Assalamualaikum. Salam jumaat semua. Hehehee..Tengok tajuk, tak menahan kan..Kemain lagi..Heee. Hari ni tetiba rajin pula nak update. Biasa kalau update mesti ada gambar makanan kan. Kali ni tak ada gambar makanan. Tapi nak cerita sikit pasal makanan juga..Erk!..Ia la tu..Boleh la letak kategori tu juga.
Just nak share pengalaman sendiri saja tentang produk kesihatan yang sue ambil. Maklum la, umur makin meningkat ni kena juga la sikit- sikit labur untuk kesihatan diri. Sue nak kongsikan pasal produk EPHYRA. Akceli dah pernah upload dalam Instagram..Ada yang minta bagi info pasal EP ni...So hari ni biar sue share sendiri apa yang sue rasa.
First kalau orang tanya harga produk ni..Bila sue bagi tau ja harganya. mesti ada yang bunyik..mahalnya... Ok!.. Betul mahal. Tapi pada sue, kalau produk tu bagus, tak kisah la berapa pun harganya. Sue tak kesah, sebab berbaloi kebaikan yang dapat dengan harganya. Pada yang bertanya Ephyra ni sekotak harganya RM 197. Tu pun dah turun harga, sebelum ni RM228 ya..
Dah nak 9 bulan sue minum ephyra, now baru berani nak share
sikit2 apa yg sue rasa. Ingat senang ka nak kongsikan pengalaman sendiri. Hahahaa.. Kat opis sendiri pun sue tak pernah bercerita tentang ni. Takut, nanti ada yang kata kita nak potong bisnes produk orang lain pulak. Apa- apa lah kan..Manusiaa... First..kenal produk ni melalui Kak D. Beli pun dengan kak D juga. Time tu produk ni baru lagi dipasaran. Tak ramai yang kenal lagi. Lama juga husya-husya sebelum ambik keputusan nak cuba.. Alhamdulillah, now baru berani nak tampil kongsi dengan semua pula.
Dah..dah..Banyak pulak melalutnya. Ok!.Antara yang ketara sangat kesan selepas pengabilan Ephyra
ni.
- Rambut dah tak gugur lagi. Eh!..Tipu la kalo tak gugur kan..Ada la juga. Tapi tidak le sebanyak dulu. Kalo dulu rambut bersepah merata. Bangun tido pun banyak rambut kat bantal. Kalo bershampo banyak rambut yang gugur. Kalo lama2 boleh botak jadinya. Sue pulak dah la rambut memang gugur, ditambah pulak ikat rambut guna gelang getah tu. Dah tu, getah tu ja yang lekat kat rambut. Kalau pakai getah rambut yanga lain..Emmm kompem tanggal saja.
- Siku dah tak buruk lagi. Dengan erti kata lain, tak bersisik dah. Dulu sampai tahap sakit bila kulit keringnya mengelupas. Memang tak tipu..Kalo niarap lama sambil tongkat dagu..Kompem ble melecet siku.. Aktiviti meniarap ni biasa bila khuyuk guna laptop sambil baring ya..Ngeee. Buruk perangai kan..Lepas tu angkat2 kaki..
- Kuku dah kuat. Kalau dulu, kuku sangat la sensetif. Bukak stapler kat kertas pun kuku boleh patah. Walau pun kuku pendek. Oh! ya..Sue memang tak boleh kuku panjang. Kuku harus sentiasa pendek. Ketip kuku memang sentiasa ada dalam handbag. Kira tu adalah benda wajib yang ada dalam bag dan dibawa kemana- mana saja. Cliper hilang boleh jadi huru hara tau..Kikikiii. Dan lagi kulit mati disekeliling kuku pun dah kurang.
- Kulit Nampak lembap. Kalo dulu kulit Nampak macam org tua. Garis- garis kedut nampak sangat. Lagi- lagi kat tangan..
- Tumit kaki pun dah ok. Dulu memang teruk sangat, sampai tahap merekah tu. Maklum la..sue ni bukannya kurus ya..Bila badan beso, tumit kaki mesti problem punya. Now alhamdulillah..Walau pun tak la selicin dulu- dulu. Tapi dia tak merekah kering dah cukup bagus sangat.
