Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Wednesday, 31 March, 2010

Kak MIdah & Penjual Ayam ( 18SX nih..)

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin.



Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.



Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis. Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.



Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,




Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?.


Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat

Tanjung Malim)



Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.



Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).



Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke

ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.



Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.



Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil

tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)



Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.



Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.



Sudin : Tak!!! (Bengang)



Kak Midah : Famili ada kat sini ke?.



Sudin : Tak dak!!



Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa? .



Sudin : Raya sorang-sorang.



Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.



Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.



Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?



Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)


Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .



Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke


arah Kak Midah sambil berkata..... .) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek


punggong saya dan teka saya berasal dari mana? .



Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)



Lihat Gambar: Sudin dengan ayam-ayamnya. ..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
scroll ke bawah lagiii
v
v
v
v
v
v
v
scroll lagi laa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Wakakakakakakaaa...lucah kan.....Ampunnnnnn.......kalau terlampau ya.....Heeeeeeeeeeeeee





Sunday, 28 March, 2010

Morning

Morning!....


Fuh!..segar dan nyaman pagi ni, walaupun malam tadi tak der la hujan pun....Pagi ni sarapan... sue buat sandwish sardin ja..(fuhh..teringat sandwish subway yg sedap tu...). Untuk sue..sue just amik segelas rxlite ja...nak tengok plak, sampai pukul berapa perut ni boleh bertahan hanya dengan ambil segelas rxlite tu...






( Ummm..nyummmm..nyummm..sedapnya subway sandwish ni kan...Fuh, tapi harganya...bleh tahan. Nak makan sekali sekala bolehlah..nak makan hari2..bankrup jadinya..wahahahhaaa..) gambo ehsan cik Google...





Ok!..selamat bersarapan.



Saturday, 27 March, 2010

EARTH HOUR

Tutup lampu sat malam ni dari jam 8.30 hingga 9.30...Sempena kempen EARTH HOUR...
Hokey la tu..syok juga duduk bergelap ni ( tapi tb bleh bukak kot...cita syok la malam ni...ngeh!..ngeh1..ngeh! )
...nak tengok juga adakah jiran2 ku juga melakukannya...heeee

N3 pagi nih!...

Salam ...

Pagi ni sue sarapan just amik rxlite segelas jer...So far sampai sekarang ni kul 12.50, perut masih rasa kenyang lagi...








Kalau ikutkan sue..memang malas nak masak dah..Tapi tu lah...kena juga masak sebab ada lagi perut2 yang perlu diisi dalam rumah ni..heeee..hee...


Godek punya godek peti sejuk...ada sotong, udang, sikit ikan kisi dan kaki ayam jer..So, menu tengahari ni adalah sup kaki ayam, sambal sotong dan ikan goreng...Haaa..ko..hambek....maleh2 pun..3 jenis lauk gak tu....so piki sendirik la..sue ni jenih yg maleh tahap apa..wakakakakka




Ok!..layan gambo sambal sotong ja lah ya....kamera tak elok..so, tak dak mood nak amik gambo lebih2..nak amik gambo nih pun..dekat 20 keping snap...ni jer lah yg terbaik daripada 20 tu....Ntah apa la kena dengan kamera tu....Tukar baru kang..baru padan muka( padan muka sapa?..padan muka aku la kan..sbb habis duit..wahahahaha)


Friday, 26 March, 2010

The Boy & The Apple Tree !!! Must Read !!!!



















EVERYBODY HAS AN APPLE TREE IN HIS LIFE. AND IT'S YOUR PARENTS.!!!!


Sharing is caring....





























Waaa..tensionnya...

Waaaaa...di saat ini..Jam dah menunjukkan ke angka 7.30...Waaaaaa...masih di opis lagi...
Macam mana nih...Solat ni kena doa lebih la nampaknya..Hope Allah tunjukkan jalan...


Sue : Salam, abg kat mana?..Kul bapa kita nak balik nih..

Abg : Wkslm..Abg still kat opis lagi...Yang!..kunci hilang la..Abg tengah carik la ni..

Sue : Hah!..cam ner bleh hilang lak...Abg ingat la mana abg pg tadi..

Abg : Ntah la..abg nak pg carik la ni....Tak der..balik naik teksi la kita...

Sue : Abg try la carik lg...

Hadoii la...cam tu ler serba sedikit dialognya pada jam 6.15 petang tadi..Waaaa.....nak balik macam mana nih....Bikin tension ja jadinya....



UPDATE 07:50 PM..

Tadi masa nak pg solat maghrib, dapat msg dari hubby...Kunci dah jumpa...Waaa..girang jer...
Tapi sampai sekarang ni..sue masih lagi di opis...waaa....hubby kena on call la plak....baru dapat arahan dari bos...Ntah pukul bapa la balik agaknya....Kalau dulu..balik lambat nih..no hal bg sue..Tapi sekarang ni..macam dah tak larat nak stay lama2 kat opis....



Wednesday, 24 March, 2010

8 Foods that Fight Stress

By Sara Reistad-Long

Chow down on eats that tame hunger and reduce anxiety


Eat It to Beat It

We all know that tension can wreak havoc on our eating patterns. But the right (healthy!) foods can often help tame mindless munching and cravings and, better yet, actually lower overall anxiety and its symptoms. Eight of our favorites:

Dark Chocolate


High in flavonoids, which are lauded for their relaxing properties (chamomile tea is another great source), chocolate also contains phenethylamine, a chemical that enhances your mood. The darker the chocolate, the more healthy substances you're getting in your diet, so look for bars that are 70 percent cacao or higher.


Skim Milk


Turns out that a glass of warm milk really is calming. One study found that women who drank four or more servings of lowfat or skim milk every day were about half as likely to experience stress-related PMS symptoms than those who drank less than one serving a week.

Oatmeal


Carbs help you produce serotonin, a calming hormone that helps fight anxiety's negative effects-which is probably why many of us crave them when we're stressed. Go with the craving and choose healthy sources. Oatmeal is high in fiber, which means that your body will absorb it slowly. In one fell swoop, you'll prolong the serotonin boost, keeping yourself feeling full for longer (and on less) and making sure your blood sugar's in check.


Salmon


Research shows that omega-3 fatty acids-abundant in fish like salmon-can help reverse stress symptoms by boosting serotonin levels, and that an omega-3-rich diet can also help suppress the production of the anxiety hormones cortisol and adrenaline.


Walnuts


They've been shown to help lower blood pressure, which is critical for those whose hearts are already working overtime thanks to high adrenaline levels. In fact, research so strongly backs their health benefits that the U.S. Food and Drug Administration goes so far as to recommend 1 1/2 oz per day.

Sunflower Seeds


A good source of folate, which helps your body produce a pleasure-inducing brain chemical called dopamine.


Spinach


Studies show that magnesium, which you'll find in leafy greens like spinach, improves your body's response to stress.


Blueberries


Their antioxidants counteract the effects of stress hormones like cortisol on your body.



Sumber : womansday.com

Friday, 19 March, 2010

Tahajjud

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyakcinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju duniadakap
ku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
Sangat syahdu bila dihayati bait-bait senikatanya.....

Teringin...

Hadoii la..tetiba teringin nak makan pancake durian jiya la...Wakakakak...Jiyaaa..kim sepiring untuk akak...

Wednesday, 17 March, 2010

Yuuu..Huuuuu.....

Salam freennn..Rindu nak berblogging sebenarnya..Tapi bila bukak jer blog...angin M, cepat sgt bertiup...Seyes sampai tahap nak jenguk umah u all pun M juga..Tapi kalau topik yg appear tu sgt menarik hati, sue jejak jg..tp nak tgglkan jejak tu..tak ler..sebab tgh M kan......


Key lah..memandangkan angin M telah bertiup ke sini..maka dengan ini sue menamatkan N3 ini setakat ini saja...Heeee....

Ok..Daaa...

