Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (6) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (236) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (14) Menu Mudah (10) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (17) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (2) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Kek Pisang 40 Hari


ASSALAMUALAIKUM.
Hari ni terajin pulak nak upate. Makin hari makin malas nak update. 
Apa khabar semua...Cuaca panas. Masing-masing jagalah kesihatan ya. Minum air putih banyak- banyak.  

Tak mo tulis banyak- banyak..Just nak share menu yang simple tapi meletop..Opss!!! Meletop?..Heee... 

Today i nak share resepi kek pisang ya anak- anak..Hehehee...Macam mokcik pulak. 
Biasa sue buat kek pisang tak letak tepung jagung. Bila tengok kek ni dalam blog kak Noor...Terguda pulak tengok kegebuannya tu. Resepi juga boleh skodeng kat rumah kak Zila. Kenapa resepi ni dinamakan Kek Pisang 40 hari?..Haaa..U all kena lah skodeng blog Kak Zila.


KEK PISANG 40 HARI
Resepi: Kak Zila @ Zila4ever, Kak Noor @ Bicara kak Noor

Bahan-Bahan 

4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 sdt soda bikarbonat
secubit garam

Cara-caranya
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  4.  Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
  5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
  6. Bakar hingga masak selama 45 minit dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika bersih bermakna kek telah masak.

* Sebijik tiru kak Noor. Letak badam buat kek ni lagi sedap...(ˆ_ˆ) 

SAMBAL TELUR PUYUH


Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat kan. Haishh!! Merungut ja kejanya. Dah!..Meh kita jamu mata dengan menu yang tak seberapa hasil dari air tangan sue.

 


Akceli ni menu dah lepas pun…Menu dimakan bersama dengan Nasi Serai minggu lepas. Biasa la, dapur rumah berasap kencang sikit time cuti ja. Tu pun bergantung pada mood tuan dapur..Kui3
Ni sebab tertengok QH post kat fb dan IG hari tu la . Tu yang nak la sangat makan telur burung puyuh masak sambal ni. Kununnya nak digandingkan dengan nasi lemak, skali santan tak ada la pulak Maka digandingkan lah dengan nasi serai..Sedap juga tau.. Resepi nasi serai boleh klik SINI

Sambal telur sue adalah versi masak main campak - campak ja ya..Heee.. Pada yang nak tengok versi QH sila jenguk ke daponya juga ya... Sue sharekan di sini resepinya.

SAMBAL TELUR PUYUH
Sumber : Qaseyhoney
Resepi  : Sue@Suemiezi

Bahan2
30 biji telur puyuh - rebus
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 sudu besar air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
2 biji bawang merah - sue tambah (hiris- guna utk menumis)
2 ulas bawang putih - sue tambah (hiris- guna utk menumis)

Bahan2 kisar
4 biji bawang merah - sue guna sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih - sue tak letak
15gm cili kering
1gm belacan - sue tak letak
1sm halia - sue tak letak

cara2
1- Tumis bawang yang dihiris dahulu hingga naik bau dan kemudian bahan kisar. Masak hingga pecah minyak.
2- Masukkan air asam jawa, biarkan sebentar, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
3- Masukkan telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu.
4- Masukkan bawang besar dan sedia dihidangkan.


Catatan: Sue masukkan bawang besar dulu masak hingga layu sikit. Kemudian tutp api dan curahkan sambal ke atas telur.

Hatt di bawah ni pulak Ayam Goreng Kari versi sue. Juga gandingan untuk Nasi Serai. So simple. Tak payah resepilah ya..Wat malu i saja..Kui3.. Memang selalu cara ni sue goreng ayam. Garam, rempah kari skitrempah kunyit (tak letak pun tak pa) dan daun kari. Tu ja bahannya pun...lagi sedap kalau letak banyak daun kari..Wangii ja baunya.


 
 
Ok lah! Tu ja perkongsian kita hari ni. Rehat panjang. Time ni la nak jenguk- jenguk dapo geng masak. Boleh plan untuk menu hujung minggu pulak..Heeee

 


 



Coupon Pizza Free

Kawan- kawan..Apa lagiiii..
Jom! 
Offer untuk tiga hari saja ya.. 3 Mac hingga 6 Mac
 
Untuk

 3 Regular pizzas + 4 soups = RM38? Absolutely! Show us this coupon and we'll give you the deal! :D Klik sini untuk PRINT: http://bit.ly/vivarm38http


Nasi Serai


Assalamualaikum semua.
Menu hujung minggu...Kita makan nasiii... Kali ni masak nasi serai pulak. Dah selalu juga duk husya kat rumah kakak- kakak masak. Tunggu hujung minggu baru berkesempatan nak masak nasi.
 
 
Plan asal nak masak nasi lemak hijau. Tapi sebab sayang sangat nak korbankan daun pandan. Kansel masak nasi lemak. Tapi ntah macam mana malam minggu tu kebetulan hb bagi pinjam laptop dia. Suka sangat la, sebab boleh online puas- puas. Awal- awal merayau cari menu untuk bfast esok pagi. Heeee...
Ok lah sue letak kan resepi kat sini untuk rujukan nanti. Nasi ni simple dan wangi... Sedap hokey kalau makan macam tu saja..
Resepi ni sue dapat daripada hasil skodeng dapo Kak Yatie. Dan resepi asal daripada Kak Nor nganu..


Nasi Serai
Sumber: Kak Nor, Kak Yatie,

Bahan-bahan
  • 4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit) - sue gn beras biasa ja
  • 6 cawan air
  • 1 labu bawang besar ~ didadu kecil ( sue gn 2 biji)
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 btg kayu manis
  • 2 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 btg serai ~ dititik/ketuk
  • 2 kiub pati ayam
  • garam
  • 3 sudu besar minyak sapi ~ saya guna windmill (sue guna majerin ja)

Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai dan kacau lagi.
  4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
  8. Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.

Semua dihujung jari dengan eMall


Assalamualaikum.
Haisshh!!!..Kegilaan makin menjadi- jadi. Ni sejak tengok Madamlala la ni. Ringan ja tangan nak klik beli. Dah menjangkit hokey.

Siyes! Terguda sebab murah- murah harga yang ditawarkan. .Dua magazines boleh di download free ya..   Lepas ni beli novel pulak. Tak payah bawa ke hulu ke hilir novel yang berat- berat dah. Semuanya dalam tablet ja.

Tapi satu ja yang buat penyopingan terhad sikit sebab kalau guna tablet pembelian menggunakan kad kredit. So, kena juga buat pembayaran guna website. Cari nahas kalau pinjam credit card hb. Kantoi nanti, naya ja..Kui3

Stakat ni sue beli buku- buku resepi ja dulu sebab murah. Magazines tu mana yang menarik ja, sue beli.

Untuk info korang boleh bukak web eMall ya.  Kalau yang gunakan Android boleh ke Play Store, taip ja eMall. Apa lagi download ja..  Senang, semua dihujung jari .... (^_^)


Coconut Milk Shake Ku

Assalamualaikum.
Duk la teringin nak minum Coconut Milk Shake Klebang. Tapi sapa la nak bawak pi sana kan. Kena pulak dengan cuaca panas ni, tekak asyik tringin benda- benda yang sejuk ja kan.

Akceli Coconut Milk Shake ni sue buat lama dah. Masa tu memasingg post kat wall tentang coconut milk shake. Dah la bangsanya jenis yang pantang nampak orang makan minum apa..Semua teringin. He3
Tak dapat pi Klebang, kita pi tesco ja lah bang. Kui3... Beli la kelapa togel dua tiga bijik... kita buat coconut milk shake sendirik.

Sangat simple dan mudah saja. Semudah A B C gitu... ( Balasah la labuuuu)


COCONUT MILK SHAKE ALA SUE
Resepi : Sue@Suemiezi.blogspot.com

Bahan-bahan
Sebiji kelapa muda. (Korek isinya) - Sue dah siap2 sejukkan dulu dalam esbox buah kelapa ni.
Dua skop aiskrim vanila

Cara-cara
Bland kan air kelapa dengan isi kelapa sekali.
Tuangkan dalam gelas. letak kan dua skop aiskrim vanila.
Siap!.. Sedia untuk diminum.



Sedang- sedang ja manisnya. Kalau manis air buah kelapa tu manis la rasanya. Kebetulan pulak nuah kelapa yang sue beli ni, isinya agak keras dah sikit. So, bila di blander terasa lemak- lemak manisnya tu dan isinya still boleh digigt - gigit gitu.
 

Hasil kerastangan pepagi buta

Assalamualaikum..

Jamu mata dengan hasil keras tangan yang tak seberapa. 
Kes mata segar bugar.Kui 2 pagi masih tak mengantuk. Marilah kita buat senaman tangan dan jari jemari ya. Nak menjahit..Takut bising pulak..maka terhasil lah menda ni. Ni namanya Pin  Bunga Riben. 

Dah jemu menjahit, meh kita update belog pulak ya.
Hari ni saya sangat suka kerana cik hb berbesar hati meminjamkan saya menggunakan laptopnya sesuka hati ya. He3. Blogwalking lah sepuasnya..Updatelah apa yang patut dengan senang hati. makanya blog Suka- Suka Untuk Terapi diri pun berupdate juga malam ni....



