Tergoda dengan belang- belang warna biskut meaw meaw ni...Hehehee.Sue pun terpanggil juga untuk mencubanya. Kebetulan pula masa sue pergi kedai baking Bagus di Pekan Sg. Besi, nampak pulak acuan ni, Sue terus ja ambik. Ada dua saiz...tapi sue ambik saiz yang kecil ja (32 lobang).
Resepinya pun simple saja..So, memang menepatilah citarasa sue yang memang jenis nak yang mudah ja..Ngeeee...
Akceli ni biskut ke 4 sue buat. Buat satu adunan ja. Cukup lah untuk bawa ke rumah mak dan MIL. Nampak pelik sikit kuih mak tahun ni...Ngeeeee
Okeh!...Meh kita semak resepinya. Sue copy resepi dari Kak Ita dan Kak wan. Mereka punya biskut berseri- seri dengan warna- warna yang menarik. Sue punya hanya menggunakan 4 colour saja. Tak pa..next time kita buat lagi ya...
Bahan- bahannya
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
cara- caranya
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

* Sue gunakan warna kuning, merah, pink dan hijau. Warna hijau sue gunakan pandan emulco. ternyata lg sedap biskut ni bila letak perasa pandan.. (^_^)
3 comments:
alahai sue ni... rajinnyer..
madam tun tun tun tunjuk je sue...
penyakit M kronik sudah..
Salam Sue. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari Along sekeluaga.
sue,,kite dah follow,sb kite suke follow org rajin masak ni,hehe,.maseh share.nak tryy
Post a Comment