Part mana yg akan kurus dulu bila berdiet

Bila sue diet..memang bagus..sebab, pasti dapat hasil yg membanggakan..Tak kira la diet untuk 2, 3 hari atau berbualan2....
Nak tahu tak..apakah part2 yg paling cepat susut andai sue berdiet....
.
.
.
.
.
.
.
Jawabnya..adalah tangan ( dari lengan ker siku ja ya)...Hadoiii la..seyes..mmg tak tipu punya...Itulah part2 yg akan kurus dulu...macam mana ianya diukur?...Ya...bila jam tangan atau gelang sue mula melurut bleh naik sampai peparuh lengan....dan cicin dijari ku nih bleh pusing keliling jari hinggakan kadang2 tersgt la sakit bila batu cincin tegores ke muka....
Sangat tidak lojik kan..yg penatnyer satu badan kalu buat senaman..tapi lengan lak yg turun cepat..Ntah mana teori la yg dpakai ni kan..

Tuesday, 9 March, 2010

Pisang & Hati

Bagus cerita ni...Just nak share dengan kawan2 semua.. Macam biasa..cerita ni perolehi daripada email inbox sue..Heee...layan yaaa

.
.
.
..
.
.
.
Tengok gambo dulu ya..baru baca cerita...




Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.
Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!
Macam mana kawan2...bagus kan cerita nih..So..sama2 ambik ikhtibarnya ya...


Monday, 8 March, 2010

Tambah serat kurang berat

Sharing is caring kan...So pada sesiapa yg tak baca metro lg..baca nih ya...


ADA pelbagai cara digunakan untuk menurunkan berat badan. Antara cara yang mudah dilakukan adalah menambah serat dalam sajian makanan.

Pelbagai kajian mendapati makanan berserat tinggi bukan saja membantu mengurangkan risiko barah, serangan sakit jantung dan tekanan darah tinggi, malah ia membuatkan kita kenyang dan membantu untuk mengurangkan kalori yang diambil setiap hari.

Cuma, ramai yang berfikir kita perlu menjamah bijirin yang rasanya mungkin tidak sesedap mana bagi mengikut saranan pengambilan 30 gram serat setiap hari. Selain oat dan bijirin penuh yang kaya dengan kandungan serat, serat juga boleh dijamah dalam pelbagai jenis makanan.


Ada beberapa cara mudah untuk menambah serat dalam makanan. Antara cara berkenaan termasuk:


- Hiris halus bawang dan bawang putih. Satu pertiga cawan campuran bawang berkenaan boleh ditambah ketika menyediakan telur hancur. Menerusi jumlah terbabit, ia akan menambah kira-kira satu gram serat.

- Kisar sebiji oren untuk dinikmati di waktu pagi untuk menambah pengambilan serat. - Gunakan mentega sapuan berserat misalnya badam untuk disapu pada roti. Dua sudu besar mentega kekacang itu menambah dua gram serat.


- Selepas menikmati kopi, jika ingin terus menikmati minuman panas, gantikan dengan coklat panas. Kebanyakan campuran koko segera mempunyai sebanyak tiga gram serat secawan.


- Bagi yang menggemari jagung, bertih jagung juga mempunyai serat. Oleh itu, jika teringin mengunyah, pilihan bertih jagung lebih baik daripada kerepek kentang. Pilihan lain yang banyak serat adalah jagung manis.


- Ketika memasak sup kegemaran, campurkan setengah cawan kacang kuda. Bahan ini menyerap rasa sup dan menyediakan kira-kira enam gram serat.


- Sayuran disarankan iaitu campuran brokoli, kubis bunga dan lobak merah, menyediakan tiga hingga lima gram serat setiap sajian. Jumlah itu adalah kira-kira dua kali ganda lebih banyak berbanding kandungan serat sayuran terbabit yang dimakan mentah.


- Untuk penggemar coklat, pilihan menarik adalah coklat yang disediakan dengan tambahan ramuan kekacang.


- Apabila menikmati ais krim, tambahkan ia dengan beberapa jenis buah-buahan segar seperti rasberi, strawberi, beri biru atau pisang yang banyak kandungan serat.


- Pes tomato juga banyak serat dan ia boleh dipelbagai dalam pelbagai jenis masakan.


Sumber : Metro

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "