Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (4) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (228) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (10) Menu Mudah (8) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (2) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (17) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (13) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Saturday, 15 June 2013

Ayam tumis cencaluk my stail


Sapa kata cencaluk busuk..Sapa kata cencaluk tak sedap.Haaa...Angkat tangan  cepat. (^_^) >>>>>>>>> Orang ni la yang kata macam tu ya..Kikikiii...
Sekali dah makan, sedap juga rupanya. Rasa macam tak cukup pulak beli sebotol. 
Selain daripada buat pencicah makan dengan ikan or ayam goreng. Boleh juga di pelbagaikan. Sue pernah dengar pasal cencaluk ni dijadikan bahan masakan. Tapi sebab malas nak google, makanya sue main taram ja sendiri masak ikut stail sendiri. Alhamdulillah, sedap hasilnya. Ratah macam tu saja pun sedap. Dah la senang sangat nak sediakan. Ok sangat la kan. Boleh masuk dalam list menu mudah dan sesuai untuk orang yang pesen nak cepat. Ngeeee. 

Simple- simple pun, nak juga tepek resepi. Resepi seperti biasa main agak- agak ja. Ikut kesesuaian lah ya.



AYAM TUMIS CENCALUK MY STAIL
Resepi:Sue@Suemiezi

Bahan-bahannya
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 sudu besar cencaluk
1 cawan daging ayam - potong kecil
3 batang saleri - potong kasar
1/2 sudu kecik lada putih/ hitam - Tak letak pun tak apa.
4 biji cili padi - cincang 
3 sudu minyak masak - 

Cara-caranya
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cencaluk. Agak- agak pecah minyak gitu, masukkan cili api dan lada putih. Masukkan ayam dan masak hingga mesra semua bahan. Kalau yang nak berkuah boleh letak sikit air ya.
Last sekali barulah masukkan saleri ( i love salery ). Siap.


Ni la dia cencaluk yang digunakan. Ready to eat ya. Dah siap- siap ada cili, bawang dan limau. Tinggal masuk dalam mangkuk saja lagi. Tapi kalau nak pedas lagi just tambah cili dan perahkan limau ja. Lima ringgit sebotol ni. Yang sotong pun ada. Tapi kawan kata yang sotong tak sedap. Sedap lagi yang ini. Haa ko dah macam iklan cencaluk dah nih..Heeee. (^_^)



9 comments:

adda syuhada said...

nampak cm sedap jer...xpernah cuba makan cencaluk..lepas ni nampaknya kena cuba..

ieda immi said...

uishh sedap nie
1st time dgr ayam masak cencaluk .. sedap2 .. makan cencaluk tu pun dah sedap ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam sue..K.atie xreti mkn cencaluk :)

Norzila Zakaria said...

oi kakak sayang siap cencaluk ye..zila penah rasa jgk..em dapp..

gerhana luka said...

nak jugak cencaluk... dah lupa la camane rasanya, agak-agak macam budu la kalau orang tak biasa mesti kata busuk tapi kalau dah campur cili, limau bagai makan dah tak ingat orang punya kik.kik.kik

miazara ina said...

blog kak sue dh jd tempat mia rujuk resepi..:-)

Madam Lala said...

waa lain dr yg lain menu ni!

zila norazila said...

Sue akk plg suka cencaluk..klu bli kejap jew dh habis akk krjakn..tp skrg dh slow sikit..sbb tkt drh tggi..nnt aq try masak cmne jgk..x pernh lg cuba..tq tau..kecur baby akk kt perut ne tgk..hecheee

kak ina kl said...

tak pernah buat lagi..nampak sedap

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "