Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (4) Kuih Muih (2) Lauk (7) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (246) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (14) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (9) Wishlist (6)

KUIH BINGKA CRACKER





Memandangkan diri ani memang jenisnya nak buat apa pun semua benda nak mudah, makanya hakak try resepi pun yang mudah- mudah saja.
Naj..ni salah satu resepi yang mudah. Sesuai untuk minum petang.

Bingka cracker ini, hakak lebur dalam acuan serabai saja. Kebetulan nak rasmikan acuan tu dan juga nak try oven yang dah berkurun lama tak guna.

Alhamdulillah..nasib oven masih boleh guna lagi.

Resepi kuih Bingka Cracker ni hakak ambil dari blog Syapex . Hakak letak lah di sini untuk rujukan dimasa akan datang juga.


KUIH BINGKA CRACKER
Sumber : Syapex Kitchen

Bahan- bahannya:
70 gm biskut cracker (biskut lemak)
45 gm tepung gandum
1/3 cawan gula (pakai brown sugar)
1 sudu makan susu pekat manis (tak letak)
1/2 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
360 ml santan
1/2 sudu makan butter/ marjerin/ minyak sapi
Secubit garam
Sedikit bijan untuk tabur










Cara- Caranya:
Panaskan oven pada suhu 180 C.
Langserkan loyang dengan minyak.
Hancurkan biskut cracker dan kisar hingga hancur.
Kemudian campurkan semua bahan kecuali bijan dan blend sehingga semunya sebati.
Panskan loyang yang disapu minyak terlebih dulu dalam 3 minit, baru tuangkan adunan.
Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan (jika suka)
Bakar selama 1 jam atau sehingga keperangan.
Sejukkan dan potong.

Okey..Selamat mencuba (^__^)

No comments:

PENGAT KELADI MUDAH DAN SEDAP

Kita Terus kepada resepi ya. Ini cara akak masak. Ada setengah orang mereka rebus dulu keladi siap-siap dan ketepi. Tapi akak lebur ja semu...