Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Saturday, 3 November 2012

KeK PiSaNg


Assalamualaikum.
Dah berapa hari tak update. Sampai AlongRos pun dah seru bila nak tuko menu.   Hihihiii.
Jom... Jemput minum petang dengan sue. Minum petang sorang ja ni. Cik hb kerja. Tapi sorang- sorang pun tekak kena layan juga. Lagi-lagi time hujan ni kan. Perut asyik lapo ja. 
Lama dah teringin nak buat kek pisang. Kebetulan ada stok pisang, elok dikerahkan tenaga sementara rajin ni. Ngeee.

Kebetulan jumpa resepi yg sama macam resepi yg biasa sue buat. Cuma lain skit, yg ni letak tepung jagung ja. Meh kita tengok resepinya ya. Simple ja.

KEK PISANG
Resepi: Umi_e @ MyResepi

Bahan- bahan:
4 biji pisang
3 biji telur
1 3/4 cwn tepung naik sendiri
1/4  cwn tepung jagung
1 cwn gula - sue campur dgn gula perang
1 cwn minyak masak
1 tsp soda bikarbonat
Secubit garam
1/2 sudu esen vanila - sue tambah

Cara-caranya:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan pisang yg telah dilenyek & gaulkan.
Masukkan tepung & gaulkan.
Masukkan minyak & kaup balik.
Bakar selama 45 minit dgn suhu yg sederhana.

* Sue tak ikut cara tu. Cara sue. Blandkan gula & telur dulu sampai kembang, kemudian masukkan pisang yg dah dipotong kecil. Kemudian masukkan tepung, garam, soda bikarbonat, minyak dan esen vanila. Bland lagi sampai sebati.
Sue bakar pada suhu 150-160c selama 45 minit jg.

Published with Blogger-droid v2.0.8

16 comments:

JaSSNaNi said...

best makan kek pisang...
i like too....

yan's cottage said...

salam su....
memang betul su musim hujan nie.... perut asyik lapor je....nak pula tenguk kek pisang nie ha...bertamboh lapor den ehhh.....

kasihredha said...

Sedap makan panas...aroma pisang yg wangi sambil minum teh dipetang Hari.

ibh_sue said...

Kek pisang x menjemukan. :D

ibh_sue said...

Kak Yan. . Sue ni manjang ja laponya. . Hehehe

ibh_sue said...

Betul tu kak kasehredha.. Sbb tu kuar ja oben terus x sabo potong, ngap masuk mulut terus. Tak tahan bau wanginya tu. Ngeee

zila norazila said...

kek pisang mmg best :)..sambil tgk tv x sedar dh brkeping abis..he hee

Madam Lala said...

ujan2 ni tembolok lapang jek..
org melaka ckp tembolok tu tekak la..hhehhehe

sury_masury said...

Uhuuu...rajin update...meh lh tkg update tuk kite skli...khikihi:-P

ibundo said...

bundo suka makan kek pisang ni sue. sodappp..

amaniammar said...

sedapnya..
hihiih..skarang kenal kt blog pula ye..
dari instagram ke blogger

JaSSNaNi said...

>>> kalau nak tau.. nani pun ni pertama kali buat.. tak penah wat selain ikan.. :D tapi berbaloi.. sedap.. :) cuba la nanti kot2 nak wat, asam pedas tulang lembu.. :) nyam nyam..

eyndayusoff said...

Dah lama tak makan kek pisang...

Qasey Honey said...

alahaiii kek pisang mmg sedappp...guna la ape resepi pon...semuanya mmg terbaekkk...

Alin Marlini said...

dalam byk2 kek..kek pisanglah plg mls nak buat..pdhal plg senang...hehehe

TiranaAduka said...

salam kenal..
nice resepi...leh cuba ni....
kalau tak keberatan nak ambil menu tu...

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "