Assalamualaikum.
Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menulis n3. Mood update n3 dah makin merundum, sama juga dengan mood masuk dapo..hehehehe..(
yg ni memang manjang).
Nak menaip pun tak ada idea..Makin parah tahap kemalasan ni. Heee
Oklah..mulanya tak nak share pun sebab segan dengan hasilnya... Pecah perut gelak sendiri dengan hasilnya. Tapi sue update juga sebab senang nak rujuk resepinya pada masa akan datang.
Akceli First Disember hari tu birthday cik hb. "Happy Birthday Laling"..Hehehehe..Malam tu wish ja. Hadiah kita postpone erk!..Ekonomi meleset la..Eke3... Esoknya time dia pi keja, baru sue gigih buat kek ni.
Ingat nak beli ja kek. Tapi sebab teringat kek
kak Yatie buat untuk anakandanya
Seri Irdina hari tu, sue pun tekad buat sendiri.
Kah3..Kompem gelak beso kan. Gigil tangan sue nak mendeco. Dah la silap eja, boleh pulak tertinggal huruf H. Kui3..
Okeh!..Meh kita tengok resepinya...Sue copy terus dari
Kak Yatie ya.. Kejadian Rainbow kek ni sedang-sedang ja pada sue. Sue just guna 4 colour ja..Tu pun colour ke empat tu sue gunakan hijau + merah...jadi la mcm colour coco gitu...Hehehehee..
Tak pa lah, next time boleh buat dengan sempurna lagi. Bab deco mendeco ni memang bukan kemahiran sue. Kena banyak belajar lagi nampaknya.. (^_~). Nak tengok rainbow kek version yg cantik, u all jenguk la ya rumah akak- akak kita tu.
RAINBOW CAKE
Resepi:
Kak Azlita , Kak Yatie
Bahan-bahan
- 3 cwn tepung gandum
- 4 sdk baking powder
- 1/2 sdk garam
- 1 cwn butter ~ suhu bilik
- 2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
- 5 biji putih telor ~ suhu bilik
- 2 sdk esen vanila 1
- 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
- pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara
- Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.
- Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan
juga baking paper dengan butter.
- Panaskan oven pada suhu 170C.
- Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan.
- Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter
bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan
ringan.
- Masukkan esen vanila
- Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung
berselang seli dengan susu segar
- Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
- *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri
dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan
akhir mesti tepung
- Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang
setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
- Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
- Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu
170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~
20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
- Bila dah masak letak atas redai
- Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
- Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu
hingga siap 6 lapisan
- *Jangan tindih2 kan kek bersama-sama kerana kek mudah melekat dan nanti kek
nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama
lain.
Untuk Cream Cheese Frosting
Bahan
- 250 g cream cheese
- 120 g gula
- 120 g butter
Cara-cara
- Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
- Sedia untuk digunakan.
- Untuk melapis.
- Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
- Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
- Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese
tadi.
- Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini
hingga habis.
- Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat
lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan
cream cheese tadi disekeliling kek.
- Hias mengikut kreativiti masing-masing.