Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 24 December 2012

Nasi Ayam Goreng


Assalamualaikum.

Minggu- minggu terakhir  tahun 2012 ni mula merajinkan diri semula. Takut gantung kuali lama- lama ni. Nanti perut cik somi terbiasa pulak makan kedai orang lain yang masak.
Nasi Ayam Goreng ni sue buat hari sabtu tadi. Lepas subuh sue dah gigih jalan- jalan selongkar dapur orang. Masuk dapo Kak Nor, terjumpa la pulak resepi ni. Acamner la boleh tak perasankan resepi ni. Dah sana- sini yang buat. Sue barulah terhegeh- hegeh nak try. Heee.
Akceli banyak sangat bahan- bahan yang sue skip sebab tak da bahan tu. Tapi alhamdulillah still sedap. Bertambah-tambah hb makan. Siap kui 3 lebih tu hb mintak nasi lagi. Nasib i masak 4 pot. So, cukup untuk hb, sue dan adik ipar makan berulang- ulang . kui3
Kali ni sue just gandingkan dengan sup ayam ja. Sos pedas tak buat sebab bahan- bahan tak cukup. Next time kena buat lengkap dengan sos pedas, baru lah kik kan..(^_~)
 


NASI AYAM GORENG
sumber: Cik Manggis, Kak Nor, Ika



Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.


Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar ( sue tak letak, halia habis )
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar ( tak letak juga)
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan ( guna beras biasa saja )
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair ( sue ganti dengan santan )
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.

Sos Pedas

2 green chilies
5 cm knob of ginger
3 stalks of coriander
3 spring onion
1/3 cup of castor sugar1/3 cup of white vinegar
salt to taste
1 tbs of water

Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings.





 

10 comments:

nurul said...

sodap nih! www.the-simpleme.blogspot.com

zila norazila said...

wsalam sue..rajin btl..nk share sikit..akk klu mkn kt luar rajin jgk amik nasi ayam goreng..suka mkn nasi yg ada perisa2 nie sedapp:)

JaSSNaNi said...

perghhh.. rajin tul... berselera sungguh tengok..

asmah yusof said...

salam sue...
sama la..bila mood malas melanda...
hehe...BTW suka sgt nasi ayam mcm nie..:))

ibh_sue said...

Nurul. . Try. Mmg sodap. :))

ibh_sue said...

Kak zila. Tak rajin mn pun. He3. Sue lak klu mkn luar skarang ni suka ambik yg berkuah gitu. Biasanya bihun sup ja lah. :))

Mas said...

memang best nasi ayam goreng....
lama dah tak buat...huhuhuhu

sury@25february said...

salam cik kak sue..mengancam je nasi ayam ni..nnti nk buat jgk ler..lama dh x buat nasi ayam.

ieda said...

sedap2... rajin sue ! ;)

gerhana luka said...

sesekali memang sedap makan nasi ayam goreng ni, ya la biasa makan nasi putih je kan bila tukar nasi yg berberisa gini kompem bertambah selera.

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "