Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah tinggal seminggu lebih ja lagi nak habis Ramadhan. Sedih pulak rasanya...Cepat sangat rasanya masa tu berjalan.. Macam tak terkejar ja..
Okeh! ni biskut pertama sue buat. Tu pun sebab hb yang bunyi bila nak buat biskut. First skali dia request buat kuih samprit... Dia tak tau yg istri dia ni tak rajin nak buat semprit sebab leceh nak menekan doh tu... Manjang tak cantik kejadiannya.
Kali ni sue guna resepi Kak Azlita pulak..Cuma sue buat bentuk bunga dan bukan version pelangi macam kak Ita punya.
Apa pun resepi semprit Kak Ita ni memang sedap...Hb duk asyik mengulang- ulang makan. Dekat setengah balang dah habis. Camno tuuu... Nampaknya nanti kena juga buat lagi..Huhuuu
Sue share resepi Kak Ita ni kat sini sebagai rujukan sue sendiri di masa akan datang. Hasilnya kejadiannya tak seberapa, tapi rasanya memang sedap. (^_^)
Bahan- bahannya:
250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose ( sue guna tepung gandum ja)
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose ( sue guna tepung gandum ja)
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka
Cara- caranya:
Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan
Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka
Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter
Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
* jika nak buat yang pelangi, masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan, jika guna acuan semprit yang tekan guna jari
1 comment:
salam sue,cantik dah kuih semperitnya tu,K.atie blm lg buat apapon,mungkin ari isnin ni br buat kukis
Post a Comment