Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (4) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (228) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (10) Menu Mudah (8) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (2) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (17) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (13) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Saturday, 27 July 2013

Kerabu mentah @ Kerabu selom


Assalamualaikum....
Hari ni sekali harung nak update n3 yang lebih pada makanan saja ya... 
Akceli ni menu iftar ramadhan yg ke berapa tah..Lupa dah... Masa ni berbuka di rumah mak abah... Bahan- bahan semua segar, carik keliling rumah ja. Tu la yang bestnya duduk kampung kan... Tak perlu susah- susah nak beli ulam- ulam... Kecuali togei tu..Tu kena la beli ya dak... Tak pernah pula nak buat togei sendiri.. Ngeeee
Ada yang panggil ni kerabu mentah..Tp sue panggil ni kerabu selom..Sebab banyak guna daun selom..(^_~)
 
KERABU SELOM @ KERABU MENTAH
Resepi: Ibu tercinta Suemiezi (^_^)
 
Bahan2
2 cekak daun selom ~ cuci bersih & hiris halus
1 cawan togei ~ cuci bersih
2 biji limau kasturi (bergantung la ya..nak  letak lebih pun ok)
sebelah biji kelapa yang di bakar dulu dan diparut ( Wangi ja baunya nanti)

Bahan ditumbuk halus
3 biji bawang merah ~ dimayang 
1 biji cili merah ( buang bijinya)
10 biji cili padi ( Cilinya kecik2 ja sebab tu letak 10 biji. Klau nak pedas boleh tambah la ya )
1 inci belacan - dibakar siap2
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya ( Tak letak pun tak pa)

Cara menyediakan
1. Setelah lumat bahan2 tumbuk di atas, campurkan dengan kelapa parut & tumbuk lagi  
    separa lumat. Perahkan limau kasturi
2. Campurkan daun selom dan togei ke dalam bekas.  Campurkan dengan bahan2 tumbuk 
    tadi. Gaul mesra.  Sedia dihidangkan.

No comments:

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "