Balik-balik menu berasaskan mee...


4.30 baru idea mariii...Daripada kulit popia yg ada tu mengeras ja dalam peti. Sue ingat baik buat popiah. Tapi bahan yang ada terhad...So..timbul idea nak buat popiah daging version sue. version main campak-campak saja apa yang ada..Ngeeee

Resepi : Sue@Suemiezi.blogspot.
Bahan-bahan
  • Daging kisar- sue agak2 ja..dalam 1 cawan
  • sebiji lobak merah - diparut halus
  • 1/2 biji bawang besar -dicincang
  • 2 biji bawang putih - ketuk dan dicincang
  • telur sebiji
  • 1/2 sudu lada putih/hitam
  • 5 sudu sos cili
  • garam secubit rasa
  • Daun sup.
Cara-cara
  • Tumiskan bawang besar dan putih sehingga naik bau. Masukkan daging cincang. Kemudian masukkan lada putih, sos cili dan garam secukup rasa.
  • Kemudian pecahkan telur untuk pekatkannya.
  • Siap..angkat dan masukkan daun sup yang telah diracik halus.
  • iap inti dan boleh la mulakan proses membalut dengan kulit popia..

Hadoiii..susah juga nak menulis resepi ni rupanya. Masa masak main campak-campak saja. Rasa pun main agak-agak saja. 


    Menu utama adalah menu yang sentiasa diulang-ulang...Mee goreng saja...Syukur, jadilah...janji kenyang...(^_^).

    Kuih Semperit

     ASSALAMUALAIKUM....
    Sat ja dah hari Ahad...tak pueh lagi duk rumah, esok dah nak pi keja plak...Hehehehhee..mengeluh macam budak-budak tak mo pi sekolah ja kan....
    Ni projek mengkukis semalam.Orang lain dah buat berjenis-jenis biskut dah...Sue baru semalam  sempat nak buat biskut.Dah lama nak buat kuih semperit ni...Duk skodeng resepi merata-rata..tapi tak juga terbuat-buatnya.
    Tadi pagi semalam..masa belek-belek Majalah MIDI ( i baca majah ni juga tau..jangan ingat orang yang 40an ja baca majalah ni..kikikikiiii...), tetiba lak ada Resepi Semperit ni Version Zur Eda...And secara spontan mood mengkukis tu mariiiii...Ngeeee...

     Ok!..Sue share resepinya disini ya...Resepi kredit to Majalah MIDI keluaran 15 Ogos 2011.


    Resepi : Majalah MIDI
    Sumber : Sue@Suemiezi.blogspot


    Bahan-bahan
    • 1 cawan mentega
    • 3/4 cawan gula halus
    • 1 biji telur
    • 1 sudu teh vanila
    • secubit garam
    Satukan
    • 1 1/2 cawan tepung jagung
    • 3/4 cawan tepung gandum
    • 3/4 cawan tepung kastad
    • 1 sudu teh serbuk penaik (yang ni sue tak letak pun )
    Cara-cara
    • Pukul mentega dengan gula hingga sebati.
    • Masukkan telur dan vanila dan dikacau lagi hingga sebati.
    • Kemudian masukkan tepung yang disatukan, juga garam sedikit-sedikit ke dalam adunan.
    • Akhir sekali terap adunan dalam bentuk S dan bakar dengan suhu 170'c. ( sue buat bentuk bunga ja)
    Dapat la sebalang ni...yang lebihnya banyak masuk mulut sue (eerk!!!!...kantoiiii..Ngee). Rasa sue ok dah kukis ni...kena dengan tekak sue..Kalo beli tu..susah nak dapat yang kena dengan citarasa..Cik hb pun makan bukan main lagi sue tengok...Ada plak, dia tanya bila sue beli biskut tu..Apa barang bang oiii...ni hand made ya....Dia buat muka pelik ja....tak caya kot sue buat kukis sedap macam beli..kikikiiii...Perasan sajaaa...:P...

    Dah la..sue stop dulu...nanti ntah apa-apa yang sue mencecehkan..Ok u all..selamat mengKUKIS ya...Daaaa..(^___^)

    Mee Sup + Cucuq Kurma


    ASSALAMUALAIKUM..
    Syukur Alhamdulillah..hari ni dah 20 Ramadhan...Syukur sebab masih dapat melalui ramadhan sehingga ke hari ini.
    Tak mo tulis panjang-panjang...bukan ada idea pun nak tulis apa...Just nak share menu berbuka hari ni.... Cadangnya nak masak nasi tomato...tapi hb nak makan Mee Sup...Makanya, haruslah ikutkan keinginan hb.. Sue bab makan no hal...tak makan pun tak pa...(^_^)...

    Tuk kuih..just buat Cucuq Kurma...Heeee...idea spontan, bila tengok buah kurma yang banyak...Sue kalau berbuka just makan sebiji ja...So, timbul idea nak buat cucuq...Alhamdulillah..sedap juga rupanya...




    Bahan-bahan
    • 2 cawan tepung gandum
    • 8 biji buah kurma
    • air
    • garam secukup rasa
    Cara-cara

    • Belah dan buang biji krma..Cincang buah kurma.
    • Gaulkan tepung gandum, air dan garam.
    • Goreng.

    UDANG GALAH MASAK DIRAJA

    Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...