Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (4) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (230) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (12) Menu Mudah (8) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (17) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (16) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Tuesday, 14 February 2017

Spaghetti tuna





Kadang- kadang naik tepu tak tau nak sediakan bekal apa untuk pergi kerja. Bila kau dah mula semangat dengan misi 'sihat ' dan niat berjimat cermat dengan cara membawa  bekal idea pulak tak ada. Dah lah kau memang jenis yang bukan rajin nau berlama- lama di dapur sekarang ni 😜

Makanya sila lah rajin- rajin husya bekal  kawan-kawan yang jenis rajin tu. Idea ni daripada dapo jaja
tapi biasalah, bab menderhaka memang wajib 😜 Nah..letak resepi simple ni versi mokcik pula. Kita namakannyaaaaa

-SPAGHETTI TUNA SEMPOI-

Spaghetti
Bawang putih cincang
Minyak zaitun
Tuna  in olive oil ayam brand
Brokoli
Bunga kubis
Lada putih/ hitam
Sos ikan
Dry oregano

Tumis saja bawang putih dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan tuna..tumis sekejap dan taburkan lada putih/ hitam.
Masukkan sayuran..tumis sekejap dan masukkan spaghetti.. Perasakan dengan sos ikan dan last sekali tabur sikit dry oregano.
Korang boleh lah adjust sikit- sikit ikut sedap rasa. For mokcik ni sedap dah.. dan sukatan boleh adjust sendiri. Biasa lah, masak main agak-agak saja bajet terar di dapur gitu. Hehehehe


Ada la perubahan sikit rupa bekalnya. Kalau tak hari- hari sayur brokoli dengan telur sahaja.
Kalau nak tengok ropa bekal mokcik meh la jadi kawan di IG nun 😁✌️



Monday, 13 February 2017

Homemade Almond Milk




Lama dah teringin nak buat sendiri almond milk ni tapi tu lah alasan yang sama..kederat dan kerajinan tu belum datang. Cuti Thaipusam tadi rajin kan diri juga buat untuk digunakan bagi buat puding chia seed. Di bawah ni  letakkan resepi sebagai rujukan. Tu sukatan yang cheq buat. Nak lagi best, u all boleh ja husya kat Pinterest tu...bersepah resepinya 😉

1/2 cwn badam mentah
1 1/2 cwn air
1 tbs essen vanilla
1 biji kurma
Sedikit garam- tak letak pun tak pa

Rendam dulu almond semalaman atau 6-8 jam. Kemudian cuci bersih dan bland kan semua bahan sampai air bertukar jadi susu. Tapiskan dengan penapis teh/ kain nipis. Simpan perahan air dalam botol. Siap 😁
*Sebab almond ni tak dimasak, makanya sila lah gunakan air mineral or air masak ya.



Nah! Ni hasil puding chia seed yang sedap dipandang dan opkos sedap juga ditekak 😁✌️

Pasttt... pasai pa tah rajin nau update nih. Hehehe..okey semua n3 ni adalah menu throwback gitu. Untuk update terkini semua buh dalam instagram 😉

Saturday, 11 February 2017

Pancake Oat Pisang



Assalamualaikum.
Tenggelam timbul ha. Sesekali bukak, kena lah update sesuatu kan. Menu throwback gitu.
Nah..share resepi sihat. Tahun 2017, tahun untuk  jaga kesihatan gitu.






PANCAKE OAT PISANG

1 biji pisang (agak besar saiznya)
1 biji telur
1 sdb oat
1 sdk chia seed
1/2 sdb madu
Secubit garam

Lenyek pisang gunakan garfu saja. Pecahkan telur. Masukkan secubit garam dan madu. Gaul rata dan kemudian masukkan oat.
Panaskan non stick pan. Nak letak minyak zaitun/ butter pun boleh. Masukkan adunan dan tunggu hingga masak.
Hidangkan bersama madu dan bush- buahan.

* adunan ni dapat menghasilkan 2 keping pancake bersaiz besar.




Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "