Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Sunday, 27 July, 2008

Tercabar aku

Bila tengok nasi lemak kopi O pagi..mek kelate yg mengacara ari ni. Hai mek..mek..teruja sungguh bila tengok minah ni....Makin selim melim body dia....Ya la sapa tak kenal mek ni..Dulu body dia beso....tapi skang ni slim sungguh....Aku dah try dah nak ikut cara Mek ni berdiet...tapi tu lah....tak sabo...kadang-kadang kantoi gak....Tu lah..orang kata kalau nak diet ni..kita kena la disiplin...dan paling penting kena tahan godaan dan nafsu....hee..hee..nafsu makan ler....Bila la aku nak dapat balik body macam dulu.....

Tak per..aku berazam...sebelum raya ni aku kena kuruskan badan...hee..hee...ya la tu sue..Saper tak nak bergaya beb..ngan baju raya lagi...hee..hee...Ok chayok!...chayok!...

Nasi lemak kopi O

Semalam pagi...sambil-sambil mengemas....sambil-sambil tengok tv9, segmen nasi lemak kopi O....Tu rancangan favorite aku tu.....Semalam aku lupa isu per...tapi satu jer yang buat aku betul- betul ingat...ungkapan yang Dr. Fadzli bagi..
" Seorang lelaki sering mengharapkan cinta pertama daripada seorang wanita...dan seorang wanita pula sering mengharapkan cinta terakhir daripada seorang lelaki."

Begitu dalam maksudnya tu......dan biasanya begitulah apa yang diharapkan oleh kita...

Tuesday, 22 July, 2008

Berfikir tentang akhirat.....

"Sesiapa yang menginginkan kesempurnaan ilmu mestilah mendekatkan diri kepada al-Quran dan hadis".
Isk!..Isk!..Isk!....kita ni kadang-kadang terlalu sibuk dengan hal-hal dunia hinggakan kita lupa tentang hal-hal akhirat. Dalam hidup seharian kita ni.....kita sentiasa berfikir mengenai pekerjaan kita. Kita berfikir mengenai cara meningkatkan prestasi kerja. Berfikir mengenai cara untuk mengatasi masalah yang di hadapi. Selepas itu, kita berfikir pula mengenai cara untuk mencapai atau mengekalkan prestasi yang baik. Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti daripada berfikir.Kita akan berfikir dengan lebih serius apabila berhadapan dengan masalah, misalnya ketika ditimpa sesuatu musibah, ketika kesempitan wang, ketika sakit atau ketika kita hadapi kegagalan.Kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih berat masalah yang kita hadapi, lebih besar juga usaha berfikir yang dilakukan. Namun..dalam pada kita sibuk berfikir tantang hal-hal dunia...pernah kah kita terfikir akan hal-hal akhirat dan kematian...
Kenapa kita tak berfikir untuk menambah bekal untuk dibawa ke akhirat kelak.....
Pernahkah ada dalam fikiran kita mengenai hubungan kita dengan Pencipta? Bagaimana prestasi iman kita? Bagaimana jalan hidup yang sudah dan sedang serta yang akan kita lalui, adakah mengikut kehendak kita atau kehendak Pencipta?...Masyaallah...lalainya kita selama ini....
Jadi..kawan-kawan..marilah kita sama-sama memperbaiki amalan dan sentiasa insaf dan berfikir tentang hidup kita disana kelak....

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : “Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat” (Riwayat At-Tirmidzi)

Saturday, 19 July, 2008

Kematian

Malam khamis tadi 18 JUlai 2008, kami dapat berita yang ayah suami aku dah meninggal dunia...Terkejut juga..tapi suami aku memang dah jangka yang ayah dia akan pergi juga dalam waktu terdekat ni. Arwah memang dah lama tak sihat, tapi bulan ni saja kesihatannya makin teruk sampai badan kurus tinggal tulang jer lagi. Makan dan minum pun dah tak boleh..Tapi aku dimaklumkan malam sebelum arwah meninggal...dia sihat dah boleh makan...Tapi tak sanggka...sekejap saja..dalam pukul 10 lebih arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Kami bertolak dari KL pukul 12 malam.. sebab nak settlekan pape yang patut sebelum balik...target sampai sana dalam pukul 5 atau 6 ...tapi ntah kenapa malam tu....kami rasa mengantuk lain macam sangat....banyak kali juga berenti tidur....Sampai kampung...dah dekat 8.30 pagi...Rupa-rupanya bukan kami saja yang mengalami situasi yang mengantuk sesangat..adik beradik yang lain pun sama juga rupanya....Sampai ada yang terpaksa tidur sampai siang dekat hentian rehat......
Arwah dikebumikan petang pukul 3....aku dapat la menyaksikan mayat arwah...Wajahnya cukup berseri....senang nak diuruskan....Cuaca pun...sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan cukup baik.....Walaupun sebelum tu....hujan dari subuh...tak berhenti....dekat-dekat..mayat nak disembahyangkan hujan mula berhenti...Alhamdulillah lah.....And lepas sahaja selesai pengkebumian....kami bertolak nak balik..hujan mula turun balik..renyai..renyai....
Alhamdullilah....mungkin sebab amalannya kot...Arwah memang terkenal dengan keimanannya.......Memang rasa sedih dan insaf sangat dengan apa yang terjadi....

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....


Sunday, 13 July, 2008

Dalam hidup ni susah kita nak jangkakan bila berlaku sesuatu perkara tu kan. Macam aku la...bulan ni, aku tak jangka pun yang aku akan menghadapi satu situasi yang begitu mengharu birukan.....Tapi tu lah..dah lumrah kita sebagai manusia, memang dah ditentukan nasib kita masing-masing. Terpulang pada individu itu bagaiman cara untuk menerimanya.
Sekarang ni..jarang aku dapat update blog ni.....kesibukan menyebabkan aku tak sempat nak duduk betul- betul untuk menulis. Sebenarnya banyak yang aku nak coretkan dan kongsikan...tapi benda yang dah lepas...malas la aku nak coretkan.....

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "