Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 13 February, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalamualaikum.
Ni adalah n3 dah basi pun. Projek membaking kek ni hari sabtu tadi. Tu pun selepas terguda masa duk menyelongkar dapur Noorsha (pasttt..akak dah kemas balik ya dapo Sha..Tak tinggal jejak pun..hahahhaa). Mulanya nak buat Milo Cupcakes With Milo Buttercream..tetiba bila scroll lagi, terguda la pulak dengan Cotton Soft Japanese Cheesecake.

Dan kebetulan memang semua bahan-bahan tu ada kat dapo pantry (ceh!..berangan pantry ala Masterchef..hihihi). Mula-mula rasa macam tak yakin ja boleh buat. Sebab ni first time nak cuba buat Cheese cake ala cotton macam tu, yang ringan-ringan tu. Tapi ternyata begitu senang rupanya membuat kek ni. Tak dan tunggu lama-lama pun duk dalam oven tu, sue dah kuarkan. Pastu buat coklat ganache sebab kalau makan macam tu saja, rasa macam slow sikit. Bila dah buh coklat ganache, peh! memang laju la makannya. Tak sia-sia tiru cara Noorsha..Memang kena betul kat tekak akak ni, Cheese + Coklat, memang gandiangan yang hebat..hahahahaa..ayat tak boleh blah.

Dah!..layan la gombo Cotton Soft Japanese Cheesecake i tu... (^_^). Resepi copy dari Noorsha saja. Senang...Thank's Sha...(^_^).


Ni mula-mula kejadiannya..Tp apasai la duk menggelebir bawahnya tu...

RESIPI COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine 
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar) 
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Note: Ikut cara Noorsha pukul adunan B dulu sampai jd meringue, pastu pukul jap adunan A sampai sebati dlm 2 minit camtu ngan mixer n baru campurkan kedua²nya...gune kaedah kaup balik....

 

Yummmy
Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 sb butter @ margerin @ minyak

kacau semua bahan dalam periuk dengan api kecil hingga larut sepenuhnya n boleh dituang atas kek

4 comments:

Jay said...

looks absolutely delicious...
excellent captures..;)
Tasty Appetite

ijayuji said...

Salam kak! aaarghhhhhh mcm mcm cotton candy :D sekejap jer abis pastu ada topping, lg cepat abis, tp topping cekelat mcm berat sikit kalau topping mcm blueberry tu kita suke sbb dia masam2 :D tgk jer ni dah kenyang 0 kalori ahahaha...

ijan said...

Salam kak Sue,
wah cotton cheesecake. saya suka sangat kek ni, melting in your mouth gitu kan... lama dah tak buat ni :)

ZURA said...

sodap nya........:)

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "