Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Jangan ada benci


Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Nice song kan...

Di sebalik warna-warni buah dan sayuran part 1

Salam semua...
Nak share skit info pasai kelebihan disebalik warna sayur dan buah2an ni...

Kumpulan Oren/ Kuning
( Buah/ sayur : Betik, jus limau, semua jenis limau dan buah pic )

Khasiat
Buah-buahan ini membekalkan khasiat karotenoid, satu famili kimia yang mempunyai beta karotena. Malah buah- buahan seperti oren mengandungi serat yang tinggi di samping pembekal vitamin C dan E yang tinggi.
Kesemua sayur dan buah-buahan ini baik untuk kesihatan kulit. Buah betik pula pembekal vitamin A yang sihat untuk mata


Gambar Ihsan Google


Sumber : majalah Pa & Ma, Feb 2006

Diet dan Beli belah

Jika anda sedang berdiet tetapi perlu membeli belah untuk keperluan dapur. Banyak godaan yang menunggu di sana. Jika takut tergoda dengan makanan yang dijual, ada cara untuk anda atasinya.

* Tinjau kabinet di dapur dan senaraikan barangan yang anda perlukan. Sewaktu di pasar raya, belilah barangan yang disenaraikan sahaja.

* Makan terlebih dahulu sebelum membeli-belah. kalau lapar, susah pula nak kawal nafsu makan.

* Lihat label produk terlebih dahulu sebelum membeli.Jadi, anda akan hanya beli makanan yang baik untuk kesihatan sahaja.

* Ketika beli makanan yang manis ataupun berlemak, pilihlah produk yang mengandungi gula atau lemak paling rendah.

Sumber : Majalah Pa & Ma, Feb 2006


Mengarut pagi2 buta


Sangat tidak waras rasanya...Tak tahu nak buat apa diawal pagi2 ni..Mata langsung tak mengantuk...Hati resah..rindu pada hb..

Tak tahu nak buat apa..tak kan nak mengemas pagi2 buta ni kot...Nak membaca?..naik jemu dah..Tv pun ngarut ntah pape ntah..sangat tak menarik...

Buat workout?..Gila apa2 kul 1 pagi nak workout....Tapi memang buntu..mata tak mo lelap langsung...Layan Fb..kawan2 tgh sibuk layan MU plak...Huuu...huuu..sampai kul bapa la sue nak mengarut macam ni....


Resepi

Okies..atas permintaan ramai ( ceh! poyos jer ayat )ni dia resepi nak buat pancake..Resepi ni sue amik daripada kak hana ( ampunn..sue cnp yer kak hana...hee..heee..maleh nak taip..)...

Bahan-bahan


* 2 biji telur
* 6 sudu butter - cairkan
* 21/2 cwn tepung naik sendiri
* 2 sudu teh baking powder
* 2 sudu besar gula
* 2 cawan susu segar
* 2 sudu besar lemon juice - optional
* secubit garam

Cara-cara


* Campurkan ke semua bahan dan blend hingga sebati.
* Biarkan sebentar dalam 10 minit.
* Cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.
* Hidangkan panas2 dengan topping pilihan.



tengok ler kak hana punya pancake..cantik jer..gambo sungguh menyelerakan..hee

Morning






Salam..morning..
Waaa..syok nyer pagi ni coz sue coti...So..apa agenda hari ni?..
Hari ni sue bangun awal..kul 6 dah bangun ( sebonanyer tak bleh tido malam tadi..asyik terjaga jer..tido sorang ler katakan..huu..huu )..6.30 dah masuk dapur .. Menu pagi ni adalah Pancake...He..hee..sebenonya ni percubaan pertama untuk masak pancake...Alang2 hb tak der ni..ni la masanya nak makan ala2 pelik2 skit..kalau hb ada dia tak layan la makanan macam tu..
Pancake tu untuk sue..untuk adik ipar, goreng nuget jer..
Tapi macam rasa hangin skit..mana taknyer awal2 pagi sue masak macam2..dah hidang atas meja..alih2 adik tak sentuh pun sarapan tu..Hadoiii...sapa mau makan sarapan yang banyak2 ituuu......


Sangat sedey tgk gambo ni..ntah apa la jadi nan kamera ni..sangat tak reti nak carik apa masalahnya..gambo buruk, siap ada bergaris2 lagi..huu..huu
Pasai tu lah sue malas nak masuk gambo2 sendiri..buruk..hancus..tak kreatif langsung...baik pinjam gambo cik google jer....

Na O Mei


Na O Mei..Ganti cerita Cinta Balqis... ( haaaa..cepat angkat tangan dan kaki..sapa layan cita ni )

Mula2 cita ni sue tak layan gak..tapi 2 hari ni..balik awal skit..terlayan la cita ni..Mak ai..macam syok plak cita ni.. Habis la..takut tersangkut pulak la...bila dah start follow...payah la..mesti nak terus follow punya...

Huu..huu..malam ni tido sorang...seram ada...hb dah selamat sampai ke tempat kursus kul 4 petang tadi...Tadi balik keja pun tompang kawan...Macam ni la keadaannya kalau hb kursus...mesti kena amik cuti ( salah haku jugak..degill..sampai skang tak mo amik lesen keta...padan la muko..)

Dulu masa mula2 kawen..dia kerap kena pg kursus..time tu dia pun risau nak tinggal sue sorang2..Dah la umah jauh..jiran2 plak chinese semua...kalau balik keja jer..dia mesti pesan suh tel dia bila dah sampai umah...So..bila sampai jer depan umah..sue tel ler dia..cakap2 sampai la sue masuk umah..Pastu..masuk umah siap2 kunci grill ngan pintu...lepas jer maghrib..dah naik bilik..kunci pintu..duduk ler dalam bilik sampai pg..huuu...huuuu

Tahun ni kalau dia pg kursus pun tak la seram lg..sebab kat umah ni ada adik ipar ngan adik sue sekali..Ada gak la kawan....Tapi titon malam still sorangggg..waaaa...tak syokkk....
( allllaaaaaa...dah rindu la plak kat hubby....takmo cita lg lah....nanti makin rindu..susahhhh...)

Key lah..Daaaaaa

Nuffnang

Memandangkan boring waktu rehat macam ni ( gue tak makan..sbb td breakfest dah berat.)..Jalan2 la merayau umah blogger..Ingat hari ni nak bermurah hati, nak klik semua nuffnang dalam blog kengkawan..Huuu..alih2...tenet lak macam haram jer..slow sangat2
(tak sedo diri ler tu..pakai tenet opis..harus cam ni ler )

Keh..keh..sebenornya..diri tak tentu arah sebab hari ni balik keja hb tak der..Huuu..huu..balik ni..ku balik sorang2...



Mood Sedey Pg Ni

Morning...Pagi ni mood ala2 sedey gitu..
Sedey sbb hb nak pg kursus ( ceh..sebab tu ja ka..mesti ada yg cakap mcm tu kan?..hee..hee)

Yo la...gue tak bleh kena tinggal ma...Hb dah lama tak pg kursus..ni la jadinya....Hu..huu...4 hari beb...Rindu ler nampaknya....

So..hari ni mood ala2 kureng gitu...Esok cuti sempena hb tiada ( hak..hak..bunyik mcm nak celebrate jer kan?..hik..hik...)

" />

Berangan laeiii

Salam

Diluar rumah masa ni tengah hujan lebat..Guruh sabung menyabung...

Time hujan2 macam ni..duduk depan sliding ni..pandang ke laman..mula berangan melihat taman idaman..Kih..kih..berangan jer la keja nya...


Boring sebenarnya ni..hubby keja..duduk rumah tak tau nak buat apa..Bila dah boring2 macam ni mulalah nanti asyik nak menuju ke dapur ja...ntah berapa kali ulang alik ke dapur dah....tu jer lah koje nya...Paling bahaya..semalam baru jer top up barang2 dalam kabinet and peti sejuk..lagi galak la nampaknya..mulalah secara tak langsung akan menyumbang kepada bertambahnya lomak2 di badan nih hah...


Hari ni aktiviti pun slow..aktiviti wajib hujung minggu pun dibuat dengan pantas...workout?..haa..haa..sat lagi baru nak buat...


Apa-apa pun jenguk rumah kawan2 dulu..Tengok apa aktiviti diorang hari ni..Baru semangat nak workout (tercabor sebononya eh bila tgk diorg diet n buat workout..)


Key..layan lah gambo landskap ni yo...anggap la..ni la landskap sekangkang kera yang ado depan umah ni hah..hee..hee







Okies..Jom kita senam..heeee


Sila beri perhatian!

Sila beri perhatian!

Di bawah ni disenaraikan beberapa maklumat bagi membantu kita berdiet.......

* Elakkan mengambil makanan yang tinggi kalori seperti makanan berlemak dan gula. Sebaliknya banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan

* Kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan makanan yang dibakar, rebus atau kukus.

* Gantikan susu rendah lemak dan elakkan pengambilan susu pekat manis dalam penyediaan kopi, milo atau teh.

* Makan secara berjadual dan mengikut disiplin. Lupakan snek dan tumpukan pada sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebaiknya, ambil makanan sebelum jam 7.00 malam.

* Jangan kunyah makanan terlalu laju, telan makanan dengan sempurna dan bertenang semasa makan.

* Pengurangan antara 500 hingga 1000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.

* Elakkan terus makanan yang manis seperti minuman berkarbonat, kek dan sebagainya.


Sumber : Rapi Bil.126


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...