Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (7) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (240) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (13) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (19) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (9) Wishlist (6)

Creamy butter chickens



Buat kali pertama mencuba buat menu ni. Selama ni tengok saja. Tak pernah nak rasa or nak buat. Tapi ada satu hari tu, hakak terambil seketul dan rasa...Emmm sedap juga rupanya.

So, bila ada roh kerajinan datang baru lah sempat nak cuba resepi ni. Seperti biasa, resepinya main agak- agak saja. Tiada sukatan yang sebenar kalau hakak masak. Hehehe

Menu ni juga dah basi ya..sesi baling belakang juga lah ni. Tapi hakak nak juga update kat sini untuk rujukan hakak juga nanti (rujukan yang kau ni rajin juga masak rupanya :P )


Creamy butter chickens Yummeh
Bahan- bahannya
1 Mangkuk isi ayam (potong kecil + Akak ambik part kepak tu juga)
Tepung bestari (secukupnya)
2 sdb butter
*4 biji bawang putih -cincang
*1/2 biji bawang besar - cincang
*10 biji cili api - cincang
Susu kremer/Susu segar (secukupnya )
2 Tangkai daun kari
1 sdk megi cukup rasa
1 sdk lada putih 
Garam secukup rasa




Cara- caranya:

Gorengkan ayam dengan tepung Bestari. (Cara akak just ayam tu golek- golekkan saja dalam tepung) dan ketepikan.
Tumiskan bahan bertanda * hingga naik bau.
Kemudian masukkan daun kari, megi cukup rasa, lada putih dan susu.
Perasakan dengan garam jika perlu. Masak hingga kuah nampak creamy
Akhir sekali masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. (Kalau nak curahkan pun boleh..Tapi hakak nak rasa ayam tu sebati dengan kuah sebab tu lebur jer sekali dalam kuah tu)


Menu macam ni, anak- anak ler paling laju makan. Buat sikit memang tak cukup ya. Nasib lah senang nak buatnya, so kalau buat berulang pun hakak tak kisah ya (^_^)




No comments:

Creamy butter chickens

Buat kali pertama mencuba buat menu ni. Selama ni tengok saja. Tak pernah nak rasa or nak buat. Tapi ada satu hari tu, hakak terambil s...