Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (29) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (7) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (241) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (13) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (19) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (9) Wishlist (6)

Classic Butter Cake





Lama sungguh tak update apa- apa dalam blog ni. Dah bersawang dah ha. Nak berhenti sepenuhnya update, rasa sayang pula. Makanya, bila ada kerajinan sesekali boleh la update. Itu pun lebih kepada update pasal menu- menu yang akak masak. Kira edisi throwback gitu (^_^).

Hakak bukan lah selalu sangat masak dapur pun sekarang ni. Keinginan untuk mencuba macam- macam menu tu ada, tapi bila memikirkan yang nak makannya dua mulut saja kan..emmm macam tak berbalaoi pula. Baik lah beli saja. Tapi sesekali bila balik kampung, memang posisi utama hakak adalah di dapur. hehehe..masak sajalah kerjanya pula

Classic Butter Cake ni hakak buat masa berkumpul cuti hari merdeka tahun lepas (see..tahun lepas okey..lamaa dah kan). Anak- anak buah ramai, memang seronok lah kalau tengok dia orang makan. Dan kebetulan pula memang waktu tu tekak ni teringin nak makan kek ala orang dulu- dulu. Kali ni, akak gunakan resepi dari mingguan wanita online.

Okey..nah hakak kongsikan resepinya kat sini.






Classic Butter Cake
Sumber: mingguanwanita.my

Bahan-bahanya:

1 cawan butter atau margerin
1cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1sk serbuk penaik
1 sk esen vanila

Cara Membuatnya:

1. Putar mentega bersama gula dan esen vanila hingga mentega bertukar warna putih.
2. Masukkan telur satu persatu.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Bakar pada suhu 180'c selama 40 minit (bergantung pada oven, guna api atas dan bawah).

*Untuk adunan kek ni, hakak bahagikan adunan kepada dua dan letak warna merah dan hijau.


Sekali hadap okey..macam anak jerung anak-anak buah makan. Hahahaa...happy hakak tau (^__^)
Senang sangat buatnya kan (^_~)



No comments:

Classic Butter Cake

Lama sungguh tak update apa- apa dalam blog ni. Dah bersawang dah ha. Nak berhenti sepenuhnya update, rasa sayang pula. Makanya, bila...