- Yang ni, sue pun baru perasan bila baca testimoni beberapa pengguna EP ni. Biasa kalau nak "coming moon" (eke3.. pinjam ayat cikgu sekolah dulu) kadang- kadang akan ada sikit keluar keputihan kan. Sue dulu pun macam tu juga. Now, memang tak ada dah kesan kotor tu.
- Part parut jerawat tu, sue akui juga. yes! memang parut jerawat mula pudar. Tapi tak la hilang dan jelita ya. Tapi berdasarkan pengalaman sendiri, memang ada dua tiga orang yang tegur nampak muka sue lain..Ada yang kata putih lah ( Oh ya..Yg ni sue jawab ja, Putih sebab terperap dalam opis..Kui3.. Hitam ke diri ini selama ni.Hahaha.)
- Ok!..Yang ni best juga. Jeragat dah kurang ya..Kurang ya, bukan tiada. Dulu sue tak sedar pun yang muka ni ada jeragat rupanya. Ingat bintik- bintik hitam tu taik lalat. Jeragat rupanya.. Dah la sue ni pesen orang yang muka blasah ja. Kadang- kadang keluar rumah tak pakai krim muka pun.. Aterr bedak pun tak pakai kadang- kadang. Selebet ja. Jadi..terimalah kesan- kesannya. Haa..ko, pak jeragat mula menepek..
- Satu lagi yang sue sedar la. Part tido tak cukup tu tiada masalah langsung. Walau tido lewat or just dapat tido dua tiga jam saja pun. Badan still boleh segar lagi. Seminggu ni sue saja try ambik dua kali. Malam sue minum juga... Mata memang segar sampai 1 or 2 pagi..Tu pun paksa pejam mata baru terlena..
Hambek!!..Panjang pulak rupanya cerita. Dah la kot..Nanti ada pulak yang boring. Macam bagus sangat pula ya... Rajin..nanti sue kongsi lagi ya... Pada yang nak baca lebih lagi boleh la pi masuk web Oceanlife ya. Or boleh search ja kat google. Or kalau ada yang nak tanya boleh ja email sue sendiri. Pada yang ada no sue whassap or wechat ja ya. (^_^)
5 comments:
kat kotak tu tulis berkesan dalam 7 hari... biar betik? ko makan hasilnya berapa lama baru nampak sue? kalau dah 9 bulan ko amalkan kompem la ko dah cantik kan... jeles aku, ya la aku pun baru perasan kulit aku ni dah kusam dan ada kedut kat mata huaa.... tapi tu la aku ni mmg malas bab2 menjaga kecantikan ni angin nak cantik tu sekejap je bertahan bila tak nampak perubahan terus berenti sabo je la.
Hahahaa..KO ni. Haku pun pesen mcm tu jg dl. Tp alhamdulillah EP ni stakat ni boleh konsisten ambik hari2. Sebab senang cara pengambilannya. Ikut body masing2 lah ya. Part anergy tu awal2 aku dah rasa. Ikut orang, Ada yg cepat ada yg lambat. Apa pun adalah pelik kalo makan terus kulit halus mulus jelita ya..Kecuali la ko memang jenis kulit yg lawo. Kalo kulit aku ni ambik masa juga. (^_~)
Salam,
being an authorised EPHYRA dealer, im so excited to share with you the product that has giving wonders to most of the ladies out there.
FYI, im selling EPHYRA at a very good deal! (below market price for sure!)
let me know if you are interested :)
spread the love!
Izza (EPHYRA Authorised Dealer)
0192198619
wah mcm best aje produk ni..QH pon masih tgh intai2 juga produk ape yg bagus..maklum dh mningkat umo ni kena blnja utk dri sdri gakkan..nk tnye 1 kotak tu ade bpe yer n air tu pula rasa ape..hehe..
QH. . Satu kotak ada 30 peket. Satu kotak now RM197. Dl 200 lebih. Rasanya mcm air oren ja. Sedap gitu.
Post a Comment