Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Ramadhan datang lagi..


Salam..

Sehari ja lagi semua umat islam akan menyambut kehadiran Bulan Ramadhan..
Sue pulak..sangat2 tak sabar sebenarnya menanti kehadiran ramadhan kali ini.
Hope semua kawan2 dah ready nak menghadapi bulan ni..Bersedia dari segi rohani dan jasmani.
Marilah kita sama2 menggunakan peluang yg ada dibulan ini untuk beramal beribadat dengan sebanyak2nya..Dan itulah juga harapan sue untuk bulan ramadhan kali ni ..itupun andai di izinkan Allah..Andai diberikanNYa lagi nafas..boleh lah sama2 merasai kenikmatan ramadhan kali ni...

Hope segala amal ibadat yg kita lakukan pada bulan ini akan mendapat keredhaanya. Aminn


Yu huuuu


Salam semua..sue dah balik...Gerak malam tadi kul 12 lebih..sampai KL kul 10.30 pagi...Hambekk ko lewat gila sampai..Singgah R n R byk kali..membuta ..haahhahhah..

Nak rehat dulu..nanti2 update...Rindu nak blogwalking. Daaaaaa..sambung zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...hahahahaa


Diet Seimbang Di Bulan Puasa

Sempena nak bulan ramadhan ni sue nak share skit info pasai diet sihat ni...

Jenis makanan yang boleh diambil sepanjang bulan Ramadan tidak terhad kepada jenis makanan tertentu sahaja. Kebanyakan jenis makanan dibenarkan diambil dalam kuantiti yang tertentu. Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, setiap individu itu perlu mengambil makanan dari setiap kumpulan makanan utama iaitu :

  • Nasi, roti, jenis-jenis mi, bijirin dan jenis-jenis ubian : sumber karbohidrat kompleks yang paling baik.

Kumpulan ini membekalkan, vitamin, mineral serat diet (dietary fiber) dan protein. Ia dapat membekalkan tenaga untuk fungsi tubuh dan aktiviti harian.

  • Ikan, ayam, daging, kacang dan kekacang : sumber protein yang baik.

Kumpulan ini juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink. Kekacang dan kacang juga merupakan sumber serat diet. Protein penting untuk proses penyembuhan tisu dan pembinaan otot.

  • Susu dan hasil tenusu : sumber penting untuk kalsium.

Kalsium susu lebih mudah untuk diserap. Ia juga sumber protein yang baik.

  • Sayuran dan buah-buahan : sumber serat diet vitamin, mineral dan antioksidan yang baik.

Buah-buahan seperti jambu batu, kiwi dan sitrus merupakan sumber vitamin C yang baik. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak amat berguna untuk mengelakkan penyakit seperti kanser, jantung dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

  • Lemak, minyak dan gula : keutamaan adalah untuk mengurangkan jenis lemak yang tepu (lemak yang keras pada suhu bilik) seperti minyak kelapa, lemak haiwan dan juga santan kelapa.

Ianya akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada paras kolesterol darah. Contoh lemak yang tidak tepu (lemak yang cair pada suhu bilik) adalah seperti minyak kanola, bunga matahari dan juga soya.


Walau bagaimanapun, pengambilan minyak masih penting kerana ianya adalah penyumbang tenaga (kalori) yang paling tinggi berbanding karbohidrat atau protein serta membekal asid lemak perlu dan berguna untuk penyerapan vitamin larut lemak. Gula pula hanya membekalkan karbohidrat ringkas tetapi tidak mempunyai nilai zat makanan yang lain.

Setiap makanan di dalam kumpulan makanan yang sama akan mengandungi tahap kepadatan dan jenis nutrien (zat makanan) yang berbeza-beza. Oleh itu, pengambilan jenis-jenis makanan di dalam kumpulan tertentu perlu dipelbagaikan untuk membekalkan semua zat yang diperlukan dan mendapat manfaat yang sebaik mungkin.



Sumber Maklumat : Utusan Malaysia, 2 Oktober 2005






Tauhu sumbat


~ Gambo ehsan cik Google ja ~

Meh! meh! makan sama..ada 3 ketui ja..Tu pun beli..3 ketui singgit...
Kenyang...ni lah menu untuk tengahari ni..
Diet maaa..heeee

Nih!..bakal jadi menu kerap sue dibulan ramadhan ni rasanya...Azam sue untuk ramadhan kali ni.
.


BUAT AMAL IBADAT BANYAK2..BUKAN MAKAN BANYAK2..(^-^)..


Meraban pepagi

Salam!..Selamat Pagi
Ni n3 version pepagi buta..Ekekkekee
Hari ni last keja untuk minggu ni ja la...Last n3 untuk minggu ni juga and last berfb untuk minggu ni juga.. Waaaa...nak buat mcm mana..laptop kan still tak ok lagi..Alamat mati kutu la nanti macam ni... Tapi balik keja petang ni akan ada berlaku sesi untuk cuba menyeludup laptop adik..Jika berjaya..ibh_sue akan online di fb dan blog ini akan ber update..hehehhehe Kenapa sue merapu meraban macam ni?..Nak tau kenapa? Ia adalah keranaaaa.......
*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
*
*
*

KAMI NAK BALIK KAMPUNG


Ingat Kak Hana ja bleh cuti2....i pun sama tau...Cuma tempat kak hana sejuk..tempat yg sue nak tuju ni hangat..uiiiihhhh....(^_^)

Kak Hanaaaa...sue pun bercuti juga la...hehehhehehee

PUISI

Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lagi!


Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..



Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.

Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa
Tuhan mencipta bukan hanya bumi,

malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu....... Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain....






*** Balasan Puisi sang isteri***




Suamiku,
andai kau memang mentari,

sang surya yang memberi cahaya,

aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...






AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,

jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,

di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!! please lah.....!!!
jangan la nak berangan!!



Akakakakka..kena sebijik ko...

WP1 & Epilog Syurga Cinta

Salam semua..Heee..
Hari ni balik awal skit (skit ja la..patutnya kul 4.30 dah cabut..ni dak..lambat juga balik.huhuhu)..
Bulan ni dah start ambik waktu anjal..Ambik WP1..so kena masuk keja kul 7.30 pagi..Haru2..kelam kabut kuar rumah kul 6.30 pagi tadi.
Tak masak hari ni..cik hb dah membungkus lauk..Ni kes kul 5 cik bini dia dah call tanya bila nak balik..Nak cover baik la tuh!..huhuhuhu..baik masuk kul 8 kalau lambat juga baliknya..

Sampai rumah dekat 6.30..makan awal hari ni sambil layan cita baru di TV3...Mula2 ni tengok macam besa2 ja cita ni..Tapi tak tau la mcm mana nanti..Baru mula kan..masih blum hangat lagik..Lagipun..nampaknya, ada chance le layan cita ni..coz skang dah balik awal..hehehhe



~ Gambo credit to fb TV3~


Ok..tiba masa untuk bermalas2 an..sambil mencuba sauna pant yg baru..ekekekeke..Daaaaa

Dari Masjid Ke Masjid

Salam semua..apa khabar? sihat?.. Terasa sangat aura Ramadhan...Cuaca pun dah mula rasa mcm bulan ramadhan.. Lebih2 terasa bila di TV3 dan mula rancangan2 yg berbentuk ke agamaan gitu.. Contohnya..Rancangan Dari Masjid Ke Masjid... Bagus rancangan ni..Memaparkan beberapa masjid yg ada di negara ni..Ia seolah2 mengajak semua untuk mengimarahkan masjid.Siaran hari ni betul2 buat sue terpegun..Dimana dalam siaran tu..ada seorang pemuda yg cacat tak da kaki..pergi ke masjid naik motor..Bleh bayang tak?..Tapi dgn kecacatannya tu pun..dia boleh pg ke masjid untuk solat berjemaah juga..


Key lah..pada yang free2 tu..Ujung2 minggu duduk berkumpul... layanlah siaran ni..
Dari Masjid Ke Masjid
Di TV3..Jam 5.30 Petang.


~ Google~

Sudah tukar...

Salam semua..lama tak hapdet kan...
Sapa2 yg masuk..jan terkejut ya..Korang bukan salah masuk rumah..Tapi ya betul ..ni lah blog Suemiezi...Ala2 sejuk mata memandang gitu..

Ikut cadangan Cik Min..tukaq tamplate..Thank's kak atas cadangan tu...Biasa2 ja..tak la secantik dan secanggih yg lain...Hope dgn cara ni bleh atasi masalah virus tu..

Key lah..sue nak rehat2 kan diri ni dulu..Rindu nak cium2 bantal busuk kat rumah ni..maklum la sehari setengah sue tinggalkan..(ekekekke..tu baru sehari setengah tu..haru..haru)



Perlu berubah dan mengubah

Nampaknya..sue kena juga perbetulkan sikit2 rumah ni..Yang mana rasa tak perlu kenalah diremove nampaknya..

Sue ni jenis orang yg ssh betul nak nak tukaq2..tengok sendiri la..background sue langsung tak penah tukar kan..Menda2 yg dalam ni pun ssh sue nak removekan..Tapi nampaknya sue kena juga ubah skit2..supaya tak jemu..Lagi pun td..Kak Nor kata " lately tak leh nak masuk blog sue, selalu jer dpt kesan virus kat rumah sue? Virus?..Ya ka kak..Hadoi la..Dah la agak2 lemah IT skit..Cam no nak settlekan problem ni ya...




Raja nak posing

Hahahha...Raja buah nak posing juga dalam belog ni..
Nih! buah doyan fresh dari ladang okey...
Ni projek tengahari jumaat tadi la ni...Ada kakak kat opis ajak pi rumah dia cari buah...Memang syok..duk kait buah rambutan dan dokong..Cuma buah doyan ja tak pi kutip sendiri coz yg nih dah memang siap2 ada dah kat rumah dia..Kira rezeki kami la..kebetulan hb dia dah siap2 kutip doyan ni dr dusun..
Sambil petik buah..sambil melantak..hahahhaa..Buah cempedak..tak da yg masak..Tapi rezeki kami juga agaknya..Tuan rumah dah ada simpankan buah cempedak dalam peti..Fuhh..sedapnya layan buah cempedak mentah yg sejuk dari peti lagi..Lawan lak dengan buah manggis...Nasib tak pengsan..hahhaa..macam2 buah gaduh dalam perut...

Balik tu..kami ingat..kami akan dibekalkan dengan buah mutan dan duku langsat ja..Hahhaha..doyan pun dibagi juga..sorang 5 biji lak tu..Haru..haru..jenuh balut..takut bau..Hahhaha...

Ok!..ni lah hasil daripada doyan yg dapat tu...Terima Kasih Kak Zah..(^_^)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.Ni hasil projek malam tadi..Dua biji doyan dibuat bubur kacang..memang kaw betul lah..Wallah...sila ..sila..Jemput..jemput..jemput tengok ja lah ya..hahahahahhaaa....


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...