Maka, kita tidak boleh meletakkan satu-satu sebab sebagai alasan untuk menyintai. Takut-takut alasan itutiada pada suatu ketika, sandaran kita juga untuk menyintai turut tiada. Maka itulah, Islam mengatakan seseorang wanita itu dikahwini lebih kerana agamanya,bukan oleh kecantikan, keturunan atau kekayaan. Selain untuk memperlengkapkan kekurangan-kekurangan, perkahwinan juga adalah satu proses memberikan ketenangan kepada lelaki. Lelaki yang berkahwin adalah lelaki yang diselimuti ketenangan.“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA ialah DIAmenciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-NYA di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” Ar-Rumm, 21.Jadi, belumlah terlambat untuk merubah alasan anda sewaktu berkahwin dahulu. Kalau anda terlalu berkenandengan rambutnya yang berketak-ketak, tukarkan pada keseluruhan dia sebab apabila dia mulai botak, anda mula rasa tidak selesa. Kalau anda terlalu terpesona dengan matanya yang bundar, tukarkan pada keseluruhan dia sebab apabila dia mulai rabun dan terpaksa mengenakan cermin mata, anda mula tidak bahagia. Kalau‘kekuatannya’ yang menjadi teras tukarkan segera pada keseluruhannya, sebab apabila dia mula ‘lemah’ anda akan melihatnya tidak lebih daripada tunggul mati.Perkahwinan adalah satu proses menghargai secara keseluruhan. Apa-apa yang bersifat terpencil dan tersendiri adalah sebab-sebab kecil untuk dihargai tetapi bukan dipegang sepenuh hati.Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
Labels
Anniversary
(1)
Award
(1)
Beauty
(1)
Birthday
(1)
Biskut
(16)
Blogger
(16)
Bubur
(5)
Buku
(1)
Cap jempol
(1)
Cerita
(23)
Contest
(11)
Cuti2
(19)
Daging
(1)
Diet
(29)
Ephyra
(2)
Family
(4)
Gadget
(4)
Garden
(2)
Giveaway
(9)
GMM
(1)
Gosip
(13)
Hobi
(46)
Home
(20)
Ikan
(2)
Iklan
(6)
Ilmu
(4)
Info
(23)
Info Diet
(26)
Info Kesihatan
(43)
Kad
(26)
Kampung
(11)
Kek
(30)
Kerabu
(5)
Keratan Akhbar
(19)
Kesihatan
(2)
Kitchen gadget
(3)
Korean Food
(1)
Kraf
(4)
Kuali Ajaib Are Ikan
(1)
Kuih
(5)
Kuih Muih
(4)
Lauk
(8)
Lawak
(10)
Madah
(7)
Majalah
(1)
Makan-Makan
(1)
Manisan
(6)
Masak2
(250)
Masalah
(3)
Me
(90)
Mee
(3)
Memories
(17)
Menu Diet
(16)
Menu Mudah
(18)
Minuman
(10)
Mood
(4)
Motivasi
(1)
movie
(4)
Muffins
(1)
Nasi
(2)
Novel
(21)
Nuffnang
(6)
Office
(14)
Pasta
(3)
Petua
(2)
Pizza
(3)
Potato
(3)
Puding
(18)
Puisi
(9)
Ramadhan
(2)
Raya
(2)
Roti
(7)
Salad
(3)
Santai
(1)
Sarapan
(20)
Senam
(9)
Shopping
(1)
SKII
(1)
Sup
(3)
Supplement
(1)
Tag
(5)
Tazkirah
(7)
Telur
(1)
Tips
(7)
Tutorial
(1)
Udang
(1)
Video
(17)
Wish
(10)
Wishlist
(6)
KAHWIN- ALASAN CANTIK TIDAK MEMADAI
Jika dulunya kita berkahwin memang disebabkan kita benar-benar terpegun dengan kecantikan atau ketampanannya, eloklah tukar sekarang. Sebab kecantikan atau ketampanan itu akan pudar. Setelah ia pudar apakah anda masih cinta dan sayang? Sedangkan kecantikan dan ketampanan itulah alasan utama anda untuk mengambilnya sebagai isteri atau menerimanya sebagai suami.Setelah berkahwin, biasanya kecantikan akan bertahan sekitar 10 - 20 tahun saja lagi. Katalah berkahwin pada usia 25, pada usia 35 - 45 kecantikan atau ketampanan masih bertahan, tapi selepas itu kedut medut mula timbul, kegemukan mengambil tempat,penyakit-penyakit juga mula singgah. Jika kecantikanlah yang menjadi teras perkahwinan, apa yang akan jadi? Cantik itu penting tetapi usah dipentingkan sangat.Apabila kita memilih seseorang yang terlalu cantik sebagai pasangan kita, kita perlu bersedia untuk tidak terlalu mencemburuinya. Terdapat satu kes benar,seorang suami melarang isterinya menoleh ke kiri kanan sepanjang berada di dalam kereta, sebab isterinya itu terlalu cantik baginya. Dia tidak dapat menerima kerlingan-kerlingan isterinya itu satu perlakuan biasa.Itulah bahana kalau kecantikan benar-benar dijadikan teras. Bayangkan jika berlaku sesuatu kepada isteri itu tadi. Katalah, suatu hari hidungnya senget sikit oleh sesuatu sebab. Sudah tentu dia akan ditinggalkan, lantaran dia dikahwini semata-mata kerana kecantikan yang ada padanya.Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang menikahi seorang wanita kerana kedudukannya, maka ALLAH tidak akan menambahkan baginya kecuali kehinaan. Barangsiapa yang menikahi seorang wanita kerana kekayaannya, makaALLAH tidak akan menambahkan baginya kecuali kefakiran.” Baginda meneruskan, “Barangsiapa yang menikahi seorang wanita kerana kemuliaan nasabnya, maka ALLAH tidak akan menambahkan baginya kecuali kerendahan. Dan barangsiapa yang menikahi seorangwanita dan dia tidak menginginkan kecuali supaya dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluannya atau menyambung tali silaturahim, maka ALLAH akan memberkati mereka berdua.” Riwayat Thabrani.Perkahwinan adalah satu proses menyempurnakan kehidupan. Ia satu proses melengkapkan kekurangan-kekurangan yang ada pada seseorang. Seorang lelaki sudah tentu banyak kekurangannya berbanding seorang wanita. Maka apabila berlaku perkahwinan semua kekurangan yang sedia ada pada lelaki berkenaan akan disempurnakan oleh isterinya, seorang wanita. Demikian sebaliknya, semua kekurangan yang ada pada diri seorang wanita akan dilengkapkan pula oleh suaminya,seorang lelaki.Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang hamba(manusia) telah nikah, maka dia telah menyempurnakan separuh agama, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada ALLAH dalam separuh lagi yang tinggal.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UDANG GALAH MASAK DIRAJA
Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...
-
Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...
-
**INI ADALAH N3 MELEKAT..N3 NI AKAN MELEKAT DISINI SEHINGGA HABIS GA NI YA.... UNTUK N3 TERKINI SILA SCROLL TERUS KE BAWAH YA...TERIMA KASIH...
No comments:
Post a Comment