Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Berfikir tentang akhirat.....

"Sesiapa yang menginginkan kesempurnaan ilmu mestilah mendekatkan diri kepada al-Quran dan hadis".
Isk!..Isk!..Isk!....kita ni kadang-kadang terlalu sibuk dengan hal-hal dunia hinggakan kita lupa tentang hal-hal akhirat. Dalam hidup seharian kita ni.....kita sentiasa berfikir mengenai pekerjaan kita. Kita berfikir mengenai cara meningkatkan prestasi kerja. Berfikir mengenai cara untuk mengatasi masalah yang di hadapi. Selepas itu, kita berfikir pula mengenai cara untuk mencapai atau mengekalkan prestasi yang baik. Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti daripada berfikir.Kita akan berfikir dengan lebih serius apabila berhadapan dengan masalah, misalnya ketika ditimpa sesuatu musibah, ketika kesempitan wang, ketika sakit atau ketika kita hadapi kegagalan.Kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih berat masalah yang kita hadapi, lebih besar juga usaha berfikir yang dilakukan. Namun..dalam pada kita sibuk berfikir tantang hal-hal dunia...pernah kah kita terfikir akan hal-hal akhirat dan kematian...
Kenapa kita tak berfikir untuk menambah bekal untuk dibawa ke akhirat kelak.....
Pernahkah ada dalam fikiran kita mengenai hubungan kita dengan Pencipta? Bagaimana prestasi iman kita? Bagaimana jalan hidup yang sudah dan sedang serta yang akan kita lalui, adakah mengikut kehendak kita atau kehendak Pencipta?...Masyaallah...lalainya kita selama ini....
Jadi..kawan-kawan..marilah kita sama-sama memperbaiki amalan dan sentiasa insaf dan berfikir tentang hidup kita disana kelak....

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : “Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat” (Riwayat At-Tirmidzi)

No comments:

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...