Assalamualaikum.
Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menulis n3. Mood update n3 dah makin merundum, sama juga dengan mood masuk dapo..hehehehe..(yg ni memang manjang).
Nak menaip pun tak ada idea..Makin parah tahap kemalasan ni. Heee
Oklah..mulanya tak nak share pun sebab segan dengan hasilnya... Pecah perut gelak sendiri dengan hasilnya. Tapi sue update juga sebab senang nak rujuk resepinya pada masa akan datang.
Akceli First Disember hari tu birthday cik hb. "Happy Birthday Laling"..Hehehehe..Malam tu wish ja. Hadiah kita postpone erk!..Ekonomi meleset la..Eke3... Esoknya time dia pi keja, baru sue gigih buat kek ni.
Ingat nak beli ja kek. Tapi sebab teringat kek kak Yatie buat untuk anakandanya Seri Irdina hari tu, sue pun tekad buat sendiri.
Kah3..Kompem gelak beso kan. Gigil tangan sue nak mendeco. Dah la silap eja, boleh pulak tertinggal huruf H. Kui3..
Okeh!..Meh kita tengok resepinya...Sue copy terus dari Kak Yatie ya.. Kejadian Rainbow kek ni sedang-sedang ja pada sue. Sue just guna 4 colour ja..Tu pun colour ke empat tu sue gunakan hijau + merah...jadi la mcm colour coco gitu...Hehehehee..
Tak pa lah, next time boleh buat dengan sempurna lagi. Bab deco mendeco ni memang bukan kemahiran sue. Kena banyak belajar lagi nampaknya.. (^_~). Nak tengok rainbow kek version yg cantik, u all jenguk la ya rumah akak- akak kita tu.
RAINBOW CAKE
Resepi: Kak Azlita , Kak Yatie
Bahan-bahan
- 3 cwn tepung gandum
- 4 sdk baking powder
- 1/2 sdk garam
- 1 cwn butter ~ suhu bilik
- 2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
- 5 biji putih telor ~ suhu bilik
- 2 sdk esen vanila 1
- 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
- pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
- Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.
- Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter.
- Panaskan oven pada suhu 170C.
- Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan.
- Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan.
- Masukkan esen vanila
- Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
- Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
- *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
- Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
- Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
- Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
- Bila dah masak letak atas redai
- Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
- Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
- *Jangan tindih2 kan kek bersama-sama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Untuk Cream Cheese Frosting
Bahan
- 250 g cream cheese
- 120 g gula
- 120 g butter
- Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
- Sedia untuk digunakan.
- Untuk melapis.
- Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
- Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
- Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
- Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis.
- Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
- Hias mengikut kreativiti masing-masing.
13 comments:
salam Sue, amboiii dah terer dia buat kek ye, akak je masih teragak2 lagi nk buat tapi rasa nya kena cuba jugak utk prkatis buat busday anak akak nnt heee cantik lah wlaau tertinggal H still ok oran gtak perasan sangat pun
salam syg sue ..mesti en hubby suka kan..hppy belated bthday wt en somi yer..kek yg yg dr air tgn istri tu yg paling mahal tau..:) i like..akk pun x pernah wt rainbw kek lg..h ehhe
Wkslm kak.
Sue pun kn paktis lg ni. Tu klu tgk jauh2 sblh mata ok la, cer tgk dekat2. Ha3 lawak.
Wkslm kak zila comei.
Hehehee dia bwt muka malu2 kucin ja. Tq kak for the wish tu. Sue pun ni kira first time bwt rainbow cake. Tu pun x rainbow sgt sbb colour x cukup. :)
Aslmkm Sue cayang. Hepi besday kat somi, semuga berbahgia especially dapat kek hasil dari tgn isteri tersayang. Congrat krn berani mencuba, sekali dh buat lepas ni mesti berkobar2 nak buat lagi & lagi...!
well not bad sue...yg penting sentuhn kasih syang dr istri...huhu
Wkslm Along. Thanks. :)
Tu lah. . Lps ni nak try buat atas kek yg kecik skit saiznya. ;)
happy birthday buat hubby akak....
hmm...rainbow cake memang best...
Ada lagi tak ni...lambat jet kite mai sini....besdy boy tu sama ngn adik bungsu kite..:-)
Birthday laling akak 21 November. Akak pun buat kek sendiri jugak lepas tu nyorokkan dalam oven. Hua hua hua... mmg dia tak jumpa...Kebetulan ada 23 org student stay kat rumah so akak buat suprise party. Jenuh jugakla memasak sorang2 hari tu... Happy belated birthday untuk suami Sue ye... :)
biasa la sue kita yg amatur ni bab deco2 kek mesti ketaq tangan kik.kik.kik. tapi kira ok la tu sue len kali wat utk aku lak ek....
slm Sue...
ok dah tu..mesti hb suka bile isteri buatkn kek utk dia..yg penting bile kita buat tu sedap dan licin...hihi
hppy belated besday yea buat hb Sue..
tahniah :) yang penting ianya dimasak dgn penuh kasih sayang.
kalau akak lagi teruk, beli je... huhuhu
Post a Comment