Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Kek Coklat

Assalamualaikum..



Aci tak?..Tak mo tulis apa-apa lagi..Letak gambo ja dulu..Kikikiii..Kek Ceklat yang buat minggu lepas kalau tak silap. Simpan dulu..tunggu masa nak kuar n3..Skali, hari ni..kuar gambo saja..n3 nya ala2 kadar saja...Resepi..sue update kendian..Ngeeee


Ok!..Tu ja..Nak kuar dulu...Nak sambung keja ni..Kendian sue letak resepi ya...Heheheh..macam la ada yang nak sangat masuk sini kan..Ngeeee :P

 

Puding

Assalamualaikum.

Update gambo ja ya. Buat cuci mata dihujung minggu. Ni puding segera NONA perasa tembikai susu.

Peberet sue. . Puding ni kena ada kat rumah ni. Agak2 nak makan cepat, ni la penyelamatnya. Simple n cepat. Cuma sue tetap ubah sikit2 ja untuk menepati citarasa anak tekak.


Ok u all. . Jemput makan. Time panas2 ni sedap makan puding yg dah disejukkan. Ok! SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kuih Bakar Kentang


ASSALAMUALAIKUM.
Selamat pagi isnin semua. Erk!..ada ka orang cakap macam tu ya..Ngeeee.
Key lah..tak mo tulis panjang-panjang. Nanti mengarut ja banyaknya. Tengah rajin nak blogwalking ni..Makanya sempatkan juga update n3.



Ni projek petang semalam. Kunun semalam nak rehat-rehat ja. Goyang kaki bermalas-malasan sampai ke petang sebab pagi-pagi lagi dah siapkan bekfast berat tuk cik hb. Dia pi kerja ja..sue pun rilek la..Apa lagi kan..heee. Sambil-sambil tu rayau-rayau jamu mata. Alih-alih terguda la plak dengan Kuih Bakar Kentang ni masa duk skodeng rumah Kak Yatie. Rebus kentang dulu...dalam kepala dah set..Ni kalau tak jadi buat pun boleh buat puding kentang karemel ja nanti. Pun senang juga..sebab bland jer semua bahan dia kan. Last-last dekat kui 7..tak ble jadi..Nak juga rasa Kuih Bakar Kentang. Maka on projek dekat-dekat maghrib..kui. ku kui...

Dah!..Kan dah kata..Panjang juga tu. Ok!..meh semak resepinya ya. Sue copy bulat-bulat ya Kak Yatie. Mintak halal. Love you kak..Muahhhh!!!!..(^_^)


KUIH BAKAR KENTANG
Sumber : Kak Yatie@Yatiememories

Bahan-bahan.
  • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan (nak kisar dgn daun pandan pun boleh)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna hijau dan sedikit pes pandan
  • sedikit bijan
  • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh
Cara-cara.
  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

* Sue gunakan santan kotak dan pes pandan ja. So..hasilnya kurang la lemak dan wangi ya. Tak pa..lain kali ble buat lagi. Tang yang garing tu yang sedap. So, sue saja bakar lebih lama sikit. Bagi keraknya tu banyak sikit..Heee. Ok..Selamat menjamu mata semua..(^_^)


Salam hujung minggu

Assalamualaikum.

Dah macam malas dah sekarang ni nak update. Masuk just jenguk2 nak refresh balik resepi ja.

Hari ni satu hari bermalas2 an. Sedap betul la ya. Hihiii. . Kat luar tu hari dah mula gelap. Tanda2 hujan nak turun.

Meh kita bancuh air teh makan dengan sekut kering. Duk depan sliding tunggu hujan turun ya.


Sambil2 tu, meh jamu mata dengan pokok bunga akar dani sue ni yang dah mula berbunga. Heeee. . X sabo tunggu dia berbunga banyak.


Key semua. Selamat berhujung minggu. (^_^)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pengat Keledek


ASSALAMUALAIKUM.
Sekarang ni dah tak rajin update..Kalo update pun just nak letak food ja. Hadoiii..lama-lama blog ni dah jadi macam blog masakan pulak..kui..kui..kui..
Eish!..Merapu ja..tu yang maleh tu..Asal nak update ja..mesti jam..jam tu juga idea terus tak ada. tak tau nak tulis apa. merapu ja lebih.

Ok!..Ni aktiviti sabtu tadi..Ingat tak berasap la dapo sebab tengahari tu cik hb pujuk teman dia pi kenduri rumah bos dia kat Teluk Panglima Garang..Emm..dengan terpaksa rela ..pi juga la.. Dah tau dah..kalau pi kompem kena makan nasi sedap-sedap..:p. Tapi kannn..dalam pada kunun riso makan banyak kat kenduri...sebelum sampai rumah boss hb tu..Boleh plak singgah makan nasi ayam panggang tempayan dulu..Ngeh!..ngeh!....Haruu ja. Tapi tak apa la..boleh tunjuk skit kat orang yang sue ni diet la kunun, sebab makan sikit ja..Wahahahahaa..padahal..dah kenyang melantak nasi ayam dulu..Eh!..merapu jauh dah ni.

