Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Pegi air terjun...syoknyerrrr









Cantik kan gambo ni....

Haa....mggu ni macam2 berlaku....memenat kan betul....hari ni aku ngan kawan2 pg kuar siapkan assigment yg bos bg....dalam banyak2 tempat yg kami pg...satu tempat ni la yg paling best....'AIR TERJUN SG. GABAI' .....nasib baik pakai baju kurung..kalau tak dah lama aku terjun mandi...sejukkkkk sangat airnyer...nyaman sungguh udaranyer...memang tenang giler....

Alhamdulillah

Hari ni dah masuk hari kelima kita berpuasa...alhamdulillah...sedar tak sedar, cepat nyer masa berlalu...
Semalam akhirnya aku dapat juga berbuka makan tempe goreng yg dah beberapa hari aku idamkan...tu pun aku dapat beli sebungkus jer(yg bungkus dlm plastik)..yg lain nampak mcm tak berkualiti jer..munggkin yg dah lamanyer kot...Aku belah2 + garam+kunyit+gula skit+jintan..pehhhh!..puas hati aku...kira buka pose semalam aku betul2 melantak makan tempe jer...suami aku? tak de dia berkenannyer kat tempe tu...
Ntah la...aku pun sebenornyer bukannyer suka makan tempe tu...tp tak tau naper puasa kali ni..aku gila sesangat teringat nak makan tempe goreng...ish!..terliur lak rasanye...
Puasa tahun ni aku tak la rasa nak pg bazar ramadhan...tak mcm dulu2..bleh kata hari2 pg bazar ramadhan...suami aku ada gak offer..tp aku tak nak lak pg tahun ni..ntah la..'mandrem' penjual2 kat bazar ramadhan tu dah tak kuat kot...

Selamat tinggal sayang


" Aku ingin menjadi puteri'...kalau tidak puteri kayangan pun....cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri2 yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak2 yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab....melepaskannya jua satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun 'Dee' menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah 'Dee' terus bersembunyi......dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali......

Haaa...tu lah dia skit sinopsis novel yang sedang aku baca ni...SELAMAT TINGGAL SAYANG..sape2 yang nak tau cita nyer...pg la carik kat kedai buku yek!....sonok sgt citanyer....aku dah 3 kali la membacanyer...

First day puasa


Hari ni first day puasa...lapar tu tak la..tp mengantuknyer..mak aiii tak tahu nak kata..kejap2 asyik menguap jer..kira sangap la sepanjang hari ni...
Tapi alhamdulillah la...puasa hari ni aku langsung tak rasa lapar...walaupun pg tadi aku cuma bersahur makan separuh jer roti kaya suami aku....tapi maybe sebab aku amik Red Guara Cafe kot..yg buat aku boleh bertahan sampai petang ni....Haa..cita pasal Red Guara Cafe ni....mai sini aku nak cita...kopi ni bukan calang2 kopi..byk khasiatnyer...salah satunyer dia leh buat kita kenyang la...aku dah lama minum kopi ni...dan mmg ok sgt la....
Bulan ni aku senang skit la...sebab suami aku kata dia nak diet, tak nak makan nasi...so...senang ler keja aku...semalam dia dah siap2 beli roti ngan kaya...dia kata..senang nanti sahur makan roti cicah air kopi jer...hak..hakk..kelako gak aku dengornyer...buka puasa pun sama..tak nak mkn nasi..aku setuju saja lah..mmg tu yg aku suka pun..hee..hee...
Key la kawan2..SELAMAT BERBUKA PUASA LA YEK!..jgn gelojoh ye..hee..hee

Jangan lupa niat yer

Assalamualikummm
ya adik2 semua...esok kita puasakan..so..hari ni aku nak bg korang niat pose untuk sebulan....jangan lupa baca niat tau..
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”
Lafaz Niat Puasa. نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala

Kelebihan solat terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

nice kan...sedap mata memandang
Aku mmg suka tempat2 mcm ni. Tapi tempat cam gambo tu tak de la kat sini..tu kat luar negara ada la kot....Kalau dapat pg kat situ tentu bestkan...damai jer...bleh lupa semua masalah.

Senam


Ni muka penat, baru habis bersenam....








Bersenam untuk kesihatan...
Bagi aku..aku bersenam untuk kesihatan dan juga untuk kuruskan badan...hee...hee..
Nak buat cam ne...nak gemuk senang jer...tapi nak kuruskan badan..mak aiii..cukup payah....
nak tercabut rasanyer badan....
Hari ni kami tak buat poco-poco..tapi naik bike jer...tu pun tak larat rasenyer..maklumlah, dah 2 miggu tak pg kelas senaman...naik malas dah...otot2 pun dah mula keras rasenyer......
Aiii..tak sabar rasenyer nak kurus balik...hee..hee...bleh ker raya ni aku slim melim mcm dulu ya.......

