Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Pengat Keledek


ASSALAMUALAIKUM.
Sekarang ni dah tak rajin update..Kalo update pun just nak letak food ja. Hadoiii..lama-lama blog ni dah jadi macam blog masakan pulak..kui..kui..kui..
Eish!..Merapu ja..tu yang maleh tu..Asal nak update ja..mesti jam..jam tu juga idea terus tak ada. tak tau nak tulis apa. merapu ja lebih.

Ok!..Ni aktiviti sabtu tadi..Ingat tak berasap la dapo sebab tengahari tu cik hb pujuk teman dia pi kenduri rumah bos dia kat Teluk Panglima Garang..Emm..dengan terpaksa rela ..pi juga la.. Dah tau dah..kalau pi kompem kena makan nasi sedap-sedap..:p. Tapi kannn..dalam pada kunun riso makan banyak kat kenduri...sebelum sampai rumah boss hb tu..Boleh plak singgah makan nasi ayam panggang tempayan dulu..Ngeh!..ngeh!....Haruu ja. Tapi tak apa la..boleh tunjuk skit kat orang yang sue ni diet la kunun, sebab makan sikit ja..Wahahahahaa..padahal..dah kenyang melantak nasi ayam dulu..Eh!..merapu jauh dah ni.

Meh kita jamu mata terus la ya dengan pengat keledek ni. Yummmy...memang lama dah nak makan ni. Balik kenduri tu..dalam perjalanan, duk husya kot-kot ada orang jual keledek ka..ubi ka..keladi ka..Tapi..keciwa..nan ado rupanya. Makanya, suh cik hb singgah kedai kat rumah ja..kot-kot ada apa-apa yang boleh digunakan untuk buat pengat. Syukur..ada juga ubi keledek. Senyum sampai ketelinga lah ya..Ngeeee..macam jakun ja bunyik nya ya..hehehehe

Lepas siap tu, verangan pulak kalau ada scone kan sedap. Sebab sebelum ni sue pernah beli scone and makan dengan bubur kacang yang sejuk..Sedap tau..sedap pada tekak sue la. Tekak orang lain tak tau la. Tapi time tu, tak sempat nak godek resepi scone kat tenet. makanya try ja buat sekut resepi Chef Michael Smith..Tertengok chef Chef Michael Smith ni buat dalam segment Chef at home..Tapi bleh plak cari-cari balik kertas yang sue salin resepinya tu ntah kat mana. dah terbuang kot..Hadoii..haru..tapi nasib la ingat-ingat skit. try la buat... Tapiiii kan..sue tak mo la update resepinya dulu..sebab rasa macam tak menjadi ja..Yang sue punya dah macam sekut betui ha..Tapi yang dia punya, sue tengok hasilnya lain sikit. Heeee...nanti kena menuntu dulu dengan dia kot, baru menjadi..ngeee. Laaaa..dah makin merapu panjang ni.. :p

Ok!..balik pada pengat ya, sapa nak resepi,... sue sharekan resepi dari dapo kak Yatie ni ya. Lebih kurang ja resepinya pun. Kak yatie..sue copy bolat-bolat ya..Tenkieu..lab u..(^_^)


PENGAT KELADI

Bahan- Bahan
  • 1 ketul keladi sederhana besar - sue guna keledek
  • 1 cawan bubur cha cha - sue letak biji sagu
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan- di simpulkan
Cara Menyediakannya.
  1. Keladi di bersihkan, potong dadu besar, rebus sehingga empuk dan toskan.
  2. Dlm periuk lain, rebus bubur cha2 sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
  3. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
  4. Satukan keladi dan bubur cha2 yg telah di rebus ke dlm periuk.
  5. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
  6. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
  7. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.


Cantik pulak bila tengok pinggan mangkuk colour ijo ni...Saja kasi posing pinggan mangkuk plastik ni..Lepas ni simpan balik..Ntah jaman bila nak kuar balik..Tunggu wat kemping2 lagi la baru kuar balik ya... Dah macam main pondok-pondok lak..guna pinggan pelastik ni..kui..kui.kui... (^_^)


9 comments:

ijayuji said...

Salam kak sue! dingin kat luar tu kan kalau dpt pengat hirup hangat2 sedapnyer! kita klu dah mula malas mmg malasssssss sgt nak buat itu ini, uuuwaaaaaa...hari ni paling malas sekali sbb byk kali kena kuar antar budak2 ni g gunting rambutlah, pastu jumpa dentist lahhh, last2 mmg duk melepak ajerrr ehehe...

Cik Ina Do Do Cheng said...

sue sedapnya malam -malam cam ni makan pengat , dapatlah makan guna mangkuk ngan sudu kaler hijau tu , makin bersemangat makan pengat : )

ibh_sue said...

Wkslm ika. Mmg sedap ika. . Heeee. .
Alaaa stakat mana la malas ko tu ika. Level kemalasan ko tu x bleh lawan level kemalasan akak ni hah. . Heheheeee

ibh_sue said...

Kak ina. . Mmg pun. Tu yg sue pun x sedo duk menambah2 tu. Agaknya klu bdk2 yg ssh sgt nak mkn tu kita gn kan pinggan mangkuk yg color2 mcm ni kompen berselera dia org kan. .

Unknown said...

Assalam sue, lapo lak memlm buta kat sini tgk pengat sue ni nak minta sure dah abis..:)

kurus said...

sedapnyeee sue .. ;)
rajin sue mencuba ..
pengat keledek nie memang akk dah lama x buat ..

Unknown said...

Salam perkenalan k.sue...
Fav asz nie, selalu buat minum petang untuk arwah abah dulu...:))

cikmanggis said...

bayangkan sejuk tekak ni makan pengat ubi keledek sue ni hehe.Cm suka jika cicah dengan biskut lemak..sedap Sue!!

Qhaifa Nur said...

walaupun jarang makan pengat keledek...tengok pun dah terliur sedapppp..

salam singgah jua...

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...