Meh kita jamu mata terus la ya dengan pengat keledek ni. Yummmy...memang lama dah nak makan ni. Balik kenduri tu..dalam perjalanan, duk husya kot-kot ada orang jual keledek ka..ubi ka..keladi ka..Tapi..keciwa..nan ado rupanya. Makanya, suh cik hb singgah kedai kat rumah ja..kot-kot ada apa-apa yang boleh digunakan untuk buat pengat. Syukur..ada juga ubi keledek. Senyum sampai ketelinga lah ya..Ngeeee..macam jakun ja bunyik nya ya..hehehehe

Lepas siap tu, verangan pulak kalau ada scone kan sedap. Sebab sebelum ni sue pernah beli scone and makan dengan bubur kacang yang sejuk..Sedap tau..sedap pada tekak sue la. Tekak orang lain tak tau la. Tapi time tu, tak sempat nak godek resepi scone kat tenet. makanya try ja buat sekut resepi Chef Michael Smith..Tertengok chef Chef Michael Smith ni buat dalam segment Chef at home..Tapi bleh plak cari-cari balik kertas yang sue salin resepinya tu ntah kat mana. dah terbuang kot..Hadoii..haru..tapi nasib la ingat-ingat skit. try la buat... Tapiiii kan..sue tak mo la update resepinya dulu..sebab rasa macam tak menjadi ja..Yang sue punya dah macam sekut betui ha..Tapi yang dia punya, sue tengok hasilnya lain sikit. Heeee...nanti kena menuntu dulu dengan dia kot, baru menjadi..ngeee. Laaaa..dah makin merapu panjang ni.. :p

Ok!..balik pada pengat ya, sapa nak resepi,... sue sharekan resepi dari dapo kak Yatie ni ya. Lebih kurang ja resepinya pun. Kak yatie..sue copy bolat-bolat ya..Tenkieu..lab u..(^_^)


PENGAT KELADI

Bahan- Bahan
  • 1 ketul keladi sederhana besar - sue guna keledek
  • 1 cawan bubur cha cha - sue letak biji sagu
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan- di simpulkan
Cara Menyediakannya.
  1. Keladi di bersihkan, potong dadu besar, rebus sehingga empuk dan toskan.
  2. Dlm periuk lain, rebus bubur cha2 sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
  3. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
  4. Satukan keladi dan bubur cha2 yg telah di rebus ke dlm periuk.
  5. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
  6. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
  7. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.


Cantik pulak bila tengok pinggan mangkuk colour ijo ni...Saja kasi posing pinggan mangkuk plastik ni..Lepas ni simpan balik..Ntah jaman bila nak kuar balik..Tunggu wat kemping2 lagi la baru kuar balik ya... Dah macam main pondok-pondok lak..guna pinggan pelastik ni..kui..kui.kui... (^_^)


Vegetable Fritters.....Wish Anniversary

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat petang semua.(^_^)...Duk opis lama-lama ni, teringat pulak kalau makan cucuq kan sedap..heeee. Manjang makan ya sue.. :P... 

Kalau dah namanya hantu cucuq@cekodok.  Kompem bleh terguda dengan Love punya Vege Fritters ni.. Tapi jangan mimpi la ya..Ni dah tak da..dah jadi baja dah pun..kikikiii... Tak sama, tapi lebih kurang ja macam love punya... Nak resepi ka?.. Love..sue copy ja lah love punya resepi bulat-bulat ya..Heeee


VEGETABLE FRITTERS
Sumber : Love@Love2cook Malaysia

Ingredients :~

  • 1 cup shredded cabbage ( I used Beijing cabbage ) - sue tak bubuh sbb x da ..
  • 1 cup shredded carrot
  • 1 onion ~ chopped
  • few curry leaves ~ chopped ( x letak jg)
  • 1 green chilli ~ chopped (optional) - letak cili merah
  • 1 1/2 cups plain flour
  • 1 tsp baking powder
  • salt to taste
  • sufficient water
  • oil for frying
 Method :~
  • In a bowl, mix together plain flour, baking powder and salt.
  • Then add water gradually and stir. The batter should not be too watery.
  • Mix in the shredded cabbage, carrot, onion and curry leaves. Stir evenly.
  • Heat oil over medium flame. Spoon the batter into oil and deep fry until cooked or they turn golden brown.
  • Dish out on a paper towel. Serve! :)
Pstt!!..sue tambah isi udang dalam tu juga..So, lagi la tambah yummy cucuq sue..Ngeeee...Dah tak vege sangat la tu kan..heeee... Apa-apapun..Thanks Love sebab bagi idea untuk sue buat cucuq macam ni juga...(^_^)


Oh ya!..Tak habis lagi.. Dikesempatan ni juga sue nak
wish Happy Anniversary pada Nieza, tuan punya blog Our Journey Begins yang duk kan Finland tu.Sue pun baru ja kenal Nieza ni..tu pun sebab hobi masak-masak la yang buat teraksiden jumpa di alam maya ni..Heeee.. Apa-apa pun .....thank's for being my friends...(^_^)...

HAPPY ANNIVERSARY NIEZA

Semoga perkenalan di alam maya ni akan berkekalan. Cantik gambo bunga tulip ni..Hadoii..boleh verangan ja la ya dikelilingi bunga-bunga tulip yang cantik..huhuhuhuhuu


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...