Assalamualaikum.
Dah berapa hari tak update blog. Selain daripada kekangan masa, tak ada idea pun ya jg. Ok! Ni sue nak share resepi dan sambil tu, penting di update untuk rujukan masa akan datang.
Akceli, ni antara menu yang sue buat untuk jamuan metting cik hb isnin tadi. Tak pasal- pasal jadi makcik kantin dah. Walaupun penat balik Tambun tak habis lg. Sue setuju juga ambik oder hb tu. Makanya, sampai ja kl dalam pukul 5 terus shoping ke pasaraya cari bahan. Balik rumah terus siapkan bahan- bahan asasnya dl, masak pagi- pagi ja.
Ok lah! Meh kita terus kepada cerita kek ni. Sue pernah buat kek gula hangus ni dulu masa bujang. Tp tak ingat dah resepinya.
Kali ni try resepi yang sue dapat dari dapo kak Ct Delima ni. Tengok ramai juga yang dah try resepi ni. Kompem sedap kan.
Sue betul- betul follow resepi yang kak Ct tulis tu. Bagi sue, resepi yang ni pun dah cukup manis. Hasilnya, boleh lah. Silap sue juga, gunakan loyang yang terlalu besar, hingga jadi rendah kek tu. So far. . Walaupun tak tunggu 10 minit, hasilnya tetap menampakkan sikit- sikit bentuk sarangnya tu. Tapi halussss la. Heee,
Dah! Resepinya ini ya.
KEK GULA HANGUS
Sumber : Kak Ct Delima
Bahan- bahan gula hangus :
1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
Cara membuatnya :
1 cwn gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula hangus sepenuhnya, boleh masukkan 1cwn air. Hati2 dgn gula yg panas sewaktu masukkan air krn gula akan meletup2 terpercik.
Bahan kek :
1/2 cwn susu pekat manis
1cwn tepung gandum
4 biji telur
3 sdb butter
1 1/2 sdk soda bikarbonat
Cara- cara membuatnya :
- Alas loyang @ acuan dgn jertas minyak & glis dgn butter. Ketepikan.
- Pukul butter dgn telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup dipukul hingga adunab sebati saja.
- Masukkan susu pekat manis & masukkan jg gula hangus td. Kacau hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung & soda bukarbonat yg telah diayak bersama td. Kacau lg hingga adunan rata. Perapkan selama 10 minit.
- Tuang adunan dlm loyang & bakar pd suhu 170'c selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jan @ boleh uji kek dgn mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar. Lidinya bersih, tu tandanya kek sudah masak.
Published with Blogger-droid v2.0.8
16 comments:
As'kum Sue... sedapnya.. akak suka kuih ni....like 100 kali :)
kite suke kek ni...selalu beli je...:-)
Wkslm Kak Sha.
Uih! Tak tido lg kak! Heheheee. . Kek ni sedap. Tp sue masih tercari2 version yg sue msk masa zaman bujang dl. :D
Aik! Tak tido lg. Heheheee. . Samalah sue pun. Beli ja. Singgit cukup lah. . :D
Ni buat bekal anak2 ke sekolah mmg best. Mmg berangan nak makan ni Sue.... ada utk Along tak?
akak pun suke .. up 1000x ;))
semalam tk sempat singgah ada lagi tak Sue yang hangus ni heeee tapi sedap kan wlaaupun namanya hangus
salam Sue.Mmg sedap..nk buat pon mudah jer,tp dah lama k.atie xbuat.Tgk kek sue ni trliur la pulak...
Along..Dah habis ni..Sue pun makan sikit ja. Ni masak untuk hb bawa pi opis ja. Dia order tuk jamuan mttg dia..:D
assalamualaikum...
sedap plak sesekali pekena kek gula hangus ni.. makan panas2 mmg siyokkkk.. kan kan
Salam kak! aduhhhhh kita ajer yg tak terbuat buat kek gula hangus niii sbb kita tak minat tp teringinnnnnnnnnnn sgt nak cuba buat, sapa nk makan ni? kalau kat mesia mak kita mesti suke huhu...
salam sue cayang..pekabo?? daapnyer kek gula hangus nih..dh bertahun x wat..dulu rajin wat guna resipi bonda akak tp now dh x tau pi mana dh resipi tu..tanya kt mak akak pun dia ingat2 lupa..hehe!
salam sue..salah satu kek yang akak cukup rajiiiiiiiiiiiiiiiiiiin....beli..:P
Aslmkum Sue.kek gula hangus dah lama tak buat....suka mkn yg baru masak...sedapp..
Salam Sue, ni faveret org tua2 ni termasuk akk.....sb lembut n kenyal.
Akk ada follow sue kt instagram.
salam syg sue
akk klu kuih nie takut sikit nk buat..dulu2 pernah cuba buat..tp x jadi sarang..trus smpai skrg x cuba lg..h ehehe tp akk keep resepi nie la..nnt nk try jgk:)
Post a Comment