Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Saturday, 9 June, 2012

Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo)

ASSALAMUALAIKUM
Lama tak bersiaran dan agak jarang juga blogwalking sekarang ni. Rindu dengan u all semua. Heee.
Ok..tak mo menceceh panjang-panjang. Ni projek malam tadi. Sampai ja rumah, terus masuk dapur. Sepanjang jalan teringat-ingatkan agar-agar Along ni. Dari hari tu lagi nak buat, tapi tak terbuat-buat juga..
Kat rumah ni, kalau agar-agar or puding ni, memang laju ja. Lagi la kalau makan sejuk-sejuk, nyaman ja.

Akceli..sue main taram ja bahan-bahannya. Sebab kebetulan petang semalam tenet sangat la sengal. Tak boleh bukak. Main ingat-ingat ja apa bahan-bahannya. Yang pasti tentu-tentu kena ada Milo n Oreo kan..Heeee. Alhamdulillah, betul kata Along, memang sedap. (^_^).

Ok!.. Ni sue letak juga resepinya kot ada sapa-sapa yang tersesat masuk sini, tetiba teringin pulak tengok agar-agar ni kan. Boleh la try buat kan. Senang jaa....Ngeeee.



Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo)
Sumber: Alongros @HomeRekreation

BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar) - sue guna yg tali tu
750ml Air
160g Gula - sue guna susu pekat n gula sikit
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis



CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.

b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

11 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum Sue,
alahai menariknya jelly kat atas ni, mesti sedapkan gabungan biskut oreo dngn milo..mmng heaven je lalu kat tekak...nak wat gaklah..

Bicara Kak Noor said...

salam Sue,amboiii rajin nya buat agar oreo jelly segala ni mesti sedap ni nampak nya,apa lagi ada oreo baik sepotong utk akak nak rasa malam2 ni tentu best sbb akak baru balik jalan panas lah makan ni tentu sedap heee

ibh_sue said...

Wkslm kak yatie. Mmg heaven pun. Masa tgk Alongros tunjuk hari tu, terus teruja. Tak pnh lak terfikir slma ni nak gabungkan milo dgn oreo. Sedap kak. Bwt kak, jgn x buat :)

ibh_sue said...

Wkslm kak noor. Mmg sedap pun. Kalau agar2 milo pun biasa dah sedap, apa lagi klu dah digabungkan dgn oreo, tambah meletop la sedapnya. Meh la rasa sikit. . Sue pun sambil ngadap jg ni. Ada sikit lg. . Sejuk lagi. . Hee

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Sue.. waduhhh ini best ni! Nelly memang suka melo.. waduhh nak kena cuba ni hehehe... tunggu masa sesuai Insyallah nanti nak cuba..:))

ibh_sue said...

Wkslm kak sha. Harus Nelly suka. . Milo sedap. .

Qasey Honey said...

mnarik...gabungan yg mantoppp...dua QH suka milo n oreo...mesit sedap sgt ni...harus cuba!

ijan said...

Salam Kak Sue,
Apa khabar? harap2 sihat2 selalu ye :)
Sedap je tengok agar2 tu. Musim2 panas ni memang asik nak minum yang ais2 je. Kami dok musim aiskrim. Hari2 nak makan aiskrim. hehe

HomeKreation said...

Salam Sue cayang.... alamak, rupa nya Along tinggal jejak kat FB, lupa nak cap tangan kat sini.....hehe. Thumbs up.... cantik!

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Sue cayangg waduhhh anak2 akak suka kalau dapat makan agar2 ni.. ada melo dan oreo hehe.. wahh nanti boleh cuba.. masuk dalamlist.. tq sue..:))

ibh_sue said...

Sedap. . Harus cuba

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "