Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Butter cake




ASSALAMUALAIKUM..
Salam jumaat semua..Alhamdulillah, sedar tak sedar dah jumaat. Sue paling suka jumaat tau..Sebab esok cuti..Ekekekee..hapa- hapa ntah..

Hari ni letih sesangat, malam tadi sampai rumah pukul 3 pagi...Jemput mak kak LCCT terus bawa kerumah adik di Semenyih. Haissh!! Patut sampai 12.45..tapi sampai 1 lebih flight tak landing- landing lagi..Buat riso ja..Heee.. Bangun pagi- pagi lagi jadi makcin kantin. Masak mee goreng request dari cik hb lagi..pun untuk dibawa ke office dia. 
 
Nih!..Projek malam tadi, sambil- sambil membaking ni..sambil-sambil prepare bahan-bahan untuk masak esok pagi.
 
Okeh!..Ni dah kali ke dua sue masak kek ni. Klik SINI untuk yang kali pertama ya. Memang resepi Kkida ni kena dengan sue. Simple dan sedap. Saiz adunannya ni kecik ja, so klu nak banyak silalah gandakan sukatannya ya.. Kali ni sue saja ja gunakan loyang yang comei- comei..Senang sekali ngap ja masuk mulut .. Masak pun sekejap ja. Dek kerana Butterscoth sue ada lagi sikit, sue letakkan butterscoth ni dalam kek tu. Kira macam intinya lah..Ternyata memang sedap.


KEK BUTTER
By : Sue@ Suemiezi

Bahan - bahannya :
1 1/2 cwn self raising flour
1/2 cwn gula halus (nak lebih pun ok. Sue ikut kkida)
2 biji telur gred A (sue gn 3 biji telur gred B)
3 sdb mentega (room temperature)
2/3 cwn susu full cream (room temperature)
1 sdk esen vanila (sue letak)
Pewarna hijau dan merah
 
 
Cara- caranya :
Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar. Mix semua bahan dengan menggunakan mixer hingga sebati pd kelajuan perlahan.
 
Kemudian mix kan pd kelajuan medium selama dua minit lagi. ( sue buh dalam blander ja. Bland semua sekali)
 
Bahagikan dua adunan. Satu letak pewarna merah dan satu lg letak pewarna hijau.
 
Masukkan adunan berselang seli ke dalam acuan kek or cupcake.
 
Bakar pd suhu 170 selama 20 minit or sehingga masak.
 
Siap!
 
 
 
Belum pun sempat simpan dalam tuperware ntah dah berapa ketui masuk dalam mulut sue..Haishh!!!..Tak hingat tu...Tu la..comei sangat kan..Tak sedo dah bapa banyak masuk mulut..Hee
 
Ni pulak sue tapaukan siap-siap untuk makyong kat opis sue..So senang, sambil-sambil goyang kaki depan pc dia tu..Dia ngap ja satu-satu..Cukup la sikit tu ja ya..Mak yong tak boleh makan banyak- banyak..ehehehehe
 
 
 
Okey semua, selamat berhujung minggu. Tak sabo nak cuti esok..Ngeee (^_^)
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.8

18 comments:

JaSSNaNi said...

sedapnya kek.. kek butter mmg sedap, harum je.. saya pun suka.. :) comel2 je ye.. :) cute sangat..
SELAMAT HARI MINGGU ye.. selamat berehat.. :)

ibh_sue said...

JaSSNaNi..'Selamat Hari Mingguuuu :D

inahar ali said...

perghhh..mesti sedap kek tu ada filing buterscotch kan sue..terliur dh akak nih!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam sue.Buat comel2 camni mmg mudah nk mkn..lgsatu xsedar bape dah masuk mulutkn (^_^)

Unknown said...

macam nak rasa je kek ni Sue pasti sedap warna pun cantik macam tuan yg buat jugak ni

happy weekend Sue nk bercuti kat mana tu..

sury_25february said...

Nak seketol 2 3 ketul blh...kiut miut je kek tu kan...guna acuan kecik2 gini mmg mencepatkan n menyenangkan keja kan....:-D

Qasey Honey said...

rajinnye buat comel cmtu...nmpk pon sedap yer kek tu...dtmbh pula dgn kaler yg cantik tu...meh terbangkan 2 ketuiii...hehe

mamawana said...

Assalam :-)

So chomel.. sedap niii

HomeKreation said...

Liana kalau tengok ni mesti lompat2 suh mama dia buat! Takyah buat, Sue kasi satu bekas tu tuk Along kan....mmmuah2 tq dari Liana...hehe

ibh_sue said...

Kak inahar. . Mmg sedap kak tambah bs dlm tu. :D

ibh_sue said...

Wkslm kak azatie. . Tu lah kak. Sambil msk sambil ngap. Heheheeee. .

ibh_sue said...

Kak noor. . Heheheee maluuuu. Jgn puji lebih2. Nnti ada yg kembang. Ekekekeee

ibh_sue said...

Sury_masury. . Betul tu menjimatkan masa. ;D

ibh_sue said...

QH . . Meh tuko dgn kek belang QH yg mengguda tu. Heee

ibh_sue said...

Wkslm mamawana. (^_^)

ibh_sue said...

Along. . Buleh! Tuko dgn menu Along yg sedap2 ya. Ekekeke. . Muahhh jg kiss tuk liana yg comei tu

Unknown said...

Resepi nampak mudah & sedap. Hmm..saya salin resepi ni nak cuba :-)

Salam kenal,

Follow u. Jemput singgah blog saya.Ada contest. Cuma perlu LIKE fanpage saya untuk menang. Saya mencari 2 pemenang. Hadiah bernilai RM60. Bilangan pemenang mungkin ditambah jika penyertaan memberansangkan :-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/

TQ.

Anonymous said...

Thiѕ blog wаs... hοw dо I saу іt?
Relеvant!! Finаlly I have found ѕomething which
helρeԁ me. Thаnks!

mу blog post ... payday loans

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...