Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Kuih Bakar Kentang


ASSALAMUALAIKUM.
Selamat pagi isnin semua. Erk!..ada ka orang cakap macam tu ya..Ngeeee.
Key lah..tak mo tulis panjang-panjang. Nanti mengarut ja banyaknya. Tengah rajin nak blogwalking ni..Makanya sempatkan juga update n3.



Ni projek petang semalam. Kunun semalam nak rehat-rehat ja. Goyang kaki bermalas-malasan sampai ke petang sebab pagi-pagi lagi dah siapkan bekfast berat tuk cik hb. Dia pi kerja ja..sue pun rilek la..Apa lagi kan..heee. Sambil-sambil tu rayau-rayau jamu mata. Alih-alih terguda la plak dengan Kuih Bakar Kentang ni masa duk skodeng rumah Kak Yatie. Rebus kentang dulu...dalam kepala dah set..Ni kalau tak jadi buat pun boleh buat puding kentang karemel ja nanti. Pun senang juga..sebab bland jer semua bahan dia kan. Last-last dekat kui 7..tak ble jadi..Nak juga rasa Kuih Bakar Kentang. Maka on projek dekat-dekat maghrib..kui. ku kui...

Dah!..Kan dah kata..Panjang juga tu. Ok!..meh semak resepinya ya. Sue copy bulat-bulat ya Kak Yatie. Mintak halal. Love you kak..Muahhhh!!!!..(^_^)


KUIH BAKAR KENTANG
Sumber : Kak Yatie@Yatiememories

Bahan-bahan.
  • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan (nak kisar dgn daun pandan pun boleh)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna hijau dan sedikit pes pandan
  • sedikit bijan
  • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh
Cara-cara.
  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

* Sue gunakan santan kotak dan pes pandan ja. So..hasilnya kurang la lemak dan wangi ya. Tak pa..lain kali ble buat lagi. Tang yang garing tu yang sedap. So, sue saja bakar lebih lama sikit. Bagi keraknya tu banyak sikit..Heee. Ok..Selamat menjamu mata semua..(^_^)


11 comments:

gerhana luka said...

nyum..nyum... best ni. aku suka tang yang hangus2 tu best. Kalau bakar guna dapur kayu best ni letak sabut kat atas, zaman dulu2 boleh la sekarang pakai oben jer.

ibh_sue said...

Sama la aku pun Mully..Kerak tu yg sedap. Kalau bakar dapo kayu wangi dia tu lain kan. Sedap. Teringat pulak aku kuih makcik aku buat. Sedap. Tp dah meninggal pun makcik aku tu.

Kamsiah yusoff said...

salam
ya...setuju sgt..kalau kuih muih yg bakar,bahagian atas yg garing tu yg sedap..

HomeKreation said...

Aslmkm. Bila lah nak sampai giliran kita lak membaking kuih ni...

Unknown said...

kuih bakar kentang ni memang bestla sue, nieza pun suka byk ketul betul mkn hari tu..mana tak bam bam kan..hehe

CT Delima said...

As'salam Sue

nak kuih bakar yang kek tu kalau Sue tak moh k.ct nak juga..hehehe. suka akan kuih bakar lagi banyak kerak lagi sedap meratah kannnn :)

mia-ina said...

aduih rajin nya akak sorang ni msk..dh jd blog resepi lak..ni feveret ayah mia tau klu balik utara...mak ngah mia suke buat

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Pernah cuba gak..mmg sedap!

Unknown said...

sedapnya.. suka bangat

Cik Ina Do Do Cheng said...

sue macam kuih baulu kemboja pun ada. tengok resepi yang sue tepek tu cam senang je, nak bakar je ambik masa .

Yatie said...

Assalamualaikum Sue,
alahai napelah akak dtng lambat ni..tak dapatlah merasa kuih bingka ni..mmng nmpk sedap kuih ni...rasa nak wat lagi je..tq sudi mencuba..

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...