Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (6) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (236) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (14) Menu Mudah (10) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (17) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (2) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Muffins Roti Telur


Assalamualikum.
Baru ramadhan hari ke 6, tekak dah tak tahu nak makan apa. Pergi bazar pun balik tangan kosong juga.
Makanya masuk dapur, selongkar apa saja yang ada. Ada roti dan telur..Haaa..cantikk..Boleh buat roti telur..Tapi kita olah sikit ala- ala rupa mapin gitu. Hehehee




Muffin Roti Telur
sumber: Dapursuemiezi

Bahan- bahannya:
2 keping roti - dipotong kiub
2 biji telur
1 sdb mayonis
1 sdt lada putih
1 sdt sos ikan(nak letak garam pun boleh)
Cili sos untuk letak di atas .




Cara- caranya:
  
Sediakan loyan..Masukkan roti yang dah dipotong kiub tadi. Bekas lain, pikul telur dengan mayonis, lada putih dan sos ikan.
Kemudian tuangkan ke atas roti. Paipkan sedikit sos cili dan bakar hingga masak. 

Sue bakar guna air fryer dengan suhu 200'c selama 10 minit.



*Kalau nak letak kepingan cheedar cheese or Mozarela cheese pun boleh. Lagi sedap rasanya. Ni sebab stok cheese tak ada, makanya kosong gitu saja lah. 



Bulan puasa memang makan bukanlah jadi keutamaan pada sue. Yang paling penting air. Berbuka dengan air kosong pun dah lega sangat rasanya. 

Bila tengok sue post menu macam ni..ramai yang kata "diet ker". Idak ler diet pun. Konsepnya hanya "Nak jaga makan gituu" (^_^). Hakak dah tua khann..Makanya harus jaga kesihatan. (^_^)

Okey..Selamat Berbuka puasa semua (^_^)



No comments:

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang

Kali ni up lagi menu dah basi.Dah try lama dulu.Sesekali   nak juga try resepi google..Biasa tu buat sup ala campak-campak ikut hati ja. ...