Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Sunday, 7 October, 2012

Pasta goreng + Sandwish daging with cheese.



Assalamualaikum. Morning semua.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah diberikannya lagi kesihatan yg baik pada sue. Dah sarapan belum? ;D.

Pagi ni sue sediakan bfast agak berat juga. Hb kerja hari ni. So, buar bfast berat. Tengah hari rilek tak payah masak dah. Ya la, stakat sue sorang ja. Tak kuasa nak masak. Heee
Akceli simple ja masak dua benda ni. Semua main lebur ja. Heee. .


SANDWISH DAGING WITH CHEESE
Resepi: Sue@Suemiezi.

Bahan- bahan:
Roti keping
Inti daging -resepi inti daging sama mcm inti kuih cara.
Slice cheese
Mayonis
Telur
Secubit garam

Cara-caranya:
Sapukan mayonis. Letakkan inti daging. Lapiskan cheese dan tangkup dgn sekeping roti. Mangkuk lain, pecahkan telur dgn secubit garam. Celupkan roti dlm telur tadi dan goreng. Siap!



PASTA GORENG SIMPLE
Resepi: Sue@suemiezi.

Bahan- bahannya :
1 mangkuk pasta
1cwn daging cincang
1cwn mix vege
2 sdb cili kisar
4 sdb sos cili
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
1sdk lada putih Aji- shio - x letak pun x pa. Hr ni sue letak.
1/3 fresh milk
Garam secukup rasa
Hirisan sosage, fish ball dll

Cara- caranya :
Pasta perlu direbus dl. (x perlu ajar kot. Dekat plastik dia biaanya ada ditunjuk kan cara).
Tumiskan bawang besar dan putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak. Masukkkan daging cincang. Kacau, kemudian masukkan sos cili. Curahkan fresh milk. Kacau 2 3 minit, masukkan mix vege. Perasakan dgn garam. Masukkan lada putih Aji-Shio.
Bila kuah agak kering, masukkan pasta. Pecahkan telur dan maukkan hirisan sosage, fishball dll. Agak- agak semua bahan dah sebati. Matikan api. Siap!.


Fuhh!! Susah nak taip resepi ni tau. Sebab tak biasa main sukatan. Lebih banyak main taruh ja semua. Agak- agak rasa ja. So, pandai2 la balancekan rasa ya. Tapi tu la antara bahan- bahan basik yg sue guna. :D
Published with Blogger-droid v2.0.8

10 comments:

Gee® said...

sedapnya...tumpang sarapan sini boleh...? hehe..

Bicara Kak Noor said...

menu best hari ni Sue pasta goreng boleh kenyang sampai tenghari tu tambah sandwich lagi mesti tido lepas ni

ibh_sue said...

Kak Gee. . Meh la bfast sekali. Sambil2 tgk tb. Heee

ibh_sue said...

Kak Noor. . Mmg gitu la plannya pun. Mkn bfast berat. So boleh rilek2. Mau sampai ke petang ni rileknya. Heheheee

cheeze maz said...

salam kenal.... sedapnya menu sarapan.

sudi2kan lawati blog akak di cheezemaz.blogspot.com

boleh order & nimati keenakkan sos cheese setanding sos cheese wedge di KFC dengan harga murah.

boleh joint peraduan lagi. ada peluang menangi bekalan cheeze maz

...aida... said...

Kat sini mee kuning memang susah nak cari so mmg kalau masak mee guna pasta atau spaghetti. Kalau spageti tu akak rendam dengan air kunyit nak bagi color dia macam mee kuning. Nak try buat resepi pasta sue ni lepas ni. :)

Nor said...

Salam kenal Sue. wahh sedap sarapan nampaknya ni. boleh cuba nanti.

Sue pun guna blogger-ndroid ye?saya rasa mcm leceh sikit bab nak arrange gambar tu, kan?

yan's cottage said...

salam sue.....
ringkas dan padatkan...!!!!yelah sebab boleh kenyang sampai tak yah makan tengahari he heeee......

zila norazila said...

wsalam sue,uittss sedapppp::)))
pasta goreng sampai ptg kenyang kan..klu akk pun sama klu dh kenyang malas dah nk wt keja apa..nk ngadap tv jew..

Qasey Honey said...

slm Sue...mmg mngenyangkan menu bfast yg cmni...spi ke petang xpyh nk masak lg...bleh la bsantai dpn tv kan..hehe

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "