DSBS (Daging sekilo bawang sekilo)


Assalamualaikum.

Nampaknya hari ni baru ada mood nak update n3.. Update menu hari raya lepas..N3 dah basi. Tapi nak letak juga..senang nak rujuk resepi nanti. Resepi ni sangat sesuai untuk orang yang nak menu sedap tapi mudah membuatnya. 

Kebetulan raya tadi memang betul- betul sue sorang saja yang kena masak dan buat persiapan raya di kampung hb. Jenuh juga nak menyiapkan macam- macam menu sorang diri. Dan.. Alhamdulillah dapat idea nak masak ni bila Kak Amie up kat facebook. Kannn...Tu la untungnya zaman sekarang ni.. Duduk dapo pun bawak gadjet tau.. Resepi dihujung jari ja... Kikikiii ( tu i lerr). So..Tak ada istilah tak tahu masak ya..Cuma kalau malas ja..Tu memang tak boleh nak buat apa.. Heee (^_^).

Oklah!.. Sue letak resepi di sini untuk rujukan.

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Sumber: Kak Amie @ Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)
7 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.
 

Comments

Irfa said…
wah senang giler
tp cam terkejut sbb banyak betul pakai bawang ye
Suhailas said…
haaa boleh latry......terliur laaa pulak..
Madam Lala said…
bnyknyer pakai bawang.. tp madam mmg suk bawang bnyk2..hahaha
tak nampak pun bawangnya?
sudipVSsenduk said…
mak mertua sVs pun suka pakai bawang banyak bila masak... hasilnya mmg WOW
hazlina azmi said…
sedapnyee....boleh ambil resipi ni..Blogwalking..jom kita bertukar2 link…and follow each other
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/