Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Saturday, 6 October, 2012

Kuih Cara Berlauk



Assalamualaikum.

Lewat sikit post n3. Maklum la, terkedek- kedek nak menaip n3.
Ni menu minum petang tadi. Ntah kenapa terajin la pulak hari ni.
Ni kira kali kedua sue merasmikan loyang boulu. Dan kali ke dua sue buat kuih cara juga, Sebelum ni dah pernah try buat kuih cara manis. Maybe lepas ni, guna lagi buat boulu kot. Hehehee. . Kena juga sesekali guna acuan tu. Idak la nanti kena perli. Masa nak beli bukan main lagi heee.
 
Okeh! Semak resepinya ya. Resepi dari dapo Cik Mat Gebu. Thanks Cik Mat atas perkongsian resepinya tu. Klik SINI untuk tengok kuih cara berlauk Cik Mat ya. Resepi follow sebijik cik mat.




KUIH CARA BERLAUK.
Resepi : Cik Mat Gebu @Dapur tanpa sempadan

Bahan- bahan inti :
100g daging ayam cincang - sue gn daging cincang
1/2 biji bawang besar - sue gn sebiji
2 ulas bawang puti
2 hirisan halia
3/4 camca besar rempah kari daging
1 camca besar sos tomato
1 camca teh cili kisar - sue letak 1 camca besar
Garam & gula secukup rasa
1/3 cawan air
1biji cili merah. Buang biji. Dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya - sue x letak, x da stok
Bawang goreng secukupnya.

Bahan Kuih Cara :
75g tepung gandum
1biji telur gred A
165 ml santan - sue campurkan santan dgn fresh milk.
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1-2 titik pewarna kuning

Cara- cara Membuatnya :
Untuk Inti:
Panaskan sedikit minyak dlm kuali (sue pun gn non stick pan). Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & cili kisar hingga harum dan masukkan sos tomato dan rempah kari. Kacau rata. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tuangkan air dan biar hingga kering. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan sebahagian cili dan daun bawang yg didadu tadi. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan.

Untuk Adunan Kuih Cara:
Satukan semua bahan untuk kuih. Kacau rata dgn whisk hingga tak berbintil2. Kediaan tapiskan. Rehatkan sebentar. (sue bland ja semua bhn dlm blander dan tapiskan. Masukkan adunan dlm bekas bermuncung.

Untuk Kuih Cara Berlauk :
Panaskan acuan kuih. Gunakan api kecil. Sapu setiap cetak dgn minyak. Tuang adunan. Masukkan inti, taburkan cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Tutup dengan tudung periuk. Biarkan 30 saat. Buka dan bila permukaan kuih kering. . Boleh diangkat. Siap untuk dimakan.


Fuhhhh!!!! Bercinta nak menaip n3. Ok! Jemput menjamu mata dan selamat mencuba (^_^)


Published with Blogger-droid v2.0.8

14 comments:

Ibnuismaini Ismail said...

Kalau kaler kekuningannya dinaikkan, peh... terliur habis sesiapa yg menatap gambar2 ni. ^^,

ibh_sue said...

Ibnuismaini Ismail. . Hehehee. . Thanks! Tp jgn sampai meleleh air liur pulak ya. ;D

QA's ~ mamapapa said...

sedapnya cara berlauk...lamanya tak mkn..senang nk dpt musim bulan pose je :(

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam sue..mmg sedap kuih cara berlauk ni.Acuan kuih cara k.atie yg bentuk bahulu cermai(lonjong) tu...

Fuat Gencal said...

Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

Saygılar..

Bicara Kak Noor said...

sedap lah si kuning2 yg banyak inti tu nak sebijik dua bijik lontarkan disebalik skrin ni jab Sue heee

ibh_sue said...

QA's~mamapapa.: Klu bln pose mmg mudah nak dpt. Tp ssh nak cari yg betul2 sedap. :D

ibh_sue said...

Wkslm kak azatisayang, sue pun mula2 mmg nak cari yg lonjong tu kak. Tp x da. So, beli ja lah yg ni. ;D

ibh_sue said...

Kak Noor, klu boleh main lontar2 kat screen ja kan best. Paling best, boleh join mkn masakan akk. Heheheeee

gerhana luka said...

sue kalau boleh lontar meh lontar kat aku jugak kik.kik.kik. sedap tu kuih kesukaan aku gak ni kalau dapat letak inti banyak2...ermm tapi tu la kalau beli sikit je intinya tak puas makan.

ibh_sue said...

Mully @gerhana luka. . Meh main lontar2. Tu lah, klu bli 3 biji x cukup rasanya. 3 ketui singgit lak tu. Inti sikit. Mahai tu. .

cikmanggis said...

bulan posa inilah kuih kegemaran Cm..5 biji sekali adap hehe

ibh_sue said...

Cikmanggis. . Klu sedap 5 biji skali hadap pun tak sedo kan. Heee

ibundo said...

salam. Dah lama tak makan cara berlauk. Buatnya lagiiiilah lama tak buat haha..

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "