Kali ni sue kongsikan resepi simple tapi sedap dari blog Abang Brian. Seperti biasa, menu ni dah lama buat cuma baru nak simpan sini.
Taip semula di sini supaya senang nak rujuk juga nanti selain daripada di instagram (^_^).
SUP CENDAWAN
Sumber : Abangbrian.com
Bahan- Bahan:
240g cendawan piliham (butang/swiss brown) - dihiris
1/2 bawang besar- dicincang
1 ulas bawang putih - dicincang
2 cawan stok ayam ( pakai kiub ayam saja)
1 cawan krim masak atau susu sejat
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Garam dan lada hitam secukupnya
Cara- caranya:
Tumiskan cendawan bersama bawang merah dan putih sehingga bawang menjadi lembut.
Tambahkan tepung dan gaul mesra.
Tuangkan stok ayam, gaul sehingga pekat.
Tuangkan krim dan ubah rasa dengan lada hitam dan garam.
Masak sehingga cukup pekat sambil menggaul dari semasa ke semasa.
Untuk garlic bread tu sue just sapukan garlic spread yang beli dan kemudian bakar. Next time boleh buat garlic spread sendiri kot. Sebab senang saja nak buatnya.

No comments:
Post a Comment