Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Legaaaa.....Rindunyaaaa

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..legaaa, Lama betul tak online...gatai ja tangan..Tak dapat nak blogwalking, chatting..tak dapat nak skodeng tengok food yang sedap-sedap...tak dapat cuci-cuci mata..tak dapat shoping juga..hahahahhahaaa..

Lama tak online sebab Modem broadband problem. Harii ni baru berkesempatan nak tukar modem baru...
Rugi ja...bil dah bayo tuk dua bulan..tapi dekat setengah bulan tak online..Rugi..rugi....


Hari-hari sue bila balik rumah..Bukak tb..duk ngadap channel masakan ja..AFC & TLC la duk dihadap... Tak pernah jemu..Heeee....hilang juga la gian nak tengok food kawan-kawan blogger..(^_^)

Ok!..First..untuk malam ni..sue nak blogwalking dulu puas-puas....banyak benda dah terlepas nih...Sasaran utama..rumah geng-geng masak dulu....Nak raya ni..tentu banyak menu-menu yang best kuar..Harus diselongkar tu...Tungguuuuuu..sue datangggg...(^___^)







Wanita belajarlah berfikiran seperti lelaki.

ASSALAMUALAIKUM.
Pelik ja kan..tetiba ja sue suruh semua kaum wanita berfikiran seperti lelaki. Untuk sesetengah perkara..rasanya kita kena belajar berfikir seperti lelaki. Ada yang marah ka?..

Meh nak bagi contoh...Cerita yang tak sepatutnya jadi gosip ..boleh lak dipanjang-panjangkan hingga menjadi gosip yang agak panas....(^_^). Contoh.:

Gadis A: Saya tiba di pejabat pagi tadi dan belum pun saya sempat duduk di tempat saya, saya lihat Sarah 
               sedang membancuh minuman. Kamu tahu, perempuan itu memakai baju yang sama yang saya beli 
               tempoh hari.
Gadis B : betulkah? Baju yang mana satu?
Gadis A : Baju yang berwarna biru, yang bercorak bunga warna oren, yang saya beli di Sogo semasa sale.
Gadis B : maksud kamu baju yang kamu jumpa tersorok di belakang rak, yang berharga RM 29.90 itu? Hari 
               yang sama saya beli kasut saya di kedai seberang jalan itu?..
Gadis A : Betul! Saya pakai baju tu ke pejabat kelmarin. Bukan main dia puji baju tu. Saya tidak sangka dia 
               pula berkejar mendapatkan baju tu...Kemudian dia pakai pula ke pejabat. kamu agak, apa 
               perasaan saya?.
Gadis B : Biadap sungguh. Apa betul yang kamu ceritan ini? Dia memang dasyat, teruk betul...

Setuju tak kalau sue kata.....betul kan..mesti lebih kurang dialog macam tu akan jadi..meleret-leret..padahal isunya kecik ja...

Meh tengok pula macam mana kalau benda sama diceritakan pada lelaki.

Gadis A: Saya tiba di pejabat pagi tadi dan belum pun saya sempat duduk di tempat saya, saya lihat Sarah 
               sedang membancuh minuman. Kamu tahu, perempuan itu memakai baju yang sama yang saya beli 
               tempoh hari.
Lelaki B : Betul?..jangan pakai baju tu lagi.


Tengok..masalah tu dapat diselesaikan dalam tempoh 10 saat ja..Tak meleret-leret. Kurang dosa..Heeee...

Jangan ada yang marah pula kalau sue letak kan topik ni hari ni..Tapi ada juga betulnya apa yang cuba disampaikan oleh penulis tu. Penulis  cuba mendedahkan bagaimana sebenarnya lelaki berfikir. Sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang mendengar keluhan ribuan wanita mengenai lelaki.


Ni antara buku yang sedang sue baca sekarang sebenarnya. " ACT LIKE A LADY..THINK LIKE A MAN".. Buku edisi terjemahan yang telah diterjemahkan ke BM oleh PTS ...Penulisnya  Steve Harvey ,seorang pelawak berkulit hitam...
Emmm..sesekali baca buku macam ni ok juga......Apa ya sebenarnya yang lelaki fikirkan?..Haaa..meh kita tambah ilmu ya..Heeeee....Dah!..mau sambung baca lagiiii...(^_^)

4 isteri, jagalah yang pertama

Assalamualaikum..
Just nak share ni..Mood update belum mari lagi..Ngeeeee...
Renung-renungkan lah ya....


4 isteri, jagalah yang pertama

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Baklava....Edisi dah basi...

ASSALAMUALAIKUM.
Pehh!..lama betul tak update. Selain daripada maleh...masalah broadband pun satu hal la kenapa lama tak buat n3...Tadi masa duk tengok-tengok posting..bleh plak tertengok n3 ni yang sue dah tulis sikit tapi still tak post lagi sebab tak upload gambo dalam pc lagi....

( Cita basi )
Meh nak cita pasal bakhlava ni...Sumpah!..first time tengok benda ni dalam blog Mek jiya aka Cik Kamben kita tu..Mak aiii..terliur tau.." Ko memang kejam jiya...Duk tayang gambo bakhlava yang mengancam tu. 
Siyes...sue memang teringin sangat nak rasa..ingat nak mintak kat mek tu ja..:P....   tapi pendam ja la...


Ya Allah..sue sangat-sangat bersyukur..esoknya tu, ada budak opis ni bawa baklava ni..Siap setapurware besar lagi...Sue pun..macam nak menjerit rasanya..Banyak ko..sue makan..hahahahahahaa..SEDAPPPPPP.....Betui la cakap ko Jiya..BAKLAVA ni SEDAP rupanya...Kikikiiii....


Ok..ni Baklava yang sue makan ya...hahahhahahaa.Dah!..korang pandang ja ya...Jangan duk kemaruk teringin macam sue dah la ya...Jenuh nanti nak mencariknya..kikikiiii





Tengok la tuuuu..sukaaaa tau...dalam dia ada kekacang..luar dia manis skit..tp ok la..Lelehhhhh ja....


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...