Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Mango Casablanca

 

Assalamualaikum..
Update cepat- cepat sementara sempat dan sementara tengah rajin ni. Hehehe..
Update resepi Mango Casablanca Kak Amie yang sedang meletop kat opis ni... I berjaya bawa virus ni ya..Hehehee Ada yang dah cuba dan juga sangat berpuas hati. Tumpang kembang vontot juga bila tak habis- habis orang duk puji- puji kesedapan Mango Casablanca yang sue bawa. Ngeee (^__^)

Bos siap makan berulang-ulang lagi.. Dah jadi macam calon masterchef pula bila masing- masing duk bagi komen...

Oklah..Meh kita semak resepinya ya. Sue copy span sini untuk rujukan dimasa akan datang. Thank's Kak Amie untuk perkongsian resepi yang sedap ni..(^__^)




MANGO CASABLANCA
Sumber: Kak Amie@Amie;s Little Kitchen

Bahan-Bahan:

27 keping biskut cream crakers
1 kg mangga masak ranum- kupas kulit dan hiris nipis
250 g Philadelphia Cream Cheese
2 tin (300g setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted Cream - boleh gunakan sukatan sendiri utk rasa manis
susu cair - pilihan (Amie tidak gunakan) - Sue letak sikit
Bekas persegi ukuran 12'X12'


Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3 biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3 biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk dan potong untuk dinikmati


 

~ Sekiranya anda mencampurkan susu cair, hasil Mango Casablanca akan lebih lembut, lembik dan tidak boleh dipotong, dan hanya boleh disenduk untuk dihidangkan. Selamat mencuba bagi yang berminat. Yang sudah biasa buat, minta tolong tegur mana yang salah ye~
 

Dialog bosan laki bini

Keboringan. .  Kematu muntut naik keta.
Somi tetiba pandang istri.

Somi: Hang mcm.org kampong no
Istri: Tau x pa.

Dalam hati (kuanq ajaq la tu. Perli la tu.  Mmg la org kg pun.Nangisss)

Istri: Hidup merantau. X terurus la.
Somi: Ho..la kan.

Motip!!! :p

KL-Sg. Besar-Perlis-Kedah-Penang-Sg. Besar-Kelantan-Terengganu-Kuantan-KL.

Kesimpulan: Kami byk beraya atas jalan ja tahun ni.

Sekian! Ngeeee

Biskut lidah kucing Miew Miew... (^_^)


Tergoda dengan belang- belang warna biskut meaw meaw ni...Hehehee.Sue pun terpanggil juga untuk mencubanya. Kebetulan pula masa sue pergi kedai baking Bagus di Pekan Sg. Besi, nampak pulak acuan ni, Sue terus ja ambik. Ada dua saiz...tapi sue ambik  saiz yang kecil ja (32 lobang). 
Resepinya pun simple saja..So, memang menepatilah citarasa sue yang memang jenis nak yang mudah ja..Ngeeee...

Akceli ni biskut ke 4 sue buat. Buat satu adunan ja. Cukup lah untuk bawa ke rumah mak dan MIL. Nampak pelik sikit kuih mak tahun ni...Ngeeeee
 
Okeh!...Meh kita semak resepinya. Sue copy resepi dari Kak Ita dan Kak wan. Mereka punya biskut berseri- seri dengan warna- warna yang menarik. Sue punya hanya menggunakan 4 colour saja. Tak pa..next time kita buat lagi ya...
 
LIDAH KUCING
Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Kak Azlita & Kak Wan @ Resepi Citarasawan 
 
Bahan- bahannya
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

cara- caranya
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

  * Sue gunakan warna kuning, merah, pink dan hijau. Warna hijau sue gunakan pandan emulco. ternyata lg sedap biskut ni bila letak perasa pandan.. (^_^)

Biskut cornflakes

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...Ni biskut ketiga yang dibuat. Resepi dapat dari rumah Kak Wan. Ternyata ini lah resepi yang sue cari- cari. Rangup dan sedap. 
Buat dua adunan saja. Cukup la untuk dibawa balik ke kampung. Untuk kat rumah ni, lepas raya pun boleh buat lagi. Sue share resepi di sini untuk koleksi sendiri. Thank's untuk Kak Wan untuk perkongsian resepinya ni. (^_^)


BISKUT CORNFLAKES

Bahan- Bahannya:
250 gm mentega
150 gm gula kaster
2 sdt esen vanila
250 gm tepung gandum
4 cawan cornflakes diramas kasar

Cara- caranya:
- Putar mentega dan gula hingga berkrim. masukkan esen vanila dan kacau rata.
- Masukkan tepung gandum dan cornflakes uli hingga menjadi doh.
- Ambil satu sudu kecil penuh dan di atur atas loyang yg dah digriskan dulu.
- Bakar pada suhu 180C selama 15- 20 minit atau hingga kekuningan.
- Simpan di dalam bekas kedap udara.
 
 
 

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...