Selamat berpuasa


selamat berpuasa...hari khamis ni kita dah start puasa....time ni la nak beramal dan bonusnya nak berdiet...

Harap2 raya ni kurus ler skit....aminnnn...


Key semua...SELAMAT BERPUASA.......

sian aku

Ntah apa la malangnyer hari ni......laptop lak buat hal.....dah la semua keja kat dlm tu...
Mintak la En. Sazman tolong tengokkan....tapi dia pun tak dapat gak nak nolong nyer.....
so....nganga jer la....
Lari lagi la budget bulan ni.....harap2 cepat ler hubby aku pg repair laptop ni...

Salam


Memandangkan ini blog aku...so aku bebas tuk menulis apa saja yang aku rasa....Aku ni bukannyer pandai sgt menulis..tapi kalau meraban mcm ni boleh la...

Hari ni aku nak tulis pasal kenangan jer....sbb hari ni ..ada la sorg member aku tu telah membawa aku kezaman kenangan dolu2...tu pasal la hari ni aku meraban jer cita pasal kenangan aku dolu2 yg ntah pape ntah.

Kepada sesiapa yg melihat blog aku ni...layan jer lah yer...LAYANNNNNNN.......


Adios...

Lagi aku dalam kenangan





Ni la dia..asyik berangan jer...Kalau diingat kenangan dulu2..mmg akan membuat aku sentiasa tersenyum...sekolah....kawan2....semua tu memberi erti pada aku....

Kadang2 aku rindukan zaman dolu2....kalau lah ada mesin masa..teringin gak aku nak pg ke zaman dolu2....hee...heee....tapi mustahil kan.

Buat kwn2 sekolah aku dulu...dimana lah korang sekarang yer....macam mana lah life korang sekarang ni......Kalau jumpa mesti kelako kan? ye ker?..ntah la..

Eh..kawan2.!...bila kita nak jumpa hah?....Buat my best friends...lily..diah and pijah...korang tak rindu kat aku ker.......hee...heee....Aku rindu sgt kat korang tau....aku rindukan zaman masa kita bersatu dulu (ceh!..mcm poyo jer bunyinyer)......rindu zaman kegemilangan kita masa sekolah dulu...korang ingat lg ker tak?....

He..hee..kat sini aku uploadkan gambo kita dulu2.....kelakonyerrrr..Korang ingat lg tak tgk gambo ni...kelakonyer muka....hee...hee





Ni la dia best friends aku...lily..diah and pijah....masa ni ting 6 bawah, SMK Sg Besar....time ni pijah masih lg bersama2 kami...





Tak habis2 nak posing....yang paling suke posing ni dah tentu la ko ye lily...hee..hee..jangan marah ye...aku gurau jer.....

Kenangan dolu..dolu..


Korang penah tak baca majalah ujang....Dolu..dolu..aku cukup suka baca majalah ni....part yg paling aku suka tentunya.."..Aku Hidup Dalam Blues"..dan "Blues Untuk Aku"...Layan blues siot..jangan tak caya...



Lepas tu zaman dah berubah..aku layan novel lak...kebanyakkanyer novel keluaran karangkraf la...

Ada satu novel tu..yang aku baca sampai berulang-ulang kali...layan sangat..tajuk novel tu..'DONIA'.....Tapi novel ni aku pinjam jer..tak beli pun..

Penah dulu..terlampau syok sgt pada hobi membaca novel ni....aku kira giler jg la..tak bleh langsung singgah kat MPH or POPULAR..mesti sangkut nyerlah...paling banyak pun mesti sangkut 2 buah novel.....


Dan sekarang ni...aku start balik layan novel...Skang ni aku tengah layan balik novel ' Selamat Tinggal Sayang' oleh Ma Lee Chuswan...masuk ni dah 3 kali aku baca....

Tapi tulah..nak wat camne kan...dah mmg hobi aku membaca...skang ni walaupun aku dah tak membeli lagi novel..tapi tiap2 bln aku mmg akan membeli beberapa majalah yang mmg aku tak pernah terlepas membacanya...


Tapi ok la...membaca tu kan satu budaya yang baik...


Cintaaa....



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat

-Hamka-


He..hee..sedap gak kan ungkapan tu....haii..ni dah start jiwang la dah ni...
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Cabaran bermain boling



Hari ahad hari tu..kami semua pg main boling...huuuu...tak sangka..teror gak rupanya aku ni..
mula2 tu mmg rasa tak semangat jer nak main..tapi lama2 jadi gian la plak...




he..hee..lepas ni..selalu la..aku pg main boling nampaknyer...




Tengok la..budak2 ni...kalau bab posing mmg teror..

Cintaaa.......





Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat

-Hamka-

Sedap kan ungkapan tu....ni dah start jiwang balik la ni...hee..hee

Satu permulaan


Ni..baru nak belajar...Hee..heee

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...