Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Creamy butter chickens



Buat kali pertama mencuba buat menu ni. Selama ni tengok saja. Tak pernah nak rasa or nak buat. Tapi ada satu hari tu, hakak terambil seketul dan rasa...Emmm sedap juga rupanya.

So, bila ada roh kerajinan datang baru lah sempat nak cuba resepi ni. Seperti biasa, resepinya main agak- agak saja. Tiada sukatan yang sebenar kalau hakak masak. Hehehe

Menu ni juga dah basi ya..sesi baling belakang juga lah ni. Tapi hakak nak juga update kat sini untuk rujukan hakak juga nanti (rujukan yang kau ni rajin juga masak rupanya :P )


Creamy butter chickens Yummeh
Bahan- bahannya
1 Mangkuk isi ayam (potong kecil + Akak ambik part kepak tu juga)
Tepung bestari (secukupnya)
2 sdb butter
*4 biji bawang putih -cincang
*1/2 biji bawang besar - cincang
*10 biji cili api - cincang
Susu kremer/Susu segar (secukupnya )
2 Tangkai daun kari
1 sdk megi cukup rasa
1 sdk lada putih 
Garam secukup rasa




Cara- caranya:

Gorengkan ayam dengan tepung Bestari. (Cara akak just ayam tu golek- golekkan saja dalam tepung) dan ketepikan.
Tumiskan bahan bertanda * hingga naik bau.
Kemudian masukkan daun kari, megi cukup rasa, lada putih dan susu.
Perasakan dengan garam jika perlu. Masak hingga kuah nampak creamy
Akhir sekali masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. (Kalau nak curahkan pun boleh..Tapi hakak nak rasa ayam tu sebati dengan kuah sebab tu lebur jer sekali dalam kuah tu)


Menu macam ni, anak- anak ler paling laju makan. Buat sikit memang tak cukup ya. Nasib lah senang nak buatnya, so kalau buat berulang pun hakak tak kisah ya (^_^)




Peanut Butter Oat Pancake






Nah...satu lagi menu ala-ala diet untuk dikongsi bersama. Simple tapi sedap. Kalau search kat pinterst tu bersepah menu- menu sihat macam ni. Cuma antara rajin atau tidak saja nak membuatnya (^_^).

Seperti biasa, ni menu dah basi. Tapi saja nak up kat sini juga untuk simpanan :P


PEANUT BUTTER OAT PANCAKE
source - Pinterst

1 1/4 medium ripe banana
1 large egg
3 tbsp nature peanut butter
1 tbsp real maple syrup
2 cup rolled oat
1 1/2 tsp baking powder
1 tsp chia seed - I tambah
Pinch of salt








BIJAN

Bijan
Tiba-tiba bijan jadi tranding pula.. Apa niii...sana sini keluar cerita BIJAN.
Sana sini orang google. Termasuklah hakak (^__^).
Hakak cuma tau biji bijan yang kecil- kecil tu saja..
yang putih 
Pic From Google

dan yang hitam ni saja.


Pic From Google

Yang orang duk salut dekat kuih bom tu...Haaa tu ja yang akak tau. (Tetiba teringat pula kesedapan kuih ni oii)

Pic From Google

 Tapii..ternyata hat BIJAN ni mahal uoll..Telan air liur baca (^__^)

Nah! U all tengor lerr ni 

Pic From Google

Dan ternyata bijan tu juga sejenis brand bag ya..Hahaha..Hakak Jakun. Sumpah tak tau. Okeh..sendiri google lah ya. Banyak cerita pasal BIJAN (^_^).

Pic from Google

Dann..tiba-tiba dekat Instagram lalu lalang pula iklan aiskrim ni oii. Hehehe..
GOMAYA KUKI. Sesame Ice Cream store dekat Hajaruku, Tokyo

Nampak sedap nau kan (^__^)









Ps: - N3 hakak ni tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup atau yang dah tiada ya. Ok bye :P


Ayam Bakar sedap dan Mudah


Assalamualaikum..

Muncul lagi ha tuan blog (^_^)
Macam biasa, update menu simple yang tertunggak yang tah bila buatnya.
Buat ni  masa mood diet melambung tinggi dan mood rajin meroket. Bila hari- hari menu diet kau TELUR saja..makanya up ler sikit ke  bahagian ayam pula kan. 
Bila mood malas mai balik tapi kau masih dalam mood diet..makanya Telur jer lah pilihan utama kau pula nanti. Pendek kata, memang  akan pusing- pusing ke menu tu saja lah. 



Okeh! Nah share bahan- bahan perapan ayam bakar yummeh di tekak hakak ni (^_^)



AYAM BAKAR SEDAP
Bahan- Bahan :

4 ketul kepak/ 2 peha 
1 sd black papper sos life
1 sd mayonis
1 sd madu
1 sd kicap manis
3 u;as bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 sd minyak zaitun
garam secukup rasa

Cara- Caranya:
Gaul semua bahan pada ayam. Perapkan sekejap dalam 15 minit (Lagi lama mesti lagi sedap).
Kemudian bakar dalam air frayer pada suhu 180C selama 20 minit kemudian akak tambah lagi masa hingga ayam betul- betul masak dan berkilat.





Sebenarnya, kalau gunakan air frayer ni akak tak ler pula tengok timer..Main agak- agak ja masa masa. 
Air frayer pun brand murah- murah jer, beli dekat Lazada. Berbaloi oii ada air frayer ni. Lagi- lagi untuk orang yang tak rajin macam hakak ni :P

So..Sila lah beli juga (^_~)


Amacam! Nampak yummey tak.? Hehehe





PANCAKE PISANG DENGAN SOS EPAL





Assalamualaikum. 
Hi! Hakak bersiaran lagi dengan menu- menu yang dah basi (^_^)
Breakfast separa sihat la kot ni ya..Ni juga salah satu koleksi sarapan kegemaran masa mood diet hakak on. Kira menu paling mudah dan sudah tentu sedap.
Sebenarnya, menu- menu macam ni secara asasnya sama saja bahan yang akak guna..Oat dan telur. Dua bahan yang basic untuk buat pancake or bahasa melayu kita kata lempeng ni. Kira oat tu sebagai pengganti tepung. Boleh juga sebenarnya, gunakan bahan lain seperti almond flour, coconut flour atau flakseed.
Tapi sebab jenis hakak ni semua nak mudah saja..pada akak oat lah paling mudah (^_^).


Oh ya..hakak ada juga update resepi ni dalam Instagram juga. Senang nak cari- cari balik juga nanti.


PANCAKE PISANG DENGAN SOS EPAL
Bahan- bahanya:
1 sdb oat
1 biji telur
1 biji pisang (medium)
1 sdk chia seed
secubit garam

Cara- Caranya:
Lenyekkan pisang dan kemudian masukkan telur, oat, garam dan chea seed. Gaul hingga sebati.
Panaskan non stick pan. Sudukan sesenduk adunan dan balik- balikkan sehingga masak.

Untuk sos.
1/2 biji epal - cincang halus + potong nipis juga beberapa keping)
2 sdb madu

Masak atas api dengan api kecik sehingga semua sebati dan likat.

Hidangkan pancake bersama dengan apple sauce yang masih panas. Emmm..so yummey di tekak hakak ni (^_^)






Rendang Kerang Mudah




Syawal ke sebelas baru nak up menu. Biasalah, tuan rumah update menu dah basi..menu lepas- lepas saja. Maklum lah, sekarang bukan rajin sangat masuk dapur. Kecuali balik kampung saja rajinnya berganda- ganda :P. 

Ni menu syawal ke tiga. Semua rendang dah habis makanya kena masak lagi.
Kebetulan stok kerang ada, jadi kita buat rendang kerang tak pedas gitu. Kenapa tak pedas? Sebab kanak- kanak ribena ramai (^_^).

Resepi dibawah ni anggaran sahaja ya. Sebabnya hakak masak memang main agak- agak sahaja. Adjust mana patut lah kan. Memang tak pernah bersukat pun. Cuma bahannya, itu lah...Sukatannya tu adjust sendiri lah ya.

Rendang Kerang 

Bahan-bahanya:
1 mangkuk besar isi kerang
1 cup cili kisar (ikut kepedasan la ya)
2 sdb rempah kari
2 sdb kerisik
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
1 kotak santan 200ml
Gula kabung/ gula melaka/ nise (secukup rasa)
Garam secukup rasa
1/2 sdb Serbuk Megi cukup rasa
4 helai daun kunyit (racik halus) - Letak banyak lagi sedap.


*Bahan kisar
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih (kira-kira 6-7 ulas)
6 batang serai (hiris halus)
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas (hiris)

Cara- caranya:
Tumiskan bahan kisar, buang lawang dan kayu manis dulu hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar pula. Masak hingga betul- betul cili agak masak, kemudian masukkan rempah kari. Kacau sebentar hingga sebati.

Masukkan santan pekat. Kemudian baru masukkan kerang. Masak hingga agak kering.
Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam, serbuk megi cukup rasa (tak letak pun boleh) dan gula kabung.
Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.



* Lagi banyak daun kunyit lagi sedap tau dan lagi best kalau campurkan dengan cili api. Baru ngam pedasnya (^_~)

* Rendang ni hakak gunakan 1 kotak santan 200ml dan 1 cawan santan pekat segar. Memang kaw- kaw lah lemaknya. Hehehehe







Salam Aidilfitri 1439H




ASSALAMUALAIKUM.

Rasanya belum terlambat nak  buat ucapan kan. 

Dengan rasa rendah hati hakak ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Buat semua yang dikenali juga buat pengunjung yang tersinggah di sini (^__^)
Tuan blog ni masih punya minat lagi nak update blog sendu ni
Cuma kurang kerajinan sahaja yang menjadi masalahnya.

Tapi kalau minat nak bertegur sapa 
boleh juga cari hakak dekat Instagram Dapursuemiezi or ibh_sue
Insyaaallah, kat situ hakak aktif :P
(^___^)





Ikhlas dari hakak Tuan Blog sendu:

Sup Cendawan


Kali ni sue kongsikan resepi simple tapi sedap dari blog Abang Brian. Seperti biasa, menu ni dah lama buat cuma baru nak simpan sini. 

Taip semula di sini supaya senang nak rujuk juga nanti selain daripada di instagram (^_^).

SUP CENDAWAN
Sumber : Abangbrian.com

Bahan- Bahan:
240g cendawan piliham (butang/swiss brown) - dihiris
1/2 bawang besar- dicincang
1 ulas bawang putih - dicincang
2 cawan stok ayam ( pakai kiub ayam saja)
1 cawan krim masak atau susu sejat
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Garam dan lada hitam secukupnya


Cara- caranya:
Tumiskan cendawan bersama bawang merah dan putih sehingga bawang  menjadi lembut.
Tambahkan tepung dan gaul mesra.
Tuangkan stok ayam, gaul sehingga pekat. 
Tuangkan krim dan ubah rasa dengan lada hitam dan garam.
Masak sehingga cukup pekat sambil menggaul dari semasa ke semasa.


Untuk garlic bread tu sue just sapukan garlic spread yang beli dan kemudian bakar. Next time boleh buat garlic spread sendiri kot. Sebab senang saja nak buatnya.


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...