Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

UDANG GALAH MASAK DIRAJA


Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagram.

Macam biasalah, akak memang suka resepi yang mudah- mudah ni (^_^)
So, resepi udang masak diraja ini akak share di sini ya.
Kalau ikut resepi asal sepatutnya udang galah tapi kita buat dia kan. Akak guna saja udang  biasa saiz besar. Janji namanya udang kan (^_^).
Waktu masak, baunya masyaallah. Wangi satu rumah Hehehee


UDANG GALAH MASAK DIRAJA
Sumber : Instgram Majalahrasa

Bahan-bahannya:
- *1/2 kg udang galah
- * 4 biji bawang besar
- * 4 ulas bawang putih
- *4 tangkai cili kering
- *2inci lengkuas
- *1 inci halia
- 2 batang serai diketuk
- 1 keping asam
- 1/2 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu gula
- 1/2 sudu garam
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu kecil mushroom seasoning (akak tambah)

Cara-caranya:
- Basuh udang bersih- bersih. Jangan lupa buang tahi udang.
- Kisar bahan-bahan bertanda (*)
- Tumiskan bahan-bahan yang dikisar samapai naik bau dan masukkan 
  serai.
- Masukkan udang, kacau hingga sebati)
- Masukkan santan pekat, gula dan serbuk mushroom seasoning
- Masak jangan lama sangat, nanti hilang rasa fresh udang





Mudah kan resepinya. Selamat mencuba (^_^)

* Macam biasa, N3 ni dah lepas ya #trowback tapi ikut kerajinan akak saja nak update dekat sini.









KUEY TEOW GORENG MUDAH



Assalamualaikum.Bersiaran kembali. Macam biasa, update menu yang dah lepas dan menu mudah-mudah sahaja akak kongsikan. Sebenarnya menu ni agak kerap akak buat masa bulan puasa tadi. Big boss memang suka kuew teow. Tauge kena lebih, haaa wajib okey. Tak nak kucai sebab busuk katanya. Hahaha

Ini kali kedua masak stail macam ni. Sebelum ni kalau masak kuew teow ja mesti menumis sambal bagai. Bila balik kampung hari tu, tengok kakak masak macam ni dan sedap. So lepas ni kalau big boss minta goreng kuey teow, akak okey saja. Tak ada segala macam haiwan-haiwanan pun boleh (^_~)

Baiklah, nah dikongsikan cara goreng kuey teow paling mudah dan cepat. Sukatan agak- agak sahaja ya. Boleh lah adjust rasanya ikut suka.



KUEY TEOW GORENG

Bahan-bahannya:
- 1 peket mee kuey teow
- 5 ulas bawang putih (cincang/ tumbuk kasar)
- 6 biji cili api (ikut pedas - tumbuk kasar)
- Serbuk lada putih
- Sos tiram
- Kicap pekat
- Sos cili
- Kicap manis
- Garam jika perlu
- Serbuk megi cukup rasa
- 2 biji telur
- Tauge
- Ayam/ daging (boleh letak apa-apa saja)
- Fish ball dan fish cake (potong dan goreng sekejap)

Cara-caranya:
- Tumiskan bawang putih dan cili.
- Masukkan semua jenis sos. Kacau sebati.
- Masukkan ayam/ daging. Perasankan dengan megi cukup rasa dan lada putih. Kaau  
   sebati.
- Masukkan mee kuey teow dan gaul sebati.
- Taburkan fish ball dan fish cakeyang dah digoreng tadi.
- Pecahkan telur dan gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan tauge dan gaul sebati.
- Siap


Selamat mencuba (^__^)






Biskut Double Choc Chips


Assalamualaikum

Sebenarnya biskut ni buat sebelum raya. Buat tak banyak pun just untuk buat kudap-kudapan saja. Tapi sebab kita masih mood raya lagi kan. Makanya akak update saja lah dekat sini. Resepinya ambil dari web Saji.my. Mudah saja resepinya dan tidak perlu guna mixer pun.

So, resepinya dikongsikan pula disini untuk rujukan sendiri dimasa akan datang.


BISKUT DOUBLE CHOC CHIP
Sumber: rasa.my

BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A:

- 1 1/2 cawan gula perang - boleh gantikan dengan gula kastor
- 250gm mentega
- 1 cawan penuh minyak jagung - boleh gantikan dengan minyak masak
- 1 biji telur gred A
- Sedikit garam - untuk naikkan rasa lemak biskut
- 1 sudu makan susu cair - guna 1 sudu makan susu tepung
- 1 sudu makan esen vanilla

Bahan B:
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh cream of tartar
- 3 sudu makan serbuk koko

Bahan C:
- 1 cawan cip coklat
- 1 cawan badam cincang
- 1 cawan badan slice






CARA-CARANYA:
1- Satukan bahan A dan kacau sebati menggunakan senduk.
2- Masukkan bahan-bahan B dan kacau sebati.
3- Seterusnya masukkan bahan-bahan C. Kacau sekali lagi hingga semua bahan bercampur sempurna.
4- Sudukan adunan biskut ke atas dulang pembakar. Boleh juga cubit menggunakan tangan dan tekan menggunakan garfu
5- Masukkan biskut ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 -170C. Bakar selama 15-18 minit menggunakan api atas bawah ( masa memasak mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar).
6- Bila siap, keluarkan biskut dan sejukkan.


Info penting: Bila siap dimasak, biskut ini memang lembut. Biar sejuk kerana ia akan menjadi keras dan rangup. Jangan terkejut pula ya. (^__^)





Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020


ASSALAMUALAIKUM.

Dikesempatan ini diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog sendu ini. Tahun ini dalam sejarah kita semua beraya dalam suasana yang lain dari yang lain. Sedih..tapi ini lah realiti.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan tetap meraikan hari raya dalam suasana yang gembira #kitajagakita


Maaf Zahir & batin






Resepi Cucur Jawa Yang Mudah





Assalamualaikum.
Cucur jawa atau ada juga yang panggil kuih topi. Sejujurnya termasuk yang buat sendiri ini, kiranya baru dua kali rasanya makan kuih ni.
Kali pertama dulu beli dengan kawan-kawan office. Ada yang open order..Nampak menarik, jadinya beli lah. 
Sekali makan..emmm rasanya boleh tahan walaupun nampak berminyak sikit. Suka tepi-tepinya tu. Dulu-dulu tak makan sebab ingatkan kuih ni tersangat lah manis. Tu lah suka-suka buat penilaian sendiri tanpa merasa dulu kan (^_^).

Bila dah jumpa resepi yang adunannya sikit saja, boleh la try. Sebabnya..first time try kan. Takut tak sedap nanti, haru akak kena makan sorang-sorang. 

Asalnya resepi ni dah share dekat IG, tapi sebab PKP ni banyak masa kan. Rajinlah nak update dekat sini juga. Nah resepinya ya.


CUCUR JAWA
Sumber: Instagram @cheta_78

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula merah timbang (bukan brown sugar)
1/2 cawan gula putih
1 cawan air (plus air panas kalau adunan lepas perap terlalu pekat)
Secubit garam

Cara-caranya:
1. Masak sekejap air bersama 2 jenis gula. Tunggu sehingga sejuk.
2. Bancuhkan air gula tadi dengan adunan tepung.
3. Letakkan secubit garam. Tapis adunan dan masukkan dalam bekas.
4. Perap lebih kurang 5 jam (suhu bilik) atau semalaman dalam peti sejuk (jika simpan dalam peti sejuk, keluarkan hingga adunan kembali kepada suhu bilik baru gorengkan. Jika adunan terlalu pekat tambahkan air suam sikit sahaja.
5. Goreng dengan api sederhana dan gunakan sedikit minyak sahaja untuk dapat topi yang cantik.
6. Angkat dan toskan.






Sedih tengok hasil kejadian kuih ni kan. Orang lain punya elok ja bertopi. Yang ni hazab sangat, topi entah kemana, siap ada yang hangit lagi. Hahahaa..Mungkin kejadiaannya begini sebab digoreng sebelumm cukup peram 5 jam kot. Jenis tak sabar nak tunggu lama sangat (^__^). Hambekk..Hahaha. Tapi ok lah juga. Lansung tak mempengaruhi rasanya. Yang hitam hangit pun masih sedap lagi tau. Rasanya sedap, cukup- cukup saja rasa manisnya. So, kena lah dengan tekak ni.

So..selamat mencuba.



Kuih Tepung Bunga





Assalamualaikum...


Lama sangat sebenarnya nak cuba buat kuih yang asalnya dari pantai timur ni. Resepinya mudah sangat tapi itu lah kan, tetap juga memerlukan kerajinan. Leval kemalasan tu kadang- kadang tinggi sangat. Hehehe..Dah beberapa kali ramadhan kot simpan keinginan untuk membuatnya. 


Last-last..tahun ni sebelum ramadhan akak  buat juga kuih ni. Ternyata sedap juga kuih ni. 



Kuih ni popular kot waktu bulan ramadhan. Nah akak kongsikan di sini. Hasil google..Akak ambil resepi dari blog namakucella.

KUIH TEPUNG BUNGA
Sumber : Blog namakucella

Bahan- bahannya:
1 Cawan tepung pulut
1/2 cawan santan @ air ( akak guna santan)
Secubit garam
1 Sudu gula pasir
1 Biji telur
Minyak untuk mengoreng

Cara- caranya:
Campurkan tepung pulut, santan dan garam. Uli hingga menjadi doh.
Bulat- bulatkan sebesar buah melaka.
Pecahkan telur dalam mangkuk lain dan kacau.
Leperkan bebola tepung pulut tadi dan celup dalam telur.
Goreng dalam minyak yang panas hingga garing.
Angkat kuih dan toskan.
Susun dalam piring kuih dan taburkan gula pasir (akak haluskan sikit gula pasir tu)
Siaplah kuih Tepung Bunga.











" /


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...