Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Masak Asam Ikan Kering Haruan








Assalamualaikum.
Sesuai sangat rasanya menu asam masam macam ni kalau untuk menu bersahur. Biasa la kalau pagi  tu memang tekak liat sangat nak terima makanan berat terutama nasi..tu sue la  (^_^) orang lain tak tau la kan.
Tapi kalau masak Asam insyaallah laju la sikit nak makan. Makan dengan nasi panas..perhh sedap tu..lagi sedap kalau mak yang masak 

Okeh..di bawah ni sue letak resepi ala belasah kiranya. Bahan- bahannya simple and so senang nak buatnya. 






MASAK ASAM IKAN HARUAN KERING
Sumber: instagram ibh_sue/ #dapursuemiezi 


Bahan- bahanya:
2 ekor ikan kering haruan (kerat 4)
1 biji bawang besar (potong 6/ hiris kasar)
5 biji belimbing buluh (belah dua)
1 biji cili besar /cili solok 
1 batang serai (titik/ketuk)
10 biji cili api (ketuk separuh)
1 inci halia (hiris)
1/2 sdk megi cukup rasa 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa - kalau nak letak

Cara-caranya:
Tumiskan serai, bawang besar dan halia dan kemudian masukkan cili api, dan ikan haruan kering.  
Masukkan air. Dah menggelegak, masukkan cili besar, belimbing, megi cukup rasa dan perasa dengan garam jika perlu.


Puding Kastad Jagung





Assalamualaikum..Salam Ramadhan. 
Alhamdulillah..hari ni hari ke dua sudah. 
Ni menu semalam. Tetiba semalam rasa teringin nak  makan menu manis kan. 
Dan teringin nak makan puding jagung. Nasib la senang. Kebetulan stok jagung memang banyak bawak  balik dari perlis 
Makanya puding jagung semalam memang mewah dengan jagung.
Baiklah..nak cuba boleh lah tengok resepi yang sue share kat  bawah ni. Actually semalam buat sukatan taram saja but bahan-bahanya sama ja sepeti resepi bawah ni.




PUDING KASTAD JAGUNG
Sumber: Azie Kitchen
Oleh: suemiezi.blogspot/ dapursuemiezi


Bahan utk Puding:

1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis (dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air

1 1/2 Cawan susu cair (sue guna santan)
Garam secukup rasa (sue tambah)


Bahan Tambahan:

1 cawan buah campuran dalam tin (tak letak)

Cara- cara:

Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan. Jika mahu buat Puding Kastard Jagung Berkoktail.
Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.




Blueberry Banana Greek Yogurt Pancake


Kemain panjang namanya..Benda sama saja..Pancake a.k.a lempeng comei gitu. hehehe. Idea dari pinterest gitu. Kalau dah bukak pinterest memang ralit tengok macam- macam resepi. Hatt menu yang simple- simple macam ni bersepah hokey kat pinterest tu. Sesuai sangat la untuk orang yang konsepnya nak cepat tapi sihat gitu.



Ni idea pancake ala ala sihat gitu. Tak guna tepung tapi guna oat.



BLUEBERRY BANANA GREEK YOGURT PANCAKE
Sumber: Running with spoons @ Pinterest

1/2 Banana, medium ripe
1/4 Cup Blueberry, fresh or frozen
1 tbsp Almond milk, unsweetened
2 Egg white or 1 Large egg
1/2 Cup Roalled Oat
1/2 tsp Baking Powder ( ni tak letak)
1/2 tsp Vanilla extract
1/4 Cup Greek yogurt, plain.

* I tak ikut adunan di atas ni. Ikut sukatan sendiri sebab nak makan sorang saja kan. Skip letak baking powder dan tak guna almond milk sebab tak der..  Telur sahaja dah cukup untuk buat adunan tu boleh diadun.

Hatt ni saja pun kenyang tau.. Makan bersama maple syrup atau madu..dengan buah- buahan.. Memang layan lah (^_^)





Okeh! Next time hakak share lagi menu simple- simple yang sedap ditekak dan ala- ala sihat gitu ya.. (^_~) 

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...