Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (6) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (236) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (14) Menu Mudah (10) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (17) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (2) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum..
Memang susah nak menahan diri bila tengok kek ni asyik la melintas- lintas. Lagi -lagi bila Kak Nor post kat fb hari tu..I jeling- jeling ja tau..Kemain rancak lagi sembangnya diaorng kat situ...Eke3.. Ingat idak ler diri ni terguda...Rupanyaa..huhuuuu
Kebetulan pulak kalau kek Coklat ni kira boleh diterima tekak cik hb. Kalau kek cheese tu payah juga nak kena dengan tekak dia..Oleh kerana kuat betul penangan kek coklat Kak Nor.. Membaking juga akhirnya...Pehh!!!..Ntah apa punya tabiat tah..Cukup malas nak keluarkan pengukus. Kalau dah simpan elok- elok kat rak, memang sue malas betul nak keluarkan. Kecuali kalau desakan pada sesuatu menu yg memerlukan pengukus, baru lah pengukus tu keluar dari sarangnya ( disaat ini pun pengukus tu masih elok berada diluar lagi)..Heee.

Dah tak payah cakap banyak lah..Meh kita tengok bahan- bahan untuk buat kek coklat ni. Simple ja, tak payah pakai mixer pun..Kita godek ja pakai tangan ya..
Macam Kak Nor, sue pun gunakan taperware terus. Senang kerja. Tak payah nak potong-potong. Kaut ja pakai sudu, terus ngap masuk mulut..Ngeee (^_^)

KEK COKLAT KUKUS - Dengan toping yang meleleh..Pehh!!! <<<<< Tiru sejibik kak Nor.
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang ~ manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas
Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

* Bila guna bekas plastik kecik spt yg K.Nor guna ni, kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.

** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.

*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.

CHOCOLATE GANACHE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~

1/4 cawan air panas


Cara:

Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..


* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^

Haiii la hai...Makin berlemak la badan nih...Hehehee..

Ni  baru keluar peti es, makan dengan mangga..Fuhhh sedapnya..

Tq Allah

ASSALAMUALAIKUM.
Today is my Birthday....Punyalah hai..sungguh memang lupa  bday sendiri.
Thank's banyak-banyak pada semua yg wish kat hp dan fb.Sue hargai doa-doa kalian semua.

Sue kat kampung.. line tersangat la lembap. memang tak online sangat.Sebab tu tak perasan juga.
Alhamdulillah..Berbanyak- banyak syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan lagi hidup diduniaNya ini. 34 tahun dah pun. Tak ada apa yang nak dirahsiakan. Setahun lagi bertambah usia. Amalnya masih kurang lagi. Doa dan harapan di masa depan tentulah mahu yang terbaik. HanyaAllah yang mengetahui. Yang penting semoga Allah sentiasa memberikan rahmatnya kepada sue dan semua orang. 

Apa yang direnung di luar jendela?..Macam-macam..Heeee...  Lastly..THANK YOU SO MUCH pada semua yang wish ya. love u all... (^_^)

Merenung ke luar jendela sambil menginsafi diri.

HAPPY CHINESE NEW YEAR

 
Happy Chinese New Year
buat semua kawan - kawan yang menyambutnya.
 
Cuti panjang kan.
Pada yang bercuti tu..Berhati- hati di jalan raya.
(^_^)
 


* N3 auto publish

Lempeng Diet Ala Okonomiyoki

ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah syukur pada Allah, masih diberikan lagi kesempatan untuk bernafas.
Usia makin meningkat ni, hari- hari kena beringat..Ingat mati ingat sakit. Semua tu kena sentiasa beringat. Sebagai  seorang yang sayangkan padaNya, sebolehnya sue cuba untuk menjaga diri supaya sihat sentiasa. Ingat, diri kita ni hanya pinjaman. Seharusnya kita menjaga sebaiknya apa yg Allah dah pinjamkan pada kita. Heee..bertazkirah pulak ya.



Eh! Tetiba pulak ada gambo food kan. Tadi kemain kata jaga kesihatan. Heee.. Akceli ni menu dah lepas. Menu simple sesuai buat orang yang tak rajin macam sue ni dan kununnya menu untuk diet..Haaa DIET la sangat kan..Tengok topingnya pun dah takut..Heee

Alhamdulillah memang mengenyangkan. Dua hari berturut- turut sue makan menu ni.. Lepas tu  terpaksa stop sebab tanda- tanda alergi mula datang balik. Akceli sue mmg ada allergik skit dengan telur. Tapi tak teruk, cuma bila pengambilannya tu kerap sangat dan banyak. Allergi tu mesti jadi lagi. Susah juga kan orang yang kulit "cap ayam" ni..
Saja sue sharekan resepinya kat sini. Saja nak bagi panjang n3..Kui3.. :P.  Baiklah sebab tak tau nak panggil apa..Meh kita panggil lempeng diet ala Okonomiyoki..Ngeee

Bahan- bahan
2 biji telur
*1 cawan kubis hiris halus
*1/2  bawang besar dihiris halus
*secubit garam
*1/2 sdt lada hitam/ putih
1 slice cheedar cheese
mayonis
black paper sos
sos cili

Cara-caranya
Kocak telur dan campurkan saja semua bahan -bahan yang bertanda * tu dalam mangkuk. Kacau hingga sebati,
Panaskan kuali non stick (sue bubuh sesudu olive oil). Tuangkan adunan tadi.
Bila dah siap masak letakkan cheedar cheese, sos cili, sos black paper dan mayonis. Siap untuk dihidang.

Sebenarnya N3 ni adalah auto publish ya. Time ni sue dah kat kampung or still on the way lagi.. Ambik cuti panjang sebab lama tak balik kampung. Buat korang semua..SELAMAT BERCUTI ya..

PortaWiFi Celcom

ASSALAMUALAIKUM..Salam jumaat semua..
 
Korangg kan..pantang jumaat semua menghilang.  Orang ni ja yang rajin sangat jadi penunggu kat opis ni. Hehehehee..
 
Meh nak cerita skit pasal benda ni..PortaWiFi Celcom .Macam best la pulak sesangat. Almaklum la part yg boleh guna ramai2 tu yang paling sue suka tu. Sebab kalau dah kat rumah memang akan berebut tablet dengan hb. Broadband sue sim cardnya sue dah bubuh dalam tablet. Modemnya simpan macam tu ja. Tak guna pun. So, bila ada ni mungkin tak payah berebut kot..Boleh bukak guna hp, laptop and tablet. Hadoii aii..Tapi still mengharap boleh dapat desktop sebenarnya dengan line internet yang laju. Walau teringin nak guna UNIFI tapi still masih setia dgn line broadband celcom ni..
 
Yang paling best sebab boleh gunakan dalam keta ya tuan puan..Huuhuuu I like it...Meh kita trade in modem weh...Try yang ni pulak.
 
More info u all boleh masuk laman web CELCOM ya..Pi baca sendiri kat situ.. (^_^). Boleh pi husya blog SEPET juga..kat situ dia ada siap tepek gambo port tu kat keta lagi..Huuuu tu yang buat teruja tu.. (^_~)
 

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang

Kali ni up lagi menu dah basi.Dah try lama dulu.Sesekali   nak juga try resepi google..Biasa tu buat sup ala campak-campak ikut hati ja. ...