Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Adamaya


Adoii la..macam best jer cerita ni...2 hari lepas..balik awal skit, sempat tengok cerita ni..Nampaknya, lepas ni kena tengok kat catch up tv kat web tv3 ja lah..Ya lah, sue ni bukannya selalu balik awal..kira kalau sampai rumah sebelum kul 6 tu..memang alhamdulillah lah, sangat2 bersyukur...




Ayak!..awat tak publish pun....

Ayak!..apa kes ni.....nak moderate massage..tetiba lak..ilang...Ala..sowie ler pada mereka yg ada tinggal komen tu ya...Bukan sengaja tak nak publish..tp dia sendiri yg menghilang...Nanti sue try tgk cara lain na....


Tips dari Dr Fadzillah Kamsah

APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibudah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak -anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apacaranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kitaderhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibuatau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah kemasjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatanbuat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cubakita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kitabuat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanyabaik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugimenjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjanguntuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
TIPS
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang
baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama
panggilanyang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari
akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang(Pandangan ini akan membuatkan
anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan(Berilah pujian, pelukkan, ciuman,
hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan
baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkanmereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat
silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang
penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan
kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran
untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan
menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar
menghargai. (Anak2 ygdtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka
mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila
anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka
dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia
mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda.Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa
kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound
effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula
yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk
mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

KAIN KAPAN HJ TEEPOO


Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang,kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnyadalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.



Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam(orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan olehdoktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.





Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk,koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat,ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."





Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"





Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah,mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.



"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.





"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi.Jadi selamatlah abang...."



"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.





P/S: Wakakakakaaa.....Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu.....Macam ni punya orang pun ada juga ka.. Ambik lah iktibar ya kawan2....







teh "O"



Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. ( memang terbukti keberkesanannya)






Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasullullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).



3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.


4. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis bahan pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

SO..UNTUK ITU..SUE STILL LAGI MENGAMBIL TEAMIX SEBAGAI MINUMAN WAJIB SUE....



Iman semut & manusia


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila NabiAllah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantasNabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup diatas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:


" Wahai semut apaka engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezekidi tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yangtandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman punbertanya: "



Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".



Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji,dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.



Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".



Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu,sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan.Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!



IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.



Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orangIslam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu ditangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tanganTuhan".



Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.



Kata Saidina Ali kepada Kamil:


" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".



Sharing is caring..seperti biasa thank's pada sahabat yang email cerita ni pada sue...Sangat lama email ni tersimpan di inbox sue..sejak 2004 lagi..Now, sue share di sini untuk renungan bersama..


Kegilaan FB

Wahahahaa..ini mungkin situasi yang sedang berlaku sekarang....Kalau tak si suami..mungkin juga berlaku pada si isteri....

Kalau tak bermain game yang ada dalam FB tu pun...kegilaan mengadap Fb ni berjam2 pun mungkin juga...Betui tak?....

Apa yang sue nampak, bagusnya FB ni ialah...kita boleh mencari kawan2 lama..Yang jauh pun terasa dekat ( ini bagi oarang yang mempunyai ahli keluarga atau kawan yg berada jauh di oversea.)

Tapi sebenarnya, terpulang bagaiman seseorang individu itu menggunakan ruang FB ini macam mana... Benda baik yang dipaparkan..baiklah jadinya...kalau buruk..maka tak bermanafaatlah jadinya...


Demam denggi

Meh kita sama2 tambah pengetahuan mengenai DEMAM DENGGI ni...



Demam Denggi


Demam Denggi ialah penyakit akut(teruk) yang disebabkan oleh virus dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina (vektor). Nyamuk Aedes terdiri dari Aedes aegypti dan Aedes albopictus.


Denggi terbahagi kepada 2 jenis i) Demam Denggi biasa (DD) ii) Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi (DDB/SRD)


Virus Denggi dari famili Flaviviridae.Terdiri dari 4 serotype iaitu Den1,Den2,Den3 dan Den4 Kesemua serotype ini boleh menyebabkan DD dan DDB di Malaysia.


Virus denggi berkembang biak dalam badan nyamuk dan nyamuk yang mengandungi virus mampu menjadi sumber jangkitan disepanjang hayatnya.


Virus ini juga boleh dipindahkan kepada telurnya.Proses ini disebut transmisi transovari. Seekor nyamuk dewasa hasil dari telur ini akan mengandungi virus di dalam badannya walau pun ia tidak pernah menggigit pesakit denggi sebelum ini.



Pada masa ini tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. Oleh itu pencegahan amat penting.


TANDA-TANDA


- Demam panas yang teruk secara mengejut dan berterusan.

- Petekia (bintik-bintik merah pada kulit)

- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan kepala

- Pesakit memerlukan pengawasan kerana ada kalanya mereka turut mengalami pendarahan

di hidung dan gusi serta kencing berdarah. Pesakit DD perlu diawasi agar tidak berubah

menjadi DDB/SRD.


DEMAM DENGGI BERDARAH


Empat tanda utama ialah pendarahan,demam panas,pembesaran hati dan kegagalan sistem perdedaran darah.



Gejala yang mungkin terjadi ialah muntah-muntah,sakit kepala dan sakit perut.


Tanda-tanda pendarahan ialah kelebaman di kulit,hidung berdarah,gusi berdarah,petekia dan pemeriksaan darah menunjukkan berlaku trombo- sitipenia,leukopenia dan peningkatan aras hematokrit.


Jika setelah beberapa hari demam,pesakit kelihatan semakin parah dan menunjukkan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit yang lembab dan dingin,bibir yang lebam kebiruan,denyutan nadi yang cepat tetapi lemah dan hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan denggi (SRD)


Sumber : Pamplet frm KKM




bersambung..nanti sue cita tentang nyamuk denggi lak ya....


TAKZIAH


Takziah kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenar beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri ..Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...



Tentu peminat yg selalu mendengar celoteh arwah bersama aznil di era akan rasa kehilangannya kan...





Kak MIdah & Penjual Ayam ( 18SX nih..)

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin.



Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.



Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis. Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.



Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,




Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?.


Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat

Tanjung Malim)



Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.



Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).



Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke

ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.



Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.



Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil

tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)



Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.



Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.



Sudin : Tak!!! (Bengang)



Kak Midah : Famili ada kat sini ke?.



Sudin : Tak dak!!



Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa? .



Sudin : Raya sorang-sorang.



Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.



Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.



Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?



Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)


Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .



Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke


arah Kak Midah sambil berkata..... .) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek


punggong saya dan teka saya berasal dari mana? .



Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)



Lihat Gambar: Sudin dengan ayam-ayamnya. ..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
scroll ke bawah lagiii
v
v
v
v
v
v
v
scroll lagi laa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Wakakakakakakaaa...lucah kan.....Ampunnnnnn.......kalau terlampau ya.....Heeeeeeeeeeeeee





Morning

Morning!....


Fuh!..segar dan nyaman pagi ni, walaupun malam tadi tak der la hujan pun....Pagi ni sarapan... sue buat sandwish sardin ja..(fuhh..teringat sandwish subway yg sedap tu...). Untuk sue..sue just amik segelas rxlite ja...nak tengok plak, sampai pukul berapa perut ni boleh bertahan hanya dengan ambil segelas rxlite tu...






( Ummm..nyummmm..nyummm..sedapnya subway sandwish ni kan...Fuh, tapi harganya...bleh tahan. Nak makan sekali sekala bolehlah..nak makan hari2..bankrup jadinya..wahahahhaaa..) gambo ehsan cik Google...





Ok!..selamat bersarapan.



UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...