Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 21 January 2013

Kek Coklat Kukus Mudah


ASSALAMUALAIKUM.
 
Apa khabar semua..Rindunya nak berblog semula. Ni kira first N3 untuk tahun 2013. Happy New Year ya..Macam kura- kura lambatnya..Dah nak masuk minggu terakhir bulan pertama di tahun 2013 baru nak wish. Hehehehee..
 
Mood nak berblog makin merundum..Mood masak- masak pun mula merundum juga..Tapi selagi tekak ni mood menelannya ok, selagi tu la dapur masih kena berasap ya. Lagi pun kena juga jaga tekak hb kann...:P. Malas- malas pun kena juga masuk dapur..
 
Hari ni pun rajinkan juga diri untuk update.. Untuk tu meh kita tepek n3 dengan makanan ya.. Blog ni pun, kalau tak ada n3 makanan memang tak berupdate la jawabnya....Kui3..
 
Meh jamu mata dengan Kek Coklat ni.. Akceli kek ni simple ja. Biasa la sue memang suka masak benda yang senang- senang ja. Apa yang penting sedap ya. Dah pernah buat pun sebelum ni. Cuma kali ni sue letak topping coklat banyak skit, lepas tu hias skit dengan white coklat. 




KEK COKLAT KUKUS MUDAH
Sumber : Blog Dari Dapur Ummi
By : Sue @ Suemiezi

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak mazola - sue guna minyak jagung. Blasah
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe - sue tak letak ni
3 biji telur


Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
- ayak bersama 2, 3 kali

Cara- caranya.
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Toping Mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
- kacau rata semua bahan dan tuang atas kek.

Selain daripada tu boleh juga kalau nak gunakan resepi coklat ganache ni untuk toping.

1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega



6 comments:

sury@25february said...

salam cik kak,simple2 ni kite pun suka...cepat n mudah disediakan...cop resepi nya ya!

miss sue said...

sedap nyeee . lame x buat . mmg senang + sedap kek ni . semua suke . yg penting kalo wat kek ni mesti mak mkn.. lain2 kek die tolak :)

JaSSNaNi said...

wow.. simple tapi menarik.. terliur betul tengok.. sama cam cara saya wat.. hasilnya mmg marbeles...

Nooriah Abdullah said...

hai Sue, aduh cantiknya si hitam tu berkilat2 lagi mesti sedap jugak ni adusss tengok dah malam mesti kena tido je kalau tak lapo ni

Gee® said...

Waaa... sedapnya kek coklat... nyum2x

MaMa Rey said...

saya pun suka buat resepi yang mudah..
kek ini saya suka buat sebab ianya mudah disediakan

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "