Assalamualaikum.
Salam jumaat buat semua. Semoga segala aktiviti kita hari ini dipermudahkan Allah. Sejuk damai ja pagi ni..Alhamdulillah.
Kalau duduk rumah ni, bfast dengan Apple Cake ni pun dah ok dah. Feeling ala- ala omputeh gitu..Heee.
Okey!..Ni projek petang semalam sebenarnya. Sue balik awal semalam. Kebetulan cuaca hujan lebat. Perut sangat la lapar. Teringat AlongRos punya Delicius Apple Cake. Kebetulan bahan- bahan semua ada, so terus projek membaking. Baunya, semerbak harum. Buat perut tak sabar nak menikmatinya.
So, semalam petang..minum lewat petang sorang-sorang sambil menikmati rintik- rintik hujan... Rintik?..Boleh tempias rumah wooo...Lebat betul hujan petang semalam..Hehehehe
Kebetulan juga apple hijau yang hb beli tiga hari lepas, langsung tak boleh buat kawan...Masam sungguh..Tu kalau orang yang mengandung lalu la nak telan tu.. Nak buat air dah rasa macam tak best. Nasib AlongRos up n3 kek ni ... So, meh kita kerjakan apple ni jadi kek ya..Meh kita semak resepinyanya ya.. Thank's AlongRos, sue copy resepinya ya.. (^_^).
DELICIOUS APPLE CAKE
Sumber: AlongRos
BAHAN2:
~500g Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buah tengah, cincang 1cm kiub
150-200g Gula Perang (orig guna gula putih)
3 bj Telur (Gred A)
1 cwn Minyak
1 st Parutan Kulit lemon (Along petik Lemon kat tepi rumah tau... hehe)
200g Tepung Naik Sendiri
1/3 st Serbuk Kayu Manis
CARA2: 1. Letakkan gula, telur & minyak ke dlm mangkuk & pukul sehingga pekat.
Campurkan parutan kulit limau.
Ayakkan tepung & serbuk kayumanis ke dlm adunan & kacau rata.
Gaulkan epal sehingga rata.
2. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan & bakar 170C selama 45-50minit sehingga masak.
Hidangkan suam bersama susu pekat jika suka.
~500g Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buah tengah, cincang 1cm kiub
150-200g Gula Perang (orig guna gula putih)
3 bj Telur (Gred A)
1 cwn Minyak
1 st Parutan Kulit lemon (Along petik Lemon kat tepi rumah tau... hehe)
200g Tepung Naik Sendiri
1/3 st Serbuk Kayu Manis
CARA2: 1. Letakkan gula, telur & minyak ke dlm mangkuk & pukul sehingga pekat.
Campurkan parutan kulit limau.
Ayakkan tepung & serbuk kayumanis ke dlm adunan & kacau rata.
Gaulkan epal sehingga rata.
2. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan & bakar 170C selama 45-50minit sehingga masak.
Hidangkan suam bersama susu pekat jika suka.
Published with Blogger-droid v2.0.8
12 comments:
sue syg..
ppgi dh tayng kek kan..yummyy sedapnyaaa..meh kasi akk rasa sepotong dik:))
slm sue...
wah nmpk sedap la kek apple tu...mnarik utk dicuba ni...
Tadi pagi mmg dingin, sejuk je,, cuaca ala2 dok korea gitu.. heheheh.. :) feeling dok ober de sea sikit.. :) tapi skrg dah terik.. jemur baju kejap je kering gini.. :)
sedap makan kek apple.. :) cer hulur sepotong... :)
salam sue.....
sedapnya kek epal tu....!!!!!boleh mintak sikit lapar nie he heeee.....
akak pun nak cuba jugak kek apple ni nampak sedap sangat boleh try esuk lusa tulat ke kan
wah..leh try nih sbb akak mmg peminat tegar kek apple..mesti sedap ek!
mak aihhh konpermm sedap niee
alooor nak tempah boleh ! ;))
Kak zila. .Meh tuko dgn kek akk. . Heee
Menggoda betul kek ni...and I pun tergoda! :)))
Sue, tambah hazelnut lagi sedap tau...
Sue...feeling omputeh takpe, jgn mkn mcm omputeh.....dia org punya hidangan utk dua org kita:-)
akk pun suka kek yg ada apple tp dlm rumah ni takde respon kalau buat.
salam kenal Sue, follower 322
Post a Comment