Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum..
Memang susah nak menahan diri bila tengok kek ni asyik la melintas- lintas. Lagi -lagi bila Kak Nor post kat fb hari tu..I jeling- jeling ja tau..Kemain rancak lagi sembangnya diaorng kat situ...Eke3.. Ingat idak ler diri ni terguda...Rupanyaa..huhuuuu
Kebetulan pulak kalau kek Coklat ni kira boleh diterima tekak cik hb. Kalau kek cheese tu payah juga nak kena dengan tekak dia..Oleh kerana kuat betul penangan kek coklat Kak Nor.. Membaking juga akhirnya...Pehh!!!..Ntah apa punya tabiat tah..Cukup malas nak keluarkan pengukus. Kalau dah simpan elok- elok kat rak, memang sue malas betul nak keluarkan. Kecuali kalau desakan pada sesuatu menu yg memerlukan pengukus, baru lah pengukus tu keluar dari sarangnya ( disaat ini pun pengukus tu masih elok berada diluar lagi)..Heee.

Dah tak payah cakap banyak lah..Meh kita tengok bahan- bahan untuk buat kek coklat ni. Simple ja, tak payah pakai mixer pun..Kita godek ja pakai tangan ya..
Macam Kak Nor, sue pun gunakan taperware terus. Senang kerja. Tak payah nak potong-potong. Kaut ja pakai sudu, terus ngap masuk mulut..Ngeee (^_^)

KEK COKLAT KUKUS - Dengan toping yang meleleh..Pehh!!! <<<<< Tiru sejibik kak Nor.
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang ~ manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas
Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

* Bila guna bekas plastik kecik spt yg K.Nor guna ni, kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.

** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.

*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.

CHOCOLATE GANACHE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~

1/4 cawan air panas


Cara:

Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..


* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^

Haiii la hai...Makin berlemak la badan nih...Hehehee..

Ni  baru keluar peti es, makan dengan mangga..Fuhhh sedapnya..

14 comments:

K.Nor said...

tiru ayat ai ya... bak pengeras :)

ibh_sue said...

Kah3..Kak Nor..Nanti sue hantar pengeras ya..KERASSS punya..Kui3.. :P

suryabil said...

Dh musim kek coklat kukus ni..kite pun buat jgk dua hari lepas...:-)

ibh_sue said...

Ha ah kan. Kita pun sbb tak tahan tgk kek ni melintas ja depan mata. Tu yg terjebak jg. :))

Muzik Hati said...

alamak. godaan godaan. adehhh... harus buat ni... tQ for sharing dear

ibh_sue said...

Hahahaaa. . Pejam mata. . Pejam mata. Parah kalau terguda. Sedap ni. Penuh rasa coklat. Sila buat ya dear. :))

ibundo said...

pergh!!!tak sedar abis satu taperwer makan sengsorang.

Nieda Ramly said...

best best best

ibh_sue said...

ibundo..memang pun. Satu taperware sue hadap sorg ja..Heee

cikmanggis said...

kek kakNor tu berhantu Sue..bila nampak kat fb air liuq meleleh tp malas nak buat sebab tak ada orang kat rumah nak geng makan.Akhir sekali buat juga tp beli tepung segera..kukus dalam bekas cam Nor buat tu...letak topping resipi Nor tu.....yum yum...jika tak dapat kempunan rasanya...

Love2cook Malaysia said...

Geram kalau tengok topping kek yang meleleh leleh tu! Air liur I pun meleleh...hihi!

Sedap sedap!!! 2 thumbs up!!!

zila norazila said...

Slm syg sue..
Samalh dgn akk suka msuk tpware trus snang keja kn..kecur liur ngok nie sue..

eynda said...

Teringin.... tapi malas buat sendiri hehe...

Anonymous said...

Pгetty! This wаs аn іncrеdibly
wоndeгful post. Τhank уοu for supplying thesе
details.

Feel fгee to ѵisit my ωebpage ..

. Ride On Train

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...