My Little Garden

ASSALAMUALAIKUM.
Tiga hari dah gigih dengan Jillian otot suma rasa kejang. Dua hari rilek dah. 
Cuti hujung minggu macam ni elok lah rajin kan diri buat kerja- kerja rumah. Tu salah satu cara juga untuk keluarkan peluh kan. Terpaksa gigihkan diri sebab untuk kesihatan.

Today, seawal 10 pagi lagi cuaca dah panas.... Hampir -hampir membantutkan cadangan untuk berkemas di laman yang sekangkang kera. Laman memang sekangkang kera ja, tapi itu pun tak terjaga, Kui3.; Rumput usah cakap lah...semak sana sini. malu hokey kalau korang tengok...Huuuu

 Sue tak tau apa nama pokok bunga ni, tapi bunga ni selalu ada kat kubur kan. Pokok ni dari dulu besar tu ja. Alhamdulillah pagi ni baru tersedar yang dah bertambah satu cabang lagi kat bawahnya. Dan lagi best berbunga pula. Pokok bunga ni kalau berbunga memang akan keluar 3 kuntum ja. Tu pun gilir- gilir antara dua tahan tu. Yang ni keluar sekuntum ja. Ok la tu, janji berseri juga pokoknya dengan adanya bunga yang sekuntum tu kan. (^_^). Ok! next!...

Yang nih..Namanya pokok akar dani ( tu pun setelah digoogle ). Buanganya wangi dan cantik.  Mak yang tanamkan, sue tinggal bawa balik ja. Pokok ni mula berbunga dan merimbun bila mak juga yang alihkan pasunya ke luar pago. Rupanya, pokok ni perlukan cahaya yang  lebih untuk membesar. Jarang disiram pun still hidup. Patut la mak tanam di luar pagar. Sebelum ni pokok ni sue letak di bawah rimbunan pokok bunga kertas, sebab takut mati kena bahang panas. Kalau balik malam, terbau- bau wanginya bunga ni. (^_^)


Yang ni satu lagi pokok yang kira sue suka sangat. Cantik sangat pada sue. Nak jaga pun senang. Juga sue bawa dari kampung. seperti biasa, mak juga lah yang semai kan. Bila tengok pokok ni elok ja landing atas tembok pagar tu, adik pun sibuk juga nak. gigih dia mencari di nursery..Mahal rupanya pokok ni. Jadi, masing- masing suruh mak yang semaikan. Di rumah mak free saja hokey... Heee


Pokok pandan juga mak yang semaikan. Dulu masa duduk rumah sewa, ada pokok pandan. hidup subur merimbun. Tapi bila di alihkan dalam pasu masa nak pindah. Semua mati. Hope yang ni hidup subur lah. Buat masa ni sayang sangat nak potong pandan ni. Sanggup lupakan hasrat nak masak nasi lemak hokey, sebab sayang sangat. Keh3.. :P


My pokok kari... Tinggal sepokok ni ja lagi. Pokok yang besar sikit dari ni mati dah. Sebab pokok tu dulu hidup atas tanah. Bila nak pindah rumah, sue alih dalam pasu. semenjak tu, susah betul dia nak hidup. daun pun kecik-kecik ja. Akhirnya mati juga. Tinggal lah yang sepokok kecik ni ja. Daunnya merimbun sebab tuan nya dah lama tak masak kari.. Selamatlah ko ya...


Perihal pokok pegaga ni plak. Dulu merimbun, sampai menjalar- jalar ke tanah. berlawan- lawan dengan rumput. Sempat juga merasa buat ulam. Lama tak berjaga. Tinggal nih ja dalam pasu. Tapi atas laman pun menyepah hidupnya hasil daripada menjalar tu.


Ok last!... My lovely cik som...Eke3... Pokok kesum. Juga hasil dari kampung. mak juga yang semaikan. Kena di petik juga ni kalau nak dia lagi merimbun.

Dah!..Tu ja hasil dari laman sue yang sekangkang kera tu. Next time, sue share lagi apa yang ada selain rumput ya. keh3.. Niat di hati nak tanam macam- macam, Tapi masa ja yang selalu tak mengizinkan ( yo la tuu :P ).  Sebab farmvile maya sue dah tak boleh main kan, makanya elok lah kita bercucuk tanam di alam nyata pula. Hasil dapat, badan pun sehat.  (^_^)


* More info berkenaan berkebun ni boleh klik blog Jom Tanam Sendiri.

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang

Kali ni up lagi menu dah basi.Dah try lama dulu.Sesekali   nak juga try resepi google..Biasa tu buat sup ala campak-campak ikut hati